VVIP BLOG INI

Ponari, Si Dukun Cilik Dengan Batu Petir, Puluhan Ribu Pesakit Setiap Hari

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/10/2011 09:51:00 pm

Salam,

M Ponari, Si Dukun Cilik yang dipercayai mempunyai batu petir yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Setiap hari hampir 10,000 orang datang untuk berobat dengannya. bagaimana cara dia menyembuhkan penyakit? Sangat mudah, hanya dengan dia mencelupkan batu petir itu ke dalam air yang dibawa oleh pesakit dan setelah itu air di minum.

Ponari menjadi buah mulut orang ramai apabila dia berjaya mengubati tetangganya, masyarakat di sekitar Jombang bahkan provinsi jawa Timur mula berduyun-duyun datang ke rumah si anak kecil ini. Media dengan pantas menghidu cerita menarik ini untuk disiarkan, natijahnya? Lebih ramai mereka yang datang.

Tempat pengobatan Ponari tutup kali pertama pada awal tahun 2009 kerana waktu itu ada yang ditemukan mati. Dilaporkan sebanyak 4 orang mati akibat keletihan sewaktu menunggu. Orang ramai sanggup menunggu berhari-hari hanya untuk menunggu si kecil ini mencelup batu petirnya ke dalam air mereka. Aneh kan?

Persoalan, mengapa mereka memilih rawatan alternatif? Adakah ini menunjukkan bahawa rawatan medis gagal untuk membantu orang ramai?

Dari pengamatan aku di sini, beberapa faktor mereka mencari rawatan alternatif seperti ini:

1. Kebanyakan mereka adalah dari golongan rakyat miskin. Mereka tidak mempunyai cukup wang untuk menampung kos perubatan moden. Di sini, mereka hanya memberikan wang sumbangan seikhlas mereka. Dan aku tidak salahkan mereka. Sememangnya kos perubatan di manapun mahal, anda akan mendapat pelayanan kesihatan yang terbaik, ubat yang terbaik jika anda punya wang, lebih-lebih lagi di sini.

2. Mereka berputus harap kepada rawatan perubatan moden. Mereka mencari jalan lain untuk penyakit mereka.

3. Kurang berpuas hati dengan pelayanan medis yang sedia ada. Mereka menganggap pelayanan kesehatan di sini kurang memberikan tumpuan kepada mereka maka sebab itu mereka mencari alternatif lain.


Kami sebagai tenaga kesehatan memahami mengapa mereka bertindak demikian namun menjadi tugas kami untuk memahamkan kepada masyarakat bahawa perubatan moden adalah yang terbaik buat mereka.

Perubatan medis moden bersifat empiris secara total. Kajian demi kajian dilakukan untuk memastikan metode atau prosedur yang ingin dijalankan benar-benar boleh menyembuhkan penyakit.

Jika orang kata rawatan alternatif adalah anugerah tuhan kepada orang-orang tertentu, aku hairan, tidak kira rawatan alternatif atau pun rawatan moden bukankah semuanya DATANG DARIPADA TUHAN? Jadi kenapa dibedakan?











Comments (0)