VVIP BLOG INI

PRK UM: Turun Ke Jalan Nak Tegakkan Demokrasi, Universiti Betul atau Mereka Betul??

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/05/2010 10:59:00 am

Salam,


Di bawah adalah statement bertulis yang ditulis oleh NC UM mengenai keputusan PRK UM yang diadakan baru-baru ini. Berdasarkan apa yang ditulis memang dapat kita tengok perjalanan PRK sebenarnya telus dan memang sebelum itu penyiasat bebas telah dilantik untuk melihat adakah sebenarnya e-undi ni boleh digunapakai atau tidak.

Hari ini dikhabarkan akan diadakan demo aman untuk menentang keputusan PRK yang lepas, aku nak lihat perkembangan demo ini, adakah benar aman seperti yang dinyatakan? Di Indonesia ini sendiri, aku dah banyak sangat tengok mahasiaswa-mahasiswa yang berdemo yang nyatakan ketidakpuasan hati mereka, mula-mula memanglah aman, dah polis belum ambek apa-apa tindakan lagi.







Bila polis dah start untuk bergerak, remaja la katekan, darah muda menggelegak, orang jentik sikit ngamuk, belum lagi kena kejar pakai belantan pak cik uniform merah! Haaa, time tu yang aman pon boleh mengganas, nak tunjukkan diri pon hero, jangan dicabar orang muda, keluar jurus-jurus silat yang kita sendiri tak pernah tengok bila berguru. Sekali tengok macam buah tok guru, bila pandang balik habes langkah bercelaru.

Aku tahu semua pon tak puas hati sebab ini dah masalah ketidak adilan, dan perlu diperjuangkan, mana telur-telur semua orang kalau itu pon dah kecut. Tak kan la kena acah sikit dengan kereta besi merah menyala tu pon dah TAKUT!!

Tak pe lah, itu pendapat masing-masing, aku cuma nak ingatkan, kalau dah berani buat, berani la tanggung akibatnya. Kalau dah berani nak turun ke jalan, jangan lupa hukuman yang diorg nak tunjuk kepada mahasiswa lain sebagai pengajaran.

Masa tu jangan menyesal tak sudah, baru sedar perbuatan yang kononnya adalah jalan yang benar sebenarnya tak de faedah. Baik duduk dalam bilik menuntut ilmu kuatkan akidah, barulah bila keluar dari universiti hidup tak susah.

Kita kena fikir apa yang harapan ibu bapa hantar kita ke universiti, supaya bila dah besar boleh berbakti. Jadi, kawan-kawan fikirkanlah, nak buat tu buatlah sorang-sorang yek, jangan tarik kawan yang tak tahu apa-apa, dengan diorang pon terpalit sama.

Kalau dah habes belajar nanti nak buat gerakan, buatlah, masa tu dah ade, kerja pon dah tetap, dun worry dah tak de orang nak larang, dah tak de AUKU yang kekang, paling pon kena hadap polis Bukit Aman, itu pon kalau ko buat ekstrim-ekstrim sangat. Fikirlah masa depan, masa depan masih panjang, bukan sehari dua depan kita..

Di bawah sekali lagi aku keluarkan statement NC UM untuk bacaan pembaca, semua pon boleh amek dan berfikir guna minda, adakah benar atau tidak pernyataan yang NC buat. Kita kena sedar bila namanya statement bertulis maka ini boleh dijadikan BUKTI di mahkamah, jadi tunjukkan kepada semua yang pernyataan itu salah, masa tu korang buatlah apa yang patut, ada cara lain betul tak? Buktikan salah, buat laporan polis dan adakan press conference.. tak ke nye nanti NC akan malu sebab buat laporan palsu, ye dak??

Tapi kalau betul statement ni, kalau betul lah dah semua perkara yang dinyatakan dah dibuat, jadi sapa yang nak dipersalahkan??KAMU atau DIA?? yang lain boleh la FIKIR yek!!


************************************************************


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.




Izinkan saya untuk membacakan keputusan rasmi pilihanraya pelajar bagi sesi 2009/2010. Sebelum itu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih saya kepada semua staf UM yang telah dilantik untuk membantu mengurus pilihanraya ini terutamanya kakitangan Pusat Teknologi Maklumat (PTM), kakitangan akademik, anggota keselamatan dan kakitangan pentadbiran dan sokongan yang dilantik daripada fakulti dan pusat.

Kerjasama dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai oleh pengurusan universiti.

Tahun ini merupakan kali pertama UM telah menggunakan sistem e-undi yang mana sistem ini telah dibangunkan oleh PTM, UM yang diketuai oleh Dr David Asirvatham. Sebelum berlangsungnya piiihanraya, saya telah mendapat maklumbalas daripada beberapa orang pelajar yang meragui kebolehan dan keutuhan sistem e-undi ini.

Oleh yang demikian, saya telah memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sistem ini dengan membawa pakar IT yang mereka lantik sendiri. Sebelum pilihanraya, dengan matlamat untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada semua pelajar, pihak PTM telah mengadakan roadshow dan ujilari sebanyak 8 kali di beberapa lokasi dalam kampus untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menilainya.

Pada saya adalah amat penting sekali bahawa sistem pengundian yang dibangunkan berasaskan IT ini perlu mantap supaya hasil pengundian melalui sistem e-undi ini tidak akan diragui lagi.

Dalam pertemuan saya dengan Sdr. Mohd Aizat Mohd Salleh, EXCO MPMUM dan rakan-rakan beliau daripada MPMUM pada jam 2.30 petang, 3 Disember 2009 di Bilik Lembaga, Bangunan Canseleri, saya telah mempelawa Sdr. Aizat untuk membawa konsultan IT yang dilantik oleh pelajar sendiri untuk memeriksa dan menguji sistem e-undi.

Pada masa itu, Aizat berjanji akan membawa konsultan berkaitan dalam masa terdekat.

Seterusnya pada 22 Januari 2010, jam 8.30 malam di Bilik Lembaga, satu mesyuarat telah diadakan dengan Sdr. Aizat dan rakan-rakan MPMUM dengan disertai oleh pihak MAFREL (Malaysians for Free & Fair Elections). Malangnya pihak konsultan IT yang dikenalpasti oleh Sdr. Aizat tidak hadir juga.

Oleh itu, perbincangan terhadap sistem e-undi tidak dapat dilakukan walaupun pada malam itu pihak PTM turut hadir untuk menerangkannya. Walaupun demikian, saya masih ingin memberi peluang kepada Sdr. Aizat dan MPMUM untuk membawakan konsultan IT dan berunding terus dengan pihak PTM.

Oleh kerana konsultan IT yang dijanjikan oleh Aizat tidak muncul, akhirnya konsultan IT alternatif telah dikenalpasti oleh Sdr. Timothy Cheng, seorang EXCO MPMUM. Konsultan IT ini bernama Ng Hoong Ern yang merupakan seorang pelajar tahun akhir Sains Komputer di Universiti Harvard.

Pemeriksaan kepada sistem IT e-undi UM oleh konsultan ini iaitu Ng Hoong Ern telah dilakukan pada I Februari 2010 dengan dihadiri oleh 3 orang pelajar (Timothy Cheng, Ridhuan Osman dan Shafie Hashim) dan beberapa orang staf PTM yang diketuai oleh Puan Haslina. Sdr Ng Hoong Ern telah menghantar laporan beiiau kepada saya yang saya telah terima pada jam 7.00 petang semalam.

Sedutan dari laporan Sdr Ng Hoong Ern itu ada menyatakan: "The source code of each aspect of the system was inspected and no obvious discrepancies were noted. On general inspection of the code, the flow of the system was found to be smooth with no glitches."

Dalam laporan ini juga, beliau turut memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikkan sistem IT yang telah dibangunkan. Saya juga ingin memetik rumusan yang beliau nyatakan dalam laporan beliau yang berbunyi: "As an electronic system, the e-voting system is reliable and secure."

Daripada laporan konsultan IT ini dan ujian-ujian yang telah dilakukan oleh PTM, saya dapat merumuskan bahawa sistem IT e-undi yang telah dibangunkan ini boleh dan amat wajar digunakan sebagai ganti kepada sistem mengundi yang lampau.

Daripada laporan itu jelas pada saya, pihak konsultan IT Sdr Ng Hoong Ern tidak langsung mempersoalkan keboleharapan dan keutuhan sistem e-Udi UM. Saya juga berpendapat bahawa semua staf PTM yang terlibat dalam pembangunan sistem IT eundi ini tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pilihanraya pelajar ini dan mereka telah membangunkan sistem e-undi ini sebaik mungkin dengan tahap profesiolnalisma yang tinggi.

Untuk makluman para hadirin sekelian, Universiti Harvard sendiri telah menggunakan sistem e-undi dalam pilihanraya pelajar mereka seperti yang diberitahu oleh konsultan Sdr Ng Hoong Ern.

Setelah proses pengundian dilaksanakan Khamis, 28hb Januari lepas, terdapat bantahan dari pelajar dan saya telah memberi peluang kepada 10 orang wakil pelajar yang membantah untuk berbincang dengan saya di Pejabat saya pada keesokan hari iaitu Jumaat lepas.

Dalam pertemuan tersebut, banyak aduan telah dikemukakan kepada saya yang mana kebanyakkannya adalah berkisar kepada pengurusan proses pilihanraya. Saya telah kaji semua aduan itu dan telah mengklaiifikasikan aduan-aduan itu kepada dua kategori: (1) perkara-perkara yang berkemungkinan boleh menjejaskan integriti sistem e-undi dan (2) perkara-perkara yang merupakan kelemahan pengurusan dan perjalanan pilihanraya tetapi tidak-menjejaskan keputusan e-undi.

Saya telah mengarahkan staf penyiasat saya untuk segera menyiasat aduan-adaun dalam kumpulan pertama iaitu perkara-perkara yang boleh menjejaskan integriti sistem e-undi. Hasil siasatan mereka menunjukkan bahawa semua perkara-perkara yang diadukan dalam kategori pertama tidak terbukti telah menjejaskan integriti keputusan pilihanraya baru-baru ini.

Manakala, aduan-aduan lain dalam kategori kedua berkaitan pengurusan, Pelaksanaan dan perjalanan proses pilihanraya dan pengundian terutamanya oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah, sedang dan akan terus disiasat atau dikaji untuk tujuan penambahbaikan perjalanan pilihanraya pada masa hadapan.

Sekiranya aduan berkenaan memperlihatkan terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau penyalahgunaan kuasa atau lain-lain kesalahan yang disabitkan kepada staf atau pelajar universiti, tindakan sewajarnya mengikut peruntukan peraturan universiti sedia ada akan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Berbalik kepada pilihanraya yang berlangsung minggu lepas, telah dilaporkan terdapat 14 bantahan yang diterima selepas pemilihan ditutup pada jam 6.00 petang, 28 Januari 2010.

Bantahan ini telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bantahan dan 4 daripada bantahan tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan. Jawatankuasa Rayuan, yang dipengerusikan oleh Prof Khaw Lake Tee, TNC (Pembangunan) telah menimbangkan bantahan tersebut dan kesemua bantahan telah ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihanraya pelajar yang telah saya umumkan pada 28 Januari 2010 adalah dengan rasminya SAH dan DIKEKALKAN.

Sekian. terima kasih.

GHAUTH JASMON
Naib Canselor,
Universiti Malaya.
3hb Februari 2010.

(sources: http://mhafizzuddin.blogspot.com/)



*****************************************************



SIAPA BENAR?!!!


sekian...




Comments (0)