VVIP BLOG INI

JPA : Mahasiswa Harus Pulang Serta-Merta Setelah Tamat Pengajian

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/08/2010 07:49:00 am

Salam,


************************************

Semua Pemegang Biasiswa/Pinjaman JPA di Indonesia

Adalah saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2010 bertajuk "Pindaan Dasar Penangguhan Balik Pelajar-Pelajar Tajaan Kerajaan di Luar Negara" pada 29 Januari 2010.

3. Antara ketetapan dalam pekeliling tersebut adalah seperti berikut:

(i) pelajar-pelajar dalam semua bidang pengajian yang ditaja dengan biasiswa TIDAK dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan pulang atas apa jua alasan;dan

(ii) pelajar-pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan Kerajaan (Biasiswa/Pinjaman Pelajaran) hendaklah kembali ke Malaysia untuk menjalani housemanship setelah tamat pengajian.

Sekian, untuk makluman semua. 
Terima kasih.

Jazman Azi Jamaluddin
Pegawai JPA di Indonesia
PPL Jakarta
4 Februari 2010

 (sources: En Jazman blog [klik di sini])


**************************************



Aku agak tertarik dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA dalam menangani masalah mahasiswa yang tak nak langsung pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian mereka.

Aku tengok banyak contoh-contoh mahasiswa yang belajar sebagai contoh di UK dan Ireland, bila habes belajar terus tinggal di sana mungkin setahun dua dan ada yang lebih 10 tahun sebab anggap di sana gaji lebih tinggi berbanding dengan di Malaysia.

 
Yang aku tak paham, macam mana lah korang ni boleh sebegitu tak malu, dah la dulu mintak kerajaan macam-macam, lepas tu bila dah habes buat hal pulak tak nak pulang, buatlah pelbagai alasan.

Bukan sikit kerajaan kena support diorg nih, sorang RM1juta++!!! Aku tak tahu kenapa ade jenis manusia macam ni yang tak reti nak terima kasih. 

Dan tak segan ke ko dengan semua orang-orang Malaysia?? Duit yang korang guna nak belajar tu sume orang Malaysia ade saham, ye lah diorang bayar cukai, jadi jangan la anggap duit hasil titik peluh mak ayah korang jek, orang lain pun ade menyumbang, kalau anak diorang sakit, korang la yang dia harapkan nak tolong sembuhkan.


Aku budak medic, sebab tuh aku banyak bang budak medic, dan aku tak kate hanya di UK dan Ireland saja, di mana-mana pon same. Negara tadi tu sebagai contoh. Dulu aku gelar budak-budak macam ni budak yang tak tahu diuntung, dan sekarang tetap sama aku nak beritahu yang orang macam ni memang tak tahu diuntung!!

Kalau lah kita ni miskin tapi otak bagus, kerajaan pon dah nampak potensi kita dan bagi biasiswa, jadi orang miskin macam ko dan aku ni kena lah bersyukur, tok sah la nak lari memane, tak kembung ke perut ko tuh makan duit orang lain??

Aku menyambut baik keputusan yang dibuat oleh JPA. Dengan adanya pindaan ini, kompemlah sesapa yang tak nak balik akan dapat dihadapkan ke mahkamah, saman jek la, biar diorang rasakan benda tuh!!

Yang pasti pelajar yang belajar di Indonesia akan terus pulang bila belajar di sini, tak yah suruh pun bila habes bawak segala barang-barang dan binatang-binatang peliharaan balik gak..hehehe...kepada Pak Jazman, jangan bimbang, kami kat sini kompem-kompemlah akan ikut arahan JPA tuh.. :D


PULANG??!!!
sekian......

Comments (12)

gile hape nak stay kat negara I ni..
mencekik org je tahu n byk rawan

hahaha..

setuju!!

mmg tak la nak stay kat sini!!

patut extend skali kat student under MARA & lain2 penaja.. siot je nk skip housemanship kt M'sia...

kalo JPA dah buat statement ni, yang lain akan ikut nye..memang siut pon, sesuka hati jek nal lepas..

haih~~

haha..tgk negara la..klu y duk indo ni mesti sokong punye..tp klu y duk negara2 maju cam uk n ireland mesti ramai y kurang setuju..y extend kat ovrC 2,3 taon 2 bole la tahan lg..tp jgn la xbalik terus..

muniri..ayat xbole belah.. ;p

itu yang akuh tak setuju tuh, tau la diorg dah dapat byk dari negara, leh duduk negara bersalji.

bukan aku nak jeles diorang leh g ke situ, rezeki masing2.. tapi kena la igt sapa yang tanggung kita.

n isu ni BUKAN aku tujukan HANYA budak ireland and UK, sapa yang x nak balik, lari terus xnajk khidmat sume aku nak kasi peringat sket

haha...comment kita lebih kurang sama..try bukak blog ni..apa yg ko komen same je yg aku komen kt blog ni... http://2stepsoff.blogspot.com/

dah melawat dah.. nice entries :)

hi yoyo! ni adibah ni..
pasal comment ko kat fb status aku tuh,mmg aku jarang ber-fb..
pasal surat tu, aku ingtkan sume negara tajaan jpa/mara, rupanya indonesia je ke.. knp tak extend kat uk sini skali? ramai btul students2 kat sini yg tak reti diuntung..duduk kat sini lagi after graduate. esp medic students lah.
balikla oi. duit pun duit kerajaan kasik ye tak.

hai dibah!

huhuhu..aku rasa surat tu untuk sume, tapi pak Jazman jaga mahasiswa Indonesia so dia specific ah utk dak sini jek, tapi pekeliling utk sume..

ntah lah, dah pakai duit orang, pstu lupa diri.. jadi Si Tanggang..haiyoo~~

Salam and hye. (First time dtg melawat)

JPA holders yg kt Indon sure2 la nak balik secepat mungkin. Moment after grad dah nk balik kot. Xde makna nk stay lama2.

Depends dgn faktor negara juga. Negara yang maju, gaji lumayan. Wow. Peluang tengah datang. Susah nak tolak.

Some of the holders lagi sanggup untuk turun naik mahkamah selesaikan masalah houseman rather than kerja in their country.

Very subjective actually, susah nak blame.



Nice blog btw.

Terima kasih ain sebab sudi nak masuk ke blog ni.. :)

aku bukan apa, kadang, kadang aku terkilan yang ada di kalangan diorang dah pk dah nak dapatkan biasiswa di tempat sekian2 untuk stay n kerja di sana.

memang betul tempat kita ni gaji kurang but sekarang makin improves, wut u need is a little patience...