VVIP BLOG INI

CERPEN: IBU (Maafkan Daku)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/18/2010 08:20:00 pm






"Abang, meh pergi", adikku, Fatimah memanggil aku untuk segera berangkat daripada rumah. Hari pun sudah menjelang petang. Awan di langit menunjukkan hari mungkin mahu hujan. Paling tidak dalam setengah jam lagi. Aku masih lagi memandang ke langit, melihat sekawan burung gagak yang cuba untuk mencari perlindungan. Lambat mencari tempat berteduh akibat kebasahan lah dimandi dek hujan.

Aku memandang ke hujung jalan, terlihat seorang ibu dan anaknya sedang tergesa-gesa untuk mengangkat baju di ampaian. Dalam kelam-kabut kelihatan di wajah mereka gembira kerana melakukan kerja itu bersama-sama.

Otakku ligat mengimbasi cerita silam......

~~~~~~~~~~


"Hafsyan, kamu nak ke mana nak?", ibuku, Halimah menanyakan kepada kepadaku. Kebetulan ibuku mendengar bunyi pintu bilikku dibuka. Memang pintu bilik aku ini tombolnya rosak, jika dipulas pasti satu rumah aku dengar.

"Hafsyan nak keluar", aku menjawab tanpa memandang muka ibu aku, "Menyibuk betul la orang tua ni, aku nak pergi mana pun nak tanya-tanya, suka hati la, aku kan dah besar", rengus hati aku.

"Nak ke mana malam-malam buta ni Hafsyan? Dah pukul 11 malam dah, esok kan sekolah. Kerja sekolah dah siap ke belum? Tahun ni kan Hafsyan nak SPM, belajarlah nak, jadi orang yang berguna", kata ibuku sedikit merayu.

Panas telinga aku apabila ibuku mula buka syarahan mengenai SPM. Sesak kepala aku apabila ibuku sering kali mengingatkan aku mengenai peperiksaan yang lagi 4-5 bulan akan aku hadapi. Orang tua ini langsung tak faham hati orang muda. Aku nak keluar, aku nak lepak bersama kawan-kawan aku. Apa orang tua ni nak sibuk-sibuk?

"Ibu, Hafsyan tahu la tahun ni Hafsyan nak SPM, nak tak perlu nak ingatkan Hafsyan. Nanti dah dekat nak exam nanti Hafsyan bukak la buku, dah la ibu, kawan Hafsyan dah lama tunggu, Hafsyan keluar dulu!", jawab aku sambil terus membuka daun pintu rumah.

Aku terus mengambil motor RXZ merah kesayangan aku hasil tabungan daripada bekerja menjadi waiter di Starbuck setiap petang lepas sekolah. Aku mampu berdikari, tidak ada siapa yang perlu hendak mengarahkan apa yang perlu aku buat!

Terlihat kesedihan di wajah ibu aku, anaknya seorang ini memang degil dan liar. Ibuku balu beranak dua, tinggal di rumah sederhana satu tingkat yang bersebelahan dengan jalan besar. Rumah ini adalah hasil peninggalan arwah ayah aku yang mati akibat barah paru-paru sejak 8 tahun lalu. Sejak dari itu, ibuku yang menjaga kami berdua.Nasiblah ibu ada juga pelajaran waktu muda dulu. Dapatlah menjadi pengurus di sebuah kilang di Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bunyi deruman motor semakin lama semakin sayup kedengaran...


~~~~~~~~~~


"Abang! Cepatlah! Hari sudah mahu hujan ni, nanti jalan tu jem. Lambat pula kita sampai nanti", panggil adikku separuh menjerit. Tak sabar melihat sikap abangnya yang sengaja nak menangguhkan perjalanan. Nampak mulut terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Marah lah tu.

"Yelah, jom! Itu pun nak mengomel, Imah tu yang tadi lambat, bersiap macam mak datin, kalau dapat kahwin dengan datuk tak pe jugak", tempelakku sambil berseloroh dengan adik tunggalku ini.

"Eiiii,saja je buat alasan! Dia yang lambat, Imah jugak yang kena! Abang ni memang nak kena cubit laju-laju!," geram mengetap gigi sambil tangannya pantas untuk mencubit bahu aku. Aku mengelak. Perempuan tetap perempuan.

Aku membawa kereta Kancil second hand yang aku berjaya beli setahun yang lepas. Adikku duduk di sebelahku. Aku mula menyelusuri jalan raya menuju ke Kuala Lumpur. Masuk ke Jalan Persekutuan sebelah lapangan kapal terbang lama dan masuk ke Jalan Tun Razak. Hujan turun rintik-rintik dan semakin lama semakin lebat. Jalan mula sesak dengan kereta kerana kerana terpaksa memperlahankan kenderaan. Lama lagi lah nampak nya aku nak sampai. Menyesal sebab tidak mendengar kata adik aku tadi menyuruh aku cepat.

Aku membuka radio untuk menghiburkan hati. "Layan THR pun sedap jugak ni" kata hatiku. Adikku hanya menurut apa yang aku dengar sambil melihat ke tingkap. Bosan agaknya.

Aku memandang ke arah tingkapku. Di sebelahku kelihatan sebuah kereta Toyota Corolla silver milik satu keluarga. Di dalamnya ada ibu dan ayah dan dua beradik. Adiknya menangis kerana dibuli abangnya. Ibunya memarahi abang dan menyuruh abangnya untuk duduk diam. Ayahnya pula hanya tertawa kecil melihat gelagat anak-anaknya itu....


~~~~~~~~~


"Bodoh!Bangsat!Bangang! Mata kau ada kat mana? Kepala lutut?! Tak nampak aku ada kat depan kau ke?!", aku memaki hamun adikku. 

"Ya Allah, kenapa bising-bising ni Hafsyan?", terlihat kelibat ibuku datang dari dapur. Terkejut mendengar aku marah-marah di ruang tamu.

"Ni ha, Imah tumpahkan nasi ke baju Hafsyan, dah la baju ni brand new. Malam ni nak keluar lepak dengan kawan-kawan.Baju apa yang Hafsyan nak pakai?!", bentak aku sambil aku menjengilkan mata aku ke Fatimah. Habis kotor baju Red Devil original yang baru aku beli.

"Masyaallah, Hafsyan, perkara kecil je kan, tukar lah baju baru. Hafsyan kan ada banyak baju. Takkan itu pun nak marah adik kamu tu", ibuku cuba untuk memujuk aku. Takut juga hatinya melihat aku menyinga tak tentu pasal.

"Ahh, ibu memang macam tu, sikit-sikit Imah jugak yang mak bela. Semua Hafsyan buat salah, apa Hafsyan cakap semua tak betul, Imah je la yang betul semua!! Serabut Hafsyan tinggal di rumah ni! Hafsyan nak keluar lah!", aku marah lagi sambil masuk ke kamar untuk menukar baju. Aku keluar dari bilik dan melihat adikku masih lagi dalam ketakutan. Menggigil badannya melihat aku seperti dirasuk syaitan. Marah tak tentu pasal. 

"Hafsyan, nak ke mana tu nak, tak payah la keluar malam ni ye nak, duduk je la di rumah. Hafsyan asyik keluar je sejak akhir-akhir ni.Exam kan dah nak dekat dah nak", kata ibuku.

"Ibu, hari ini malam minggu. Standard lah kalau keluar ibu. Hafsyan dah besar, takkan ibu nak suruh Hafsyan tinggal di rumah je. Karut ah ibu ni, Hafsyan nak keluar!", aku tidak mempedulikan nasihat ibuku. Aku lihat adikku masih lagi berdiri ketakutan. Aku tolak adikku, terduduk adikku di lantai.

"Astagfirullah, Hafsyan! Kenapa kamu tolak adik kamu? Apa salah dia nak! Hafsyan!Hafsyan!!", aku malas mendengar ibuku, aku buat tak dengar dia memanggil-manggil aku. Terdengar seduan adik aku kerana kekasaran yang aku buat terhadap dia. "Ahh, mampus la, siapa suruh dia buat pasal, rasakanlah!", fikirku dan terus berlalu..


*********************************

"Shawn, apa lambat beb? gua tunggu lu punya la lama dowh", kawanku menanyakan kepada aku. Dikalangan teman aku aku dipanggil Shawn. Terlihat kelibat lapan kawan-kawanku yang menaiki motor. Tiga daripada mereka membonceng perempuan di belakang mereka. Tak kenal pula siapa perempuan itu.  

One night stand lah tu...

"Ada masalah sikit kat rumah, dah la,gua malas nak cakap pasal benda ni lagi! Orang tua dan adik gua bikin gua panas jek. Ok skang ni nak lepak kat mana beb?"tanya aku, cuba nak mengelak Borhan tanya lebih banyak lagi.

"Malam ni ke Zouk jom! Kat belakang Sg. Wang tu. Gua dengar malam ni ada gig beb!Disagree buat comeback!!Lama siut tak dengar diorang perform! Jom la!", ajak kawanku yang bernama Borhan@Bon nak mempengaruhi aku ke kelab malam.

" Ok Bon, gua caya sama lu beb! Eh, lu ada bawak "barang" tuh tak? Gua dah lama tak pekena barang tu. Lu ah ajar gua hisap benda tu.Sekarang gua mana boleh tahan dowh" aku meminta dengan penuh mengharap Bon bawa 'barang' yang aku nak.

"Haha, releks la beb, gua tahu lu memang nak punya, gua ada bawak, tapi dulu gua boleh la kasi special price, sekarang gua kena bagi lu harga pasaran la, nanti gua mana boleh dapat untung. Stok gua pun bukan banyak", kata Bon. 

Borhan adalah pengedar dadah Syabu yang terkenal di kalangan mat-mat rempit. Ramai kawan-kawan aku yang membeli daripada dia.Aku adalah mangsa Borhan yang terbaru. Dia yang memperkenalkan Syabu kepada aku dua bulan yang lalu. Mula-mula hanya suka-suka sambil melayan bohsia-bohsia di kelab malam. Sekarang aku dah makin menjadi penagih tegar kepada najis tu.

"Harga lu jangan bimbang, gua boleh adjust. Yang penting lu ada stok..hahaha", seronok aku kerana Borhan bawa benda yang aku nak. Nampakya malam ini malam yang indah buat aku.



~~~~~~~~~~~



"Imah, kita dah sampai", aku mengejutkan adikku yang tertidur. Lama juga berada dalam kesesakan tadi. Hampir satu jam tersekat di Jalan Tun Razak. Di Bulatan Pahang juga boleh tahan sesaknya.

"Ok, abang ada bawak bunga tu bang?", tanya Fatimah.

"Ada, abang letak di belakang" kataku.

Kami keluar daripada kereta, adikku mengambil bunga ros merah yang aku beli pagi tadi di tempat kerjaku. Kami berjalan keluar daripada tempat letak kereta. Di depan ku ada papan tanda  yang tertulis. 



SELAMAT DATANG KE HOSPITAL KUALA LUMPUR. 


Berat hati aku untuk melangkah kaki ini. Aku gagahi juga hati aku untuk sampai ke destinasi aku. Aku lihat keredupan di muka adikku. Kami sama-sama berjalan di dalam satu bangunan. Kami naik ke tingkat tiga dan di bilik no 13. Kami buka pintu dan terlihat satu batang tubuh berada di atas katil.

Adikku mengambil bunga ros yang telah lama layu di dalam pasu kecil bentuk empat segi dan menukarkan kepada yang baru. Aku duduk di samping sosok tubuh itu. Lama aku memerhatikan wajahnya.


~~~~~~~~~~~


*DAAMMMM*

Bunyi pintu yang dihentak keras. Ibu dan Fatimah yang berada di ruang tamu yang sedang menonton rancangan tv terkejut dengan bunyi itu. Rupa-rupanya orang yang menghentak pintu itu adalah aku. 

"Hafsyan, baru balik nak, ke mana Hafsyan? Dah jam 1.20 pagi dah ni", tanya ibuku seraya melihat keadaan aku yang terhuyung-hayang dan menggigil-gigil.

"Oii, orang tua. Kau boleh diam tak buat seminit?! Pekak telinga aku asyik dengar kau membebel setiap hari.Mulut kau tak reti nak tutup ke?!", aku menyeringai.

"Ya Allah, apa jadi ni Hafsyan, kenapa kamu bercakap dengan mak macam ni?"kata ibuku yang terkejut dengan kelakuan kurang ajar aku ini.

"Abang, kenapa dengan abang ni? Tak baik lah abang cakap ibu macam tu tau, ingat syurga abang tu di bawah kaki ibu!!",adikku cuba untuk mempertahankan ibuku.

"Imah, kau diam! Aku tengah cakap dengan ibu, bukan dengan kau, tak pasal-pasal kau makan penampar aku kejap lagi", aku memarahi adikku.

"Hafsyan!Kenapa dengan kau ni?!!", ibuku semakin bimbang dengan perangai aku yang semakin menggila itu.

"Ahhh, diam lah ibu. Ibu aku nak mintak duit ibu. Aku nak duit! Aku nak duit!!", aku meminta dengan kerasnya.

" Ya Allah, apa minta ibu duit ni nak? Eh,apa bau ni, kau minum arak Hafsyan?Busuk bau mulut kau ni!!", ibu mula mengesyaki aku.

"Oii, orang tua! Aku nak teguk menatang haram tu ke atau tak, tu bukan urusan kau...aku punya pasal la..sekarang ni aku nak duit, badan aku dah seram sejuk dah ni! Aku nak beli 'benda' tu!!Bagi aku duit cepat!!!" Aku membentak lagi.

"Ya Allah, Hafsyan, kau menagih nak?? Tak sangka anak ibu macam ni", kelihatan air mata ibu yang telah mengalir deras. Sungguh dia tidak sangka aku akan menjadi seperti ini. Dia tahu yang aku memang agak liar tetapi menjadi seteruk ini adalah di luar sangkaan ibunya. Remuk hati ibu.

"Ya! Aku sedut menatang tu!!Puas hati kau orang tua? Benda tu nikmat, aku boleh lupakan otak aku yang semakin sakit ni. Sebab korang berdualah aku jadi macam ni!! Ahh, cepat, mana duit!!Mana!!", aku mula melilau kiri dan kanan.

"Takkan ibu bagi duit tu nakk..takkan...Ya Allah, apa dah jadi dengan anak aku!!" Terisak-isak  ibu aku menangis melihat keadaan aku sekarang ni.

"Kau tak nak bagi aku duit orang tua keparat? Aku cari sendiri!!", aku mula bertindak ganas. Aku masuk ke bilik ibuku mencari apa sahaja barang yang berharga. Ibuku cuba untuk menghalang. Adikku pula cuba untuk membantu ibuku. 

Adikku memegang badan aku untuk menghalang aku daripada mencari barang ibu. Aku menerajang adiku dan tersandar dia di dinding!! 

"Ya Allah, Hafsyan! Apa yang kau dah buat!!" raung ibuku.

Adikku masih lagi mahu menghalang aku.Dikerahnya segala kudrat untuk bangun dan menghalang aku. Aku dapat meneka apa tindakan adikku itu, sekali lagi kakiku melayang. Kali ini bukan adikku yang menjadi mangsa penerajangku tetapi ibuku sendiri. Terbaring ibu terkena penangan penerajang aku. Ibuku cuba untuk melindungi adikku, aku lihat ibu senak akibat daripada terajangku tadi. Terlihat darah di kepala ibu kerana terhantuk di lantai. Aku terus mencari dan menjumpai gelang dan rantai emas kepunyaan ibu.

Aku tak peduli. Gianku dengan najis dadah dan air kencing syaitan telah menguasai diriku.Aku sudah tidak peduli keadaan sekeliling aku. Aku nak dadah!arak!dadah!arak!!

Aku keluar daripada rumah. Ibuku masih keluar daripada rumah, memanggil-manggil aku.Fatimah memapah ibu ke arah aku. 

"Hafsyan, jangan pergi nak, jangan ambil dadah itu nak, jangan nak..mak merayu kepada kau nak..Ya Allah, kenapa anak aku begini" sedan ibu masih lagi belum surut, darah di kepala ibu menitis membasahi baju. 

"Ahhh... ke tepi la tua bangsat! Kau jangan cuba nak halang aku!" aku menolak ibu ke bahu jalan.

Aku memaling membelakangi ibu, menuju ke arah jalan. Tiba-tiba aku ternampak cahaya di sebelah kanan aku. Aku menoleh. Mataku silau akibat daripada cahaya itu. Terdengar bunyi deruan motor dan masih lagi dibawa dalam keadaan laju.Aku hilang akal.Otakku buntu. Aku tidak tahu apa tindakan aku seterusnya. Aku hanya kaku di situ. Tangan ku angkat kononnya cuba untuk melindungi kepala.

"Hafsyannnn!!!!", ibu menjerit

Aku terasa diriku ditolak ke tepi. Kepalaku masih lagi pusing..aku termangu-manggu tidak pasti apakah yang telah terjadi tadi. Aku mengangkat kepalaku. Aku lihat sekujur tubuh telah pun longlai di tengah jalan. Ya Allah, itu ibuku!!

"Ibu...ibu... apa dah jadi ibu?!! Ibu!!!" Aku langsung ke arah tubuh ibu, aku merangkul tubuh ibu dan meletakkan kepalanya di pehaku. Aku mencari siapa si celaka yang melanggar ibu.Penunggang motor itu juga terjatuh. Dia gelabah tidak tahu mahu berbuat apa. Dia menoleh ke belakang,berlari ke arah motor dan langsung melarikan diri. Aku tahu itu motor siapa. Itu motor Borhan!! Dia yang melanggar ibu aku!! Sial kau Borhan!!

Baru aku teringat memang aku ada berjanji dengan Borhan bertemu di satu tempat yang tidak jauh daripada rumah untuk aku membeli dadah. Dia datang ke sini nak bawa dadah itu kepada aku sebab aku sudah tak tahan nak menjamah dadah durjana itu. Aku kah yang bersalah?!! Jika tidak kerana aku memanggil Borhan ke sini, pasti kemalangan ini tak berlaku. Ini salah aku!! Salah aku!!!

Fatimah mendekati kami. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Fatimah meraung dan meminta tolong! Kami berdua menangis melihat keadaan ibu kami seperti itu. Darah banyak keluar daripada mulut dan hidung ibu..


Ibuuu.... ibuuuuuuuuu!!!!!



~~~~~~~~~


"Assalamualaikum Hafsyan", sapa seseorang di belakang aku.

"Waalaikumsalam, eh, Doktor Husain, lama dah doktor berada di sini?" aku tersedar daripada lamunan aku.

"Baru sahaja Hafsyan, hari ini melawat ibu Hafsyan lagi?" tanyaku. Doktor Husain adalah doktor yang bertanggungjawab untuk merawat ibuku.

"Ya doktor, hari ini kami cuti, sebab itu kami datang nak menjaga ibu. Bagaimana dengan perkembangan  ibu saya doktor?"

"Keadaan ibu Hafsyan stabil, kami selalu membuat pemeriksaan dan tidak ada apa yang perlu Hafsyan risaukan", ujar doktor Husain.

"Baguslah macam tu, tapi doktor..bila ibu saya akan sedar daripada koma doktor?', adikku mencelah.

Doktor memandang muka adikku dan memandang aku,"Sudah tiga tahun ibu kamu telah berada dalam keadaan koma, kemalangan yang lepas telah menyebabkan gegaran otak yang serius yang telah menjejaskan sistem saraf otak ibu kamu..satu keajaiban ibu kamu masih lagi dapat bertahan untuk hidup. Jika orang lain pasti telah meninggal dunia", kata doktor sambil menarik nafas panjang.

"Bersabarlah kalian berdua ye, kami juga tidak tahu bila ibu kamu akan sedar..kemungkinan untuk sedar itu ada. Kita doakanlah kepada Allah s.w.t supaya Allah menyedarkan ibu kamu daripada komanya. Ajal maut di tangan Allah. Bukan kita yang menentukan. Allah Maha Berkuasa. Kita hanya mampu untuk bergantung harap kepada-Nya. Jangan putus asa kepada Allah." doktor terus membeikan semangat kepada kami.

"Terima kasih doktor, kami akan terus berdoa dan mengharap kepada Allah supaya mak kami boleh bangun seperti dulu. Terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa ibu kami dulu", kataku kepada doktor.

"Kami doktor bukanlah penyembuh, kami hanya berusaha, kami adalah pengantara. Yang menyembuhkan dan menyelamatkan nyawa ibu kamu hanyalah Allah", doktor menjelaskan dan terasa satu kesedaran yang mendalam di sanubari aku. "Tak apalah, saya juga ada kerjaan lain, silalah ye.."doktor meminta diri. 

Sebelum doktor keluar, dia terhenti dan memandang kami, "Owh ya, kami para doktor takjub dengan kes ini.Selalunya jika seseorang mengalami kemalangan seperti ibu Hafsyan, pasti sudah tidak dapat kami selamatkan. Mungkin semangat ibu Hafsyan dan Imah sangat kuat hingga berjaya untuk hidup setelah pembedahan. Mungkin kerana ibu kalian tetap mahu berada di dunia ini demi kamu berdua..itu hanya pendapat saya.mungkin salah mungkin betul..saya minta diri dulu..assalamualaikum.."

Tersentak aku mendengar kata-kata doktor Husain. Terharu apa yang doktor Husain katakan tadi. Aku memandang kepada ibu yang berada di atas katil. Aku duduk di sebelah ibu. Aku betul-betulkan pakaian ibu. Aku sisir rambutnya yang tidak begitu rapi. Aku memegang tangan ibu. Melihat muka ibu dan tanganku memegang pipi ibu. 

Air mataku sudah tidak dapat aku tertahan lagi..aku tunduk dan aku menangis. Aku insaf dengan segala perbuatan yang aku lakukan. Aku tidak akan buat lagi perkara terkutuk itu lagi. Ibu!!Bangunlah ibu!! Hafsyan sanggup berikan apa sahaja untuk ibu sedar kembali!! Ibu bangunlah ibu!!Hafsyan sanggup untuk buat apa sahaja untuk melihat senyum tawa ibu lagi!! Ibu!!!Kami perlukan ibu!!

Aku genggam kuat tangan ibu......


IBU !!MAAFKAN DAKU~~~


Tanpa kusedari, air mata ibu juga bergenang di kelopak matanya.....


Nukilan : Khairul Hafidz Alkhair b Khairul Amin (yoyo)

Nota:

1. kepada pembaca aku, jangan pelik kenapa aku buat cerpen untuk post kali ni, sebab aku masuk pertandingan blog anjuran PKPMI cawangan Bandung. Syarat pertandingan kena buat post yang bertajuk 'IBU'. hohohoho

2. Aku bukanlah penulis cerpen, so jangan gelak pulak bila baca!!Banyak sangat baca buku ahadiat akashah waktu kecik-kecik dulu..cuba-cuba jek ni..sapa gelak aku sekeh!! keh keh keh

3. Khas untuk Dr ROCK: gua punya cerpen leh challenge cerpen lu tak??hahahaha

4. Jika ada yang bagi komen silakanlah ye... (nervous..nervous)







Comments (1)

salam yoyo, selaku pengungjung tak rasmi novel saya.

Encik yoyo, isi dan idea cerita sangat bagus..cuma harus dilihat lagi flow dan plot cerita. Contoh untuk flash baik, harus diawali dengan kata-kata yang melambangkan imbasan kembali.

Contohnya: Bunga itu mengingatkan aku pada ibu!

Kemudian, harus consisten dalam panggilan nama. Misalnya, kalau nak panggil ibu..teruskan dengan ibu. Termasuklah sewaktu ayat penyata.

Dari segi bahasa, cuba cek tatabahasa dan susunan ayat. Ada ayat yang kena disesuaikan dengan dialog, dan ada ayat penyata yang kurang mengena.

Harap komen ni membina dan memberi semangat kepala Encik Yoyo untuk terus bekarya. Karya Encik Yoyo ni plotnya boleh dijadikan skrip sebenarnya. Saya suka imbasan kembali tu. Apa-apa pun, layan jeks cerpen. Tahniah sekali lagi kepada Encik Yoyo~DR.ROCK~