SRS KAMARA Terima Penghargaan, Tahniah KAMARA!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in KAMARA | Posted on 4/05/2010 04:32:00 pm
Salam,
Tahniah aku nak ucapkan kepada Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung aku Kampung Malaysia Raya (KAMARA) yang telah mendapat penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Cheras. Penghargaan ini disampaikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abdul Rahim Hamzah Othman bersempena dengan Hari Polis yang ke 203. Penghargaan ini diberikan kerana SRS KAMARA telah berjaya mengurangkan jenayah di kampung sehingga sifar kes yang bermula dari Januari hingga Mac tahun ini.
Aku berbangga dengan komitmen yang diberikan orang-orang kampun, dengan pimpinan Wak Jalal sebagai Ketua SRS, jenayah yang berlaku di kampung dapat kita bendung. Kampung aku ni bukan sebarang kampung, kalau nak ikutkan sejarah kampung ni banyak yang hitamnya. Dan untuk mencegah sebarang kes jenayah berlaku di kampung bagi aku itu adalah satu tanda bahawa kampung aku telah mula berubah.
Orang kampung dah mula sedar mengenai kemuafakatan. Orang kampung dah mula sedar bahawa pentingnya untuk menjaga satu sama lain. Kita bukan hidup berseorangan, bukan hanya nak jaga keluarga sendiri, tapi keselamatan kampung juga adalah tanggungjawab bersama.
Jika pulang ke kampung, aku selalu bersama dengan pak cik-pak cik yang lain berkumpul di post-post yang telah disediakan khas untuk sukarelawan yang menjaga kampung. Tugas mereka bermula daripada jam 9-10 pm dan mereka yang bertugas untuk menjaga kampung akan menjaga hingga ke paginya.
Yang aku rasa canggihnya SRS KAMARA ini kerana mereka ada walkie talkie!! Hampir setiap anggota SRS mempunyai walkie talkie untuk memudahkan perhubungan sesama mereka. Senang lah nak berkomunikasi jika ada apa-apa hal yang mencurigakan berlaku pada waktu itu.
Banyak kes-kes yang berjaya mereka selesaikan. Dan waktu paling sibuk untuk mereka adalah pada waktu hari raya. Waktu ini, semua maling-maling (pencuri) mula beroperandi. Jika dulu, kami masih belum ada SRS, kes-kes curi cukup banyak. Ada je rumah-rumah yang aku dengar dimasuki perompak penyamun ni. Tahu je lah yang masuk bukan guna ilmu serapah ke apa, tapi bawak parang kapak segala!! Orang kena ikat, kena pukul itu perkara biasa.
Alhmadulillah, kerana adanya penubuhan SRS ini, kes-kes seperti ini dikurangkan. Aku pernah dengar SRS telah berjaya menangkap pencuri yang cuba untuk masuk ke rumah penduduk. Dah dapat tangkap lunyai lah ceritanya....hohoho...lain kali fikir dua kali sebelum nak masuk ke kampung gua!!
Untuk SRS KAMARA, aku mintak teruskan usaha kalian!!Kami penduduk KAMARA rasa bangga dan berterima kasih kerana ada orang yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjaga keselamatan kampung ini. Nampak macam remeh, nampak seperti jasa tak besar...tapi sebenarnya mereka-mereka inilah orang yang telah menjaga nyenyak tidur kami dari segala anasir-anasir luar.
TERUSKAN USAHA!!!
sekian....
Aiseh,sebagai rakyat Kamara aku turut berasa bangga lar...mugkin aku yg pertama sebab rakyat lain xbaper knl blog ko lagi kut..senang kata SRS nie macam guru lar(umpama lilin yg membakar diri utk menerangi kegelapan)
sekian~
hahaha...kochie...tak ramai budak kampung yang suka masuk blog.. tak pe lah..cuma juz utk korang tahu aku bangga dgn pencapaian kampung aku.. :)