VVIP BLOG INI

Comperative Religion "COMREL '10": Brother Shah Kirit dan Lim Jooi Sun In Bandung!! (Video Trailer)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/29/2010 12:27:00 pm

Salam,

Seperti yang dilakukan tahun lepas, tahun ini juga daripada Biro Agama Islam Kelab UMN Bandung (BAIK) sekali lagi menganjurkan program comperative religion bersama dengan pembicara tersohor di Malaysia iaitu Brother Shah Kirit.




Kali ini, program akan dilakukan lebih komprehensif lagi dengan pembawaan acara selama 3 hari dan pembicara ditambah dengan kedatangan Lim Jooi Sun.

Apa yang menjadi objektif di dalam program ini adalah untuk membuka minda mahasiswa supaya melihat semua agama dan menilai sendiri mengikut kematangan. Kita tidak boleh jumud dan taksub. Jangan kerana kita lahir di dalam Islam, maka kita hanya mengikut Islam secara membuta-tuli. Program ini adalah satu program yang akan membuka minda semua mengenai Islam dan lain-lain agama samawi dan non-samawi yang ada di dunia ini.

Aku mengesyorkan pembaca melihat video trailer di bawah. Bagi aku video ini adalah antara yang terbaik hasil produksi mahasiswa di Bandung terutamanya pada bahagian akhir video. Syabas di atas usaha tim yang menghasilkan video ini.



 




Dan aku berharap agar semua mahasiswa dapat mengambil manfaatnya di dalam program ini. Yang istimewa berkenaan program yang akan dilaksanakan bermula esok adalah, ia bukan sahaja dibuka untuk orang Islam tetapi dibuka juga untuk orang bukan Islam yang berminat untuk bersama-sama menilai manakah agama yang benar. Dan untuk yang bukan Islam, ini adalah satu program yang berguna untuk menambah ilmu mereka semua. Adalah menjadi tugas kita menunjukkan jalan, tetapi hanya Allah lah yang memberi nur kepada mereka.

Aku berharap agar program ini akan berjalan dengan lancar. Insyaallah mahasiswa di sini tidak akan menyiakan peluang dan tidak selalu mereka perolehi ini. Mari sama-sama kita buka hati kita, dan kita nilai adakah agama yang kita anuti ini benar atau tidak!!



TAK SABAR!!!



sekian...




Comments (0)