VVIP BLOG INI

Selamat Ulang Tahun UMNO Yang Ke-65, Perjuangan Belum Selesai, Perjuangan Harus Diteruskan Demi Agama, Bangsa Dan Negara

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/11/2011 06:14:00 am

Salam,





Selamat ulang tahun yang ke 65 buat UMNO. Dalam 65 tahun penubuhannya UMNO telah banyak membantu rakyat dan negara.

Sudah pasti banyak onak ranjau dan duri yang harus ditempuhi oleh parti. Namun dengan kebijaksanaan dan usaha keras pemimpin bersama ahli di dalamnya, segala masalah dapat diatasi.

Seperti yang dinyatakan oleh YAB Dato Seri Najib bahawa  PRU sudah semakin hampir dan semua jentera haruslah bersiap sedia. Dan sebelum menghadapi PRU, aku berharap UMNO dan parti komponen yang lain yang memerintah negara sekarang untuk menyelesaikan dahulu isu-isu yang timbul dan menarik lebih banyak kepercayaan rakyat kepada BN.

Dengan beberapa keputusan kabinet baru-baru ini yang tidak popular dan tidak mesra rakyat, pasti ada rakyat yang mula untuk mengubah haluan.Aku yakin bahawa UMNO dan parti komponen sudah merangka formula yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini dan sekaligus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada BN.

Tahniah dan syabas kepada UMNO.



Comments (0)