Memartabatkan Bahasa Ibunda Bahasa Melayu!!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Artikel , KAMARA | Posted on 3/23/2010 07:02:00 am
Salam,
Pernah sekali aku ke Port Dickson, ada program kepemimpinan kampung yang dianjurkan leh kampung aku. Suka lah semua makcik-pakcik dapat bertukar-tukar fikiran dan dapat jugak untuk berjalan-jalan.
Program itu dianjurkan untuk membincangkan segala masalah yang kampung kami iaitu Kampung Malaysia Raya (KAMARA) hadapi. Di situ, kami memikirkan apa sahaja masalah yang sedang dan akan kami hadapi di dalam kampung.
Walaupun masalah kampung ini tak ada lah sebesar masalah negara. Tak ada lah nak fikit duit keluar masuk juta-juta, tak adalah nak fikir akan ada pemberontakan di dalam kampung, dan tak mungkin lah akan ada penghapusan etnik masyarakat kampung!!
Masalah yang dibincangkan pun adalah masalah-masalah yang dah selalu kita gunapakai dalam karangan apabila kita nak membuat karangan Bahasa Melayu dalam SPM. Balik-balik cerita sama jugak.
Tapi cuba fikirkan, memang senang nak menulis, mudah nak bercerita, gampang (mudah dalam Bahasa Indonesia) mau bergosip mengenainya. Itu semua mudah sekali kita nak buat, tapi apa yang susahnya bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Nama pun kampung yang berada di tengah-tengah bandar, sinonim sekali dengan masalah-masalah mat rempit, masalah sosial, masalah kesatuan masyarakat kampung, dan masalah-masalah yang lain. Mudah secara teori untuk kita mendengarkan, tapi untuk mengubah atau sekurang-kurangnya meminimal masalah itu bukan seperti yang kita jangkakan.
Institusi kekampungan adalah satu tempat yang amat penting untuk pembentukan sahsiah seluruh masyarakat di dalam nya. Sifirnya mudah sahaja, jika bagus organisasi kampung, jika terbentuknya perpaduan masyarakat kampung, jika harmoninya suasana kampung dan jika bagusnya satu-satu kampung itu merangka satu program yang bermanfaat untuk orang kampung, insyaallah satu budaya yang baru dengan acuan kampung itu sendiri dapat dibentuk dan insyaallah orang-orang kampung di dalamnya akan menjadi lebih baik dari yang lainnya.
Nampak sepele, tapi sebenarnya inilah yang kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak.
Berbalik dengan tajuk aku (panjang mukaddimah aku tadi..huhu), sewaktu di dalam program tu, ada seorang pak cik yang aku kenal dah lama, umur dekat 40 tapi tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Mungkin masih belum ada jodoh.. Aku dan pak cik tu tinggal sebilik di dalam hotel. Pada waktu malam, kami menonton tv sama-sama dan kebetulan dalam berita sukan kami tengok Nicole David (ratu squash negara, orang no 1 dunia sekarang) baru sahaja memenangi Malaysian Open.
Waktu itu, beliau ditemuramah oleh wartawan. Dengan hati gembira beliau mengucapkan syukur kerana beliau telah memenangi perlawanan tersebut. Dan dalam temuramah itu beliau menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar beliau.
'Hafidz, ko tahu tak apa yang tak betulnya kat sini?'ujar pak cik tu.
'Apa yang tak betul nye?'aku bersuara..
'Ni Nicole ni, dia ni dah dapat gelaran no 1 dunia, orang satu dunia semua dah kenal dia, yang pak cik peliknya kenapa dia TAK PAKAI BAHASA MELAYU dalam temuramah?? Kalau orang Russia menang dia cakap bahasa Rusia, kenapa kalau dia menang tak cakap Bahasa Malayu?? Kata nak martabatkan Bahasa Melayu ke satu dunia, nak bagi orang kenal Malaysia, ni kan salah satu cara nak bagi orang kenal negara dan budaya kita?' pak cik menjelaskan aku panjang lebar..
Waktu aku dengar cakap pak cik tu, tersentap aku sekejap, pak cik yang tak ada lah berpelajaran tinggi, pak cik yang tak ada degree pun dalam hidup dia, pak cik yang tak ada lah seperti orang-orang muda sekarang yang rakus nak menimba ilmu, yang usaha keras untuk ke menara gading, tapi boleh BERFIKIR KRITIS SEPERTI ITU!!!!
Aku berpendapat, pendapat pak cik tu sangatlah bagus dan sangat tepat pada waktunya. Benar apa yang pak cik tu cakap, jika orang macam aku atau orang kebanyakan mahu mempromosi bahasa dan budaya negara, siapalah kami ini.
Kenapa tidak sewaktu Nicole David diwawancara, beliau tidak berbicara Bahasa Malayu sahaja? Biarlah wartawan tu termanggu-manggu, biar dia susah nak cari perterjemah untuk terjemah apa yang Nicole cakap. Biar di dalam berita mana-mana negara, mereka kena keluarkan terjemahan di bawah. Semua orang akan tahu inilah bahasa Melayu dan inilah orang Malaysia. Bukankah itu salah satu cara untuk kita menarik minat orang seantero dunia mengenai bahasa kita??
Sepanjang aku di Indonesia, aku kagum satu perkara dengan bangsa mereka. Tidak kira mereka suku apa, Tiong Hua, Jawa, Sunda dan lain-lain, mereka akan berbicara Bahasa Indonesia. Adakah mereka buang bahasa suku mereka? Memang tidak, tetapi jika bersama dengan orang Indonesia yang lain, mereka bercakap bahasa Indonesia dengan FASIH!!Aku tak nafikan ada yang betul-betul di pendalaman hanya tahu bahasa suku sendiri, tapi kebanyakannya boleh berbicara dalam Indonesia.
Cuma, kadang-kadang aku terkilan sikit, Perlembagaan tulis Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, tetapi realiti yang aku lihat sekarang, semakin lama semakin banyak yang berbahasa Inggeris. Habis semua dah jadi mat saleh berborak dengan member Inggeris loghat British (nampak high standard la tu kan? Apa class kecek-kecek Melayu...jatuh lah saham). Itu belum lagi campur bahasa rojak, ini bertimbun-timbun di negara kita.
Aku rasa sudah tiba masanya untuk kita berbuat sesuatu, kita kena julang kembali Bahasa kita ke peringkat tertinggi. Janganlah asyik nak sebut perkara yang dah lepas kata Bahasa Melayu adalah lingua franca, bangga sangat waktu dulu bahasa kita pernah jadi bahasa internasional. Kita perlu lihat ke depan, bukan asyik nak toleh-toleh ke belakang.
Aku berpendapat, jika orang-orang yang berpengaruh seperti Nicole David dan Lee Chong Wei boleh nak bantu negara, sekurang-kurangnya bercakap dalam Bahasa Melayu sewaktu ditemuramah, itu bagi aku lebih daripada mencukupi. Negara dah bantu mereka macam-macam, boleh jek kan bantu negara balik?? Kita nak biar semua orang satu dunia dapat dengar bahasa kita, mula-mula memang tak faham, tapi kalau dah banyak-banyak kali dengar, tak kan lah tak ada sekurang-kurangnya sebilangan kecil daripada mereka akan tertarik?? Fikir-fikirkan lah!!!
sekian.....
ya,saya sokong
saya pencinta bahsa melayu!!!mari martabatkan bahsa melayu!!hehe
mari!!
buka tak boleh berbahasa inggeris, cuma biarlah kena pada waktu dan tempatnya..
kang tak reti nak berBI orang kate jahil bahasa lak..
huhuhu