Belia KAMARA : 'Kampung Kita Tanggungjawab Kita'
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in KAMARA | Posted on 1/02/2010 03:19:00 am
Salam,
Alhamdulillah,
baru sahaja 2-3 bulan yang lepas, kampung saya telah menubuhkan satu persatuan yang dibuat khas untuk anak-anak muda,
Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Belia KAMARA (Kampung Malaysia Raya),
Ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya yang diterajui oleh pak cik saya iaitu En. Mohd Zainudin Haji Amran,
Saya sendiri sebagai belia kampung memang berasa sangat gembira dan bangga,
kerana akhirnya remaja-remaja kampung yang selalunya asyik-asyik merempit, kalo tak main DOTA kalau tak pun hanya berpeleseran akhirnya dibawa oleh persatuan penduduk duduk semeja bersama pak cik-pakcik yang ada di kampung atas nama Belia KAMARA.
Saya merasakan idea yang dibawa oleh pak cik Nordin sebagai pengerusi Persatuan Penduduk ini adalah tepat pada masa dan perlu dilakukan untuk menyelamatkan remaja yang ada di dalam kampung saya.
Walaupun nama sahaja kampung tetapi terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, sudah semestinya budaya bandar tu dah sebati dengan jiwa belia di situ.
Saya berpindah ke Kampung Malaysia Raya semasa saya darjah 6,
Waktu itu masih belum lagi ada persatuan penduduk, belum lagi ada satu organisasi yang kuat dan tersusun.
Tetapi dalam waktu 10 tahun ke belakang ni saya lihat kampung saya sudah banyak berubah.
Mana tidaknya kampung saya pernah menjadi johan Wilayah Persekutuan untuk Komuniti Bestari (lupa tahun berapa, rasanya 2007).
Banyak sudah program-progran yang telah dibuat,
makcik-makcik kampung lain datang melawat, kami pula keluar dari utara sampai lah ke selatan melawat kampung yang lain untuk berkongsi pendapat dan menimba pengalaman.
Seronok penduduk kampung dapat berjalan ke sana sini. Ini semua usaha dari persatuan penduduk.
Banyak program kepimpinan yang telah dihadiri oleh penduduk setempat.
Program agama di surau semakin mantap.Kalau nak kata ustaz-ustaz yang bagi ceramah,
saya rasa satu pelusuk malaysia ni dah kampung saya panggil untuk bagi tazkirah kepada penduduk kampung.
Program yang khas untuk makcik-makcik yang pun dibuat juga,
Ada bola jaring, senam robik dan yang paling saya suka tengok senam POCO-POCO ( dapat johan lagi dalam pertandingan..hoho) v(^-^)
Namun, semua pun sedar terutamanya barisan kepimpinan persatuan penduduk bahawa walaupun mereka dah bersusah-payah untuk menaikkan nama kampung,
mereka perlukan pelapis untuk meneruskan kerja-kerja yang mereka telah buat.
Itu yang timbul idea untuk menubuhkan Belia KAMARA.
Saya sendiri pun dapat melihat, kalau lah tidak ada penubuhan ini, memang susah nak mengumpulkan semua anak-anak muda untuk bersatu, mengembleng usaha dan tenaga untuk membina kampung.
Ye lah , untuk membentuk anak-anak muda untuk jadi pelapis, tak akan lah nak terus diserap masuk ke dalam Persatuan Penduduk,
Kalau macam tu lama lagi tu nak tunggu peluang nak sampai,
Dan macam mana dengan remaja yang baru berumur 14-15 tahun? kan ini masa yang paling sesuai untuk kita bentuk jati diri dan sifat kepimpinan?
Lagi lama ditunggu takutnya mereka langsung hilang minat untuk membantu kampung.
Jadi sesuai sekali ditubuhkan Persatuan Belia supaya memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda membuat program-program untuk kampung.
hari tu semasa Qurban, mereka ramai-ramai turun untuk membantu,
setiap malam akan ada rondaan kampung, mereka juga bersama-sama SRS (Skim Rondaan Sukarela) mengorbankan masa turun untuk menjaga demi keselamatan kampung.
HARAPAN SAYA:
1. Berharap untuk yang ke depan belia dapat memikirkan program-program yang sesuai untuk anak-anak muda yang ada. Kalau boleh cuba untuk fikir sekurang-kurangnya satu acara tahunan yang menjadi acara wajib dibuat tanpa bantuan ayah-ayah kita. Kita tunjukkan bahawa kita pun boleh berdiri sendiri.
2. Supaya organisasi itu dikembangkan lagi supaya akan ajk-ajk yang ada ada bidang kuasa mereka sendiri.
3. Membuat 'networking' yang luas dengan belia-belia yang ada di sekeliling mereka sebagai permulaan. Dah dapat buat barulah fikir untuk besarkan lagi. Bila ada 'networking', fikirkan macam mana nak buat kerjasama supaya kedua-dua pun mendapat keuntungan.
4. Cari jalan bagaimana nak jana duit untuk persatuan, jangan harapkan persatuan penduduk untuk subsidi semua benda. Belajar untuk membuat proposal untuk mencari dana apabila nak buat satu-satu program.
5. Fikirkan bagaimana nak naikkan nama Belia KAMARA supaya semua orang tahu siapa belia kampung kita (tapi mungkin dah glamer dah, dah banyak kali dah masuk paper). Bukan niat untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk, tapi nak bagi naikkan semangat remaja yang ada dan senang untuk berurusan dengan agensi kerajaan ataupun NGO jika kita dah ada nama.
6. Pupuk semangat berpersatuan kepada semua anak-anak muda muda kita di kampung supaya mereka dapat menjadi orang yang berguna dan akhirnya dapat mewarisi takhta ayah-ayah kita sekarang ini. Siapa lagi yang mereka mahu harapkan kalau bukan anak-anak mereka ni.
Apa yang saya nak lihat pada masa hadapan,
Walaupun tak boleh lari daripada realiti yang memang susah untuk mengatasi segala masalah sosial yang ada di dalam kampung, tapi sekurang-kurangnya dapat lah DIKURANGKAN ke tahap yang paling minima. Itu yang paling penting.
Kita buktikan kepada orang tua kita yang kita mampu untuk melakukan sesuatu,
Kita mampu untuk menjadi SESEORANG di dalam komuniti kecil di kampung kita.
Sekian....
Comments (0)
Post a Comment