Ingatan Daripada Pegawai JPA, En Jazman Kepada Mahasiswa JPA Di Indonesia
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in JPA | Posted on 2/02/2010 03:55:00 pm
Salam,
Sila Tingkatkan Kewaspadaan
Semua Pemegang Biasiswa JPA di Indonesia
Adalah saya merujuk perkara di atas.
2. Sepertimana saudara/i sedia maklum baru-baru ini masyarakat di Indonesia heboh dengan insiden kecurian wang beberapa pemilik akaun bank. Modus operandi tersebut menggunakan taktik yang licik di mana akhirnya wang dipindahkan dari akaun pemiliknya kepada akaun lain menerusi mesin ATM. Insiden tersebut membawa kerugian yang sangat besar dan kes tersebut kini sedang diselidiki pihak polis Indonesia.
3. Selain insiden di atas, saya difahamkan oleh seorang pelajar JPA di Jakarta bahawa baru-baru ini (sempena dengan kemasukan ESH pelajar) cubaan penipuan (scam) berlaku sekali lagi menggunakan 2 modus berikut :
(i) "pukau menerusi telefon". Pelajar akan terhipnotis dan mengikuti segala arahan si pemanggil jika menjawab panggilan tersebut termasuk memindahkan wangnya ke akaun pemanggil. Lazimnya nombor telefon pemanggil tidak terpapar di skrin telefon penerima atau yang terpapar hanyalah private number. Dinasihatkan supaya pelajar jangan menjawab panggilan orang yang tidak dikenali; dan
(ii) mesej dihantar ke nombor telefon pelajar kononnya oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Secara ringkas mesej tersebut memaklumkan bahawa pelajar memenangi hadiah berupa wang tunai dan sekiranya mahu mendapatkan hadiah tersebut, beliau perlu menghubungi nombor tertera. Sekiranya beliau menghubungi nombor tersebut, dengan cara yang licik dan meyakinkan, pelajar diminta membayar wang sebelum hadiah dihantar kepada beliau.
4. Saya suka memberi peringatan kepada rakan-rakan pelajar supaya mereka hendaklah sentiasa berwaspada pada setiap masa dan ketika termasuk jika menerima mesej/penggilan seumpama ini. Logika mudah yang harus diingat adalah TIADA PIHAK TANPA BERSEBAB MAHU MENAWARKAN SEBARANG HADIAH KEPADA PIHAK LAIN TANPA IMBALAN APA-APA! SEBARANG SKIM YANG MENAWARKAN PAKEJ HADIAH YANG SIFATNYA TOO GOOD TO BE TRUE HARUS DITANGGAPI DENGAN HATI-HATI DAN BIJAKSANA SUPAYA KITA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN.
Sekian, terima kasih.
PPL Jakarta
1 Februari 2010
(sources: http://jpajakarta.blogspot.com/)
OPERASI JEMBALANG!!!!
sekian....
Comments (0)
Post a Comment