VVIP BLOG INI

Pilihan Raya Kampus (PRK) UM : Pro Mahasiswa vs Penggerak Mahasiswa (GERAK)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/31/2010 08:42:00 pm

Salam,

Macam aku dah janji tadi aku nak post satu lagi entry untuk menutup kerja-kerja mengupdate blog aku untuk bulan januari nih.

dalam beberapa hari ni, aku tengok banyak cerita-cerita mengenai gerakan-gerakan mahasiswa di malaysia. Macam-macam cerita keluar, dari demo yang dibuat oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hinggalah demo yang dibuat oleh mahasiswa yang menyebelahi Pro Mahasiswa di UM.

Aku pun jadi hairan ape ke cerita nye sampai perkara-perkara ni berlaku, jadi bermulalah perjalanan aku untuk mengkaji benda ni dengan tidak menyebelahi apatah lagi aku nak terus menyelar dan menyalahi mana-mana pihak terutamanya orang yang buat demo tuh.

Mula-mula aku lompat ke satu blog yang aku jumpa secara kebetulan iaitu Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia) Azrinizam Ibrahim, dia sendiri adalah memasukkan entry mengenai isu demo di kedua-dua tempat.

Kaji punya kaji barulah aku paham sebenarnya sekarang ni adalah musim Pilihan Raya Kampus (PRK) di Malaysia.

Dari blog dia aku jumpa lagi beberapa blog yang aku rujuk untuk memahamkan aku lagi pasal cerita demo ni. Selepas kajian aku dalam masa yang singkat ni, ada beberapa perkara yang aku telah temukan.

1. Barulah aku tahu universiti di Malaysia ni mahasiswa yang minat dalam politik boleh menyertai parti mahasiswa yang ada, ada dua parti besar yang mungkin ada di mana-mana universiti di Malaysia iaitu Pro Mahasiswa (Pro-M) dan Pro Aspirasi.

Jadi bila pilihan raya kedua-dua parti akan mencalonkan wakil masing-masing untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (PMPM). Kerusi yang ada tergantung kepada universiti nak letak berapa (yang ni tak dapat aku nak kaji semua kerusi yang dipertandingkan di universiti seluruh malaysia, kalau aku boleh buat, aku rasa aku leh dapat pHd kut..haha)

Dah calon barulah nak berkempen dan bila waktu dah time sume pon keluarlah untuk mengundi~~

2. Sekarang yang jadi masalah sekarang adalah waktu undian. Kedua-dua tempat ceritanya sama je, masing-masing tak puas hati dengan sistem undian yang dilakukan.

3. Di UM pihak Pro-M tidak puas hati dengan sistem e-undi yang menggunakan komputer dan mengatakan sistem itu tidak telus. Akhirnya kata mereka sebab sistem e-undi itu lah mereka kalah tipis di UM. hmmm..di UKM pon cerita nya sama, mereka mendakwa adanya penyelewengan yang dibuat yang menyebabkan mereka kalah di UKM, jadi semua pun tak puas hati lah, habis mereka serbu tempat pengiraan undi untuk menyatakan rasa tak puas hati yang lama simpan tuh.

4. Aku nak fokuskan cerita aku hari ni pasal UM je, bukan aku nak rasict, tak pun, cuma dulu aku pernah belajar di Asasi Sains UM, kejap je la aku kat sana, dalam sebulan sebelum aku pindah ke KTT kolej 'bertuah' tuh.

5. Ada dua parti yang berentap nak rebut kerusi di universiti ni iaitu Pro- M dan Penggerak Mahasiswa (GERAK). Oleh kerana kekalahan tipis Pro-M yang dulunya menguasai UM, mereka jadi tak puas hati, jadi adalah dalam beberapa ratus orang turun untuk berdemo menyatakan rasa tak puas hati mereka (yang aku dapat maklumat yang turun banyak dari Fakulti Pengajian Islam). Kira-kira 300 orang yang turun untuk berdemo waktu itu.


macam ni ke nak tunjuk rasa tak puas hati?


gerakan demo membantah e-undi


hebat semangat mereka


pelajar di Indonesia ada berani nak buat macam ni??



Pening la kepala Naib Canselor (NC) yang sekarang ini dipegang oleh Prof. Dato’ Dr. Ghauth Jasmon, terpaksalah NC turun padang untuk selesaikan masalah (wow! NC turun padang bila ada demo kecik macam ni, bukan ramai pon, 300 orang je dari 20,000 mahasiswa UM).

Semua menyelar keputusan NC yang memperkenalkan sistem e-undi dan mereka menagih janji NC yang kata akan letak jawatan jika adanya ketidaktelusan dalam sistem ni.

Akhirnya dengan guna kuasa demokratik, keputusan undi telah ditangguhkan dan masih lagi perbincangan sedang dilakukan untuk tindakan seterusnya.

Hmm...

6. Hebat tak hebatlah pilihan raya di UM, aku tak nak kata kat sesape, aku tak de bukti yang nak kate Pro-M terlalu emosional dalam menanggapi perkara ini, aku tak tahu adakah sistem itu telus atau tidak, dan aku tak pernah mengikuti cerita Pro-M vs Pro-Aspirasi sampailah sekarang.

Yang aku nak komen adalah cara mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Apa niiii....

Apalah sangat dengan kerusi di universiti tu, tak perlulah sampai ko berdemo macamlah korang ni nak rampas kuasa negara. Kenyang ke bila dapat kerusi tu??

Atau sebenarnya korang nak berlagak HERO di depan MEDIA yang kononnya korang lah orang yang memperjuangkan keadilan!!

Atau nak tunjuk koranglah preman-preman dan jangan sesekali sentuh korang nanti buruk padahnya?

Jika puak Pro-Aspirasi @ GERAK boleh akur dengan kekalahan mereka tahun lepas, kenapa korang tidak? Tak percaya ke yang korang boleh kalah?

Jika ini lah sikap yang ditunjukkan oleh korang semua, waktu mahasiswa dah menggila dan lapar nak jawatan, aku tak boleh bayang bila korang keluar universiti nanti~~

Aku pun tak boleh nak bagi cadangan untuk ini, tapi kalau lah benar adenye ketidaktelusan dalam e-undi, aku sarankan agar NC UM untuk gunapakai semula sistem lama pakai kertas, kalau betul tak telus, diorang akan menang, kalau telus, diorang jugak la malu nyorok muka belakang bangunan.

Tapi mungkin cadangan aku tak releven, berapa banyak duit dah keluar untuk pilihan raya, nak buang pilihan raya ulang? wahh!!sapa nak tanggung belanja tu beb?!!

Aku nak lihat lagi progress pilhan raya diorang, jika ada maklumat terbaru aku cerita lagi.

7. Ni aku nak tengok kita pulak yang di sini, PKPMI lah aku amek contoh, kita ada 16 cawangan satu Indonesia, tapi kita sepetinya tidak PROAKTIF dan AGRESIF seperti mereka.

sebab kita belajar medic ke?

kita sikit lah, tak payahlah nak buat?

Alaa,,bukan boleh mati pon tak dapat jawatan YDP tu..

hmmm..

mungkin betul, tak payah la nak gila talak sangat nak jawatan tu, dapat jawatan YDP maksudnye ko dapat satu amanah yang mana kalau tak betul-betul dilaksanakan Allah akan tanya balik ke kita. Sebelah kaki dah ade di neraka dah!!

Tapi yang aku sedikit kecewa nya kurangnya enthusiasme mahasiswa di sini untuk terlibat sama dalam proses pemilihan, nak mintak datang AGM pon payah!! apa lagi nak bergadoh sakan nak lobi kawan-kawan dia!

Aku mintak sangat untuk tahun ni kita UBAH SIKAP dan lebih PRIHATIN dengan masalah kepimpinan..

Aku tak nak komen lagi pasal ni, next entries aku akan komen.

Semoga isu yang ada di UM dan UKM boleh cepat selesai, aku masih nak tengok apa tindakan kerajaan dan universiti mengenai hal ini, adakah AUKU akan dikuatkuasakan???

Kita tunggu dan lihat!!


SUARA MAHASISWA!!!


sekian....

nota kaki:

1. aku masih baru lagi dalam hal gerakan mahasiswa di malaysia, jika kawan-kawan aku di malaysia baca blog ni rasa ada salah minta ditegur ye..

2. selepas ni aku akan updatekan lagi mengenai gerakan mahasiswa di malaysia.

3. HIDUP PKPMI!!!

Comments (24)

hmm..act pilihanraya merupakan medium utama pengerak minda mahasiswa kearah lebih bertanggungjawap..tetapi sayangnya ia telah dicemari dgn tgn2 luar yg tidak spatutnya ikut campur..penggerak Mahasiswa atau pun dahulunya dikenali sebagai aspirasi (sehinnga kini aku mrsa sakit telinga mndgr nama Penggerak, guna aspirasi je la sng) di katakan telah diberikan bantuan2 dari pihak luar dan dalam, cntohnya dari parti politik dn pihak Univ. sndiri..kedaan ini dgn jelas dpt dibuktikan oleh pihak ProMahasiswa yg calon2 lebih berwawasan dan berkaliber, jadi aku rasa wajar mereka berdemo, bkn masalah hal "kecik" tetapi lebih kepada dimana pendirian kita, dimana maruah kita apabila ditindas dan ditipu, kerana itulah nnti yang akan berguna dlm memimpin negara..jika mereka ini hnaya diam menikus,lebih jgn brtanding..dan pihak2 aspirasi yg jelas dibantu oleh tgn2 luar dan dalam adalah sgt dikesalkan, apalah erti kemenangan kalau dgn cara menipu. dan untuk pngetahuan smua, ProMahasiswa telah mng di UM setelah sekian lama, dan Aspirasi dgn apa cara sekalipun akan menggunakan apa sahaja cara untuk mng, smabil dibantu oleh pihak2 yg xbrtanggungjawap..menggunakan harta2 Univ dan sbgainya, sptutnya PRK ini telus dn mana2 pihak tidak dibenarkan menggunakan jentera Univ untuk menang...huh, jelas aku kecewa dgn Apsirasi...

dari dulu aku x suka campus election, kotor!!!

suhail : garapan komentar yang sangat bagus..
memang ko dah lama ambil tahu mengenai perkara ni.

mungkin boleh berikan bukti-bukti yang kukuh untuk kami sharekan supaya semua pon tahu situasi sebenar mengenai perkara ni...
nak dengar jugak pendapat orang yang tahu mengenai perjuangan pihak Pro-M

bagus jugak tahu ada mahasiswa di indonesia yang mengikuti cerita gerakan mahasiswa di Malaysia..boleh la bertukar pendapat dan pandangan..:)

madey:

memang tak suka nak dgr dan kadang-kadang malas nak layan..

tapi orang-orang ni jugak yang akan pegang tampuk pimpinan negara..

so nak tak nak kena kenal mereka-mereka nih..x boleh buat tak tahu je..

x semestinya kena campur, hanya ambil berat dan ambil tahu..
:)

emm...bagi aku..suhail ade btol jgk..demo..cara kita tunjuk rasa ketidak puas hati...salah satu cara demokrasi..
bukan berarti kita kejar pangkat atau nama..Keadilan yang dicari..
kesalahan yang mungkin ddapat dikatakan kecil terjadi di universiti berkemungkinan juga untuk terjadi pada peringkat yang lebih besar..
kalau ada kecurangan atau ragu2(seperti dalam kes election di UM)..kita perlu tunjuk rasa tidak puas hati..jangan membenarkkan perkara seperti itu terus berlanjut...

hmmm..

aku bukan tak setuju langsung pasal demo nih..tapi aku tengok keadaan di sini sahaja sudah..

setiap hari di indonesia ade demo, tapi ada apa-apa solusi x?

yang pasti ini dijadikan media sebagai bahan untuk ditayangkan kepada penonton, apa yang pendemo dapat?

aku tak berapa setuju dengan street politic.. bukan aku nak kate aku minda kerajaan dan terus menolak pembangkang,

dulu pon aku same jek,jiwa memberontak,habes aku nak lawan je, tak puas hati bangun dan sound direct..

tapi aku x dapat apa pon, bukan nye diorang akan ubah perkara yang aku tak puas hati..

tapi sekarang aku ubah cara dan metode, kte berdemokrasi, berdiskusi dan alhamdullillah apa yang aku nak perjuangkan sikit demi sikit dapat..

yg aku sedih kalau lah didapati mereka didapati bersalah dan pihak universiti buang mereka

adakah worth it perjuangan tu??!!

or adakah lebih baik bersabar untuk masa depan yang lebih jauh lagi depan kita??

hidup kita bukan di peringkat mahasiswa saja, panjang lagi jalan nak tempuh..

masa depan yang paling penting..

itu pendapat aku lah..:)

sebenarnye yoyo..masalah nh bukan terjadi kt um...dulu aku pernah gak ikt psl election ktt uia..
same jela ape yg terjadi kt um..
kalo dulu mmg aspirasi kuat dkt uia..
tp skrg pro-m mulai menguasai kerusi2 d uia...

yup..

aku tau tu..

banyak lagi boleh aku nak bukak, pasal UIA sume..tapi takut panjang sangat post..orang bosan lak baca..hahaha

dulu ade jek cmpur bnde2 nih, tp makin menjauhi coz x suke

mksud x suke ni sebab dh terlibat politik luar, tue yg jdik kotor tue

politik luar memg dh cnfirm kotor, so x perlu laa nak masukkan ke dlm kampus =(

rindukan masa zaman Tun Dr M. die larang kemasukan politik luar ke skolah, ipt sume..tp lepas die lepas jawatan, memg habis2an politik luar masuk ke universiti

bila dah ade kepimpinan pasti ada politik di dalam tuh..

yang penting sekarang adalah macam mana kita memilih orang yang betul utk meneraju pimpinan..

jgn nak ambil orang yg korup dan zalim..

dari segi itu mungkin Tun M betul tapi boleh ke dia nak halang jiwa pelajar yang idealis dan aggressive? dah darah muda..mana leh tahan-tahan tul x?

yang boleh sekarang hanyalah cuba carik cara nak kawal perasaan tuh..jgn terlalu emotional akhirnya makan diri~~

bagi aku la...
buat ape demo2 macam ini..
kita tunjukan sikap buruk kita pada orang ramai...munkin bakal majikan..
ada sifat negative dalam diri kita...
masa nak mintak kerja...ada sape2 ke yg sudi..
budak2 melayu aja yg suka berdemo..kaum lain buat apa???
dorang bijak..buat apa ambil risiko..lebih baik fokus pada pelajaran..
he..he..fikir la ye..

yang ni aku setuju dengan ko..

bukan tak boleh nak berpersatuan nak berpolitik.. tapi buat masa sekarang ni kte bataskan dulu aktiviti..

habeskan belajar dulu dan dapat kerja elok2..gaji dah besar..nak politik silakan dah xde yang nak larang

ni skang dah politik, naseb buruk kne buang universiti..agak2 tu ke sbb mak ayah nak hantar kita ke uni?

pastilah nak tengok kite berjaya kan??

aku pon pelik jugak...
kalo x silap aku yg berdemo tu..kebanyakanya dari pengajian islam..
kenapa belajar pengajian islam tapi ada sifat ganas (maaf la aku cakap macam itu)mereka telah memberi imej buruk pada anak2 melayu..
ini lah antara penyebab ramai pelajar2 melayu menganggur...
hilangkan minat majikan...

kalau mengenai hal itu aku tak berani nak buat spekulasi..

mungkin kerana semangat mereka lebih kuat untuk mempertahankan sesuatu..memang itu diajar dalam agama..SEMANGAT!!

tapi adakah mereka guna semangat yang telah diterapkan dalam agama di tempat yang betul atau tidak..

itu patut difikirkan lagi~~

macam yg hempas dan sepak komputer tuh...
kalo dah kerja esok...x puas hati ngan majikan..habis la komputer pejabat hancur dikerjakan...
he..he..x mustahil bro..dah ada pengalaman masa demo tuh..

hahaha..

baek bagi kat anak yatim ke anak angkat ke..diorang lagi memerlukan..

ko join demo yang mane? anwar?

Salam.

Untuk politik mahasiswa lebih-lebih lagi di Universiti Malaya (UM), takda apa yang kita nak pelik dengan semangat mereka. Malah apa yang ada pada hari ini agak lemah kekuatannya berbanding politik mahasiswa terutama pada era 1970-an.

Satu yang ingin di sentuh, siapa kata demonstrasi salah? Sering mahasiswa dengan mudah, menghina Indonesia yang menjadikan demonstrasi sebagai budaya mereka. Itu budaya mereka. Budaya untuk meluahkan pendapat. Tiada solusi melalui demontrasi? Lupakah sejarah Usakti dahulu, melalui gerakan mahasiswalah jatuhnya pemerintah di Indonesia. Mereka bangga dengan itu, kita tak berhak untuk mempertikaikan.

Bagi di Malaysia pula, kita perlu jelas bahawa demonstrasi hanya akan diadakan selepas semua tuntutan dan rundingan tidak berhasil. Sebahagai contoh, sistem e-undi ni. Beberapa bulan sebelum PRK lagi telah dibantah oleh sebahagian dari penggerak mahasiswa di Malaysia. Tapi tiada satu suara mereka pun yang diambil kira. Sekarang mereka berdemonstrasi, mereka pula disalahkan. Nanti lahirlah mahasiswa tutup mulut, kepala angguk.

Lebih baik demonstrasi tu daripada demonstrasi yang diadakan oleh mahasiswa pro-kerajaan di UiTm tempoh hari. Gunakan bas universiti, angkut kebanyakan pelajar junior dan sebarkan propaganda untuk mahasiswa bantah MB Selangor atas alasan yang tak pasti.

Jika dahulu, politik mahasiswa di UM bukan sahaja berperanan dalam kampus sahaja. Isu-isu negara juga tak lepas dari pandangan mereka. Dari sana juga lahir banyak tokoh-tokoh yang kini sebagai pemimpin negara.


Mahasiswa Malaysia di Indonesia? Kebanyakan pelajar adalah pelajar tajaan. Jadi kebanyakan kita lebih suka mengambil prinsip AUKU yang secara tak langsung terdapat dalam surat perjanjian biasiswa. "Jangan banyak soal, ikut sahaja kerajaan. Untuk apa semangat ni ada pada kita. Disini kerajaan dah bagi makan, tempat tinggal, tempat belajar dll. Jadi tumpu pada study sajalah."

pandangan yang bernas daripada saudara farid, terima kasih atas pandangan yang bernas..

pertama, nak mohon dibetulkan sedikit, kami pelajar indonesia bukanlah mahasiswa yang tunduk dan angguk apa yang dikatakan oleh orang-orang di atas.

kedua, kami mahasiswa indonesia juga mengambil berat dan ambil tahu segala masalah yang dihadapi di negara kita.

ketiga, kami bukanlah mandul dari segi perjuangan, tidak sekali..jika kami nampak kebatilan akan kami berjuang-habes-habesan.

cuma..

gerakan mahasiswa di sini tidak sehebat yang ada di malaysia. memang kami tidak ada parti-parti seperti di malaysia.

nak kate waktu pemilihan lebih berdasarkan siapa yang datang waktu mensyuarat tahunan.

jika apa yang saudara farid kata demo adalah satu perkara yang tidak salah, aku tak kan membantah, itu pandangan farid.

demo memang boleh dijadikan medan nak beritahu apa yang tidak puas hati, tapi dari gambar-gambar yang aku lihat, cara berdemo itu nampak agak melampau

maaf kalau salah, memang aku tak ade di tempat kejadian. so aku tak leh nak sahkan perkara tu. Farid ade kat situ ke waktu demo?

apa yang aku lihat, kerana kuatnya semangat kepartian ini, mahasiswa menjadi pecah, ada tangan-tangan luar yang masuk campur, orang-orang atas favoring ke satu pihak yang lain, ada penyelewengan, dan macam2 lagi.

mahasiswa jadi tak puas hati, pemberontakan menular,main kotor, buat macam2..

sokalan aku : ini ke produk yang kita nak sembahkan kepada masyarakat??

jika ya, tak hairanlah kita ramai yang hilang kepercayaan dan hilang minat nak sokong mana-mana pemimpin.

di malaysia, statistik menyatakan ada 4 juta orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, agak2 sebab apa tu?

bukan sebab dah naik nyampah dengan gaya kepimpinan sekarang ke?

btw, trima kasih atas komen, ini yang aku nak, berdiskusi berbincang membuka minda! :)

salam.yang pasti, ramai anak muda yang sedar kepentingan pilihanraya, tanggungjawab, politik dan sebagainye tapi maaflah kalau saya cakap orang yang menganggap lebih baik tak campur bab2 ni adaalah orang yang tidak ada tanggungjawab, nak tengok je, apa nak jadi, jadilah, asalkan diri sendiri senang.tu bukan mentaliti orang yang cemerlang :)
ada isu lebih baik berdiskusi, ada hal yang lebih baik berdemonstrasi.mgkin yang injak2 komputer tu slah, tapi jangan menyalahkan demonstrasi.bagi saya tak salah berdemonstrasi asalkan kena cara dan isu yang diperjuangkan :)

terima kasih atas pandangan..aku terbuka untuk menerima pandangan sesiapa pon..

kalau mereka rasa dah tak boleh nak buat apa dah ni, dah ajak sembang, ajak bincang, ajak diskusi, ajak macam2 lagi pon tak boleh jalan dan anggap demo adalah cara terakhir untuk menunjukkan rasa tak puas hati mereka..silakanlah

mungkin sebab kita di indonesia tak samapai ke tahap tu, jadi orang akan anggap aku tak sensitif dengan masalah dan luahan hati diorang. :)

cuma aku nak mintak, jika nak berdemo, berhati-hatilah, orang-orang besar ni akan bebila masa cari jalan nak buang yang mereka anggap nanah dalam hidup mereka.

jangan sebab itu mereka ni jadi mangsa.

dan aku nak mintak jugak, ada guideline dan batasannya nak berdemo, jgn buat kerja takde maksud seperti pecahkan komputer konon nak anggap sbg simbolik dan pecah masuk beramai-ramai ke pejabat NC..aku tak letak je gambar tu..bukti gambar mmg ada..

itu je..:)

ni keputusan PRK MPP seluruh Malaysia. at least yg kuar kat paper la, btol x btol tak tau la:

UPM - Pro-Apirasi menang 37 drp 48 kerusi
UIAM - Pro-Mahasiswa menang 17 drp 29 kerusi
UM - Pro-Aspirasi menang 24 drp 41 kerusi
USM - Pro-Aspirasi menang 38 drp 39 kerusi
UTM - Pro-Aspirasi menang 35 drp 45 kerusi
UKM - Pro-Aspirasi menang 21 drp 33 kerusi
UMT - Pro-Mahasiswa menang 11 drp 12 kerusi

wahhhh...

ni maklumat bagus ni weh!!!

thx byk!!!

salam bro...
bagi aku la..kalau dah berdikusi, berbincang, berunding dan macam2 lagi yg sewaktu dengannya...dah x memihak kepada kita
ada ke patut kita berdemontrasi...
adakah kita fikir hanya kita saja yg betul...orang lain salah ..org lain bodoh..
kita saja yg betol ...kita saja yg bijak..
orang lain kena dengar cakap kita..kena ikut kehendak kita...
selagi x dapat selagi itu kita terus berdemo..
dan kadang2 yg berdemo tu...niatnya salah ..bukan kerana isu yg dibawa pon.. tapi lebih kepada ada udang di sebalik batu
bagi aku la(maafla kalo silap)..dan aku yakin segelintir mereka x begitu menjiwai isu yg dibawa..hanya darah muda dan terikut ikut hasutan..kalo x dihasut dan dibesar besarkan xkan mereka ikut berdemo...
kalo orang demo kat kita pulak macamana....sape yg x betol ..kita ke..dorang
macam kat uni tu..belajar x habis lagi dah nak ajar orang yg lbih tinggi ilmu..
he...he...sori la bro aku cakap macam ini

paham2.. :)

ade pengalaman ke ni?

macam ade jek tuh..

well,itu yang kita nak elakkan jugak sebenarnye, jgn ada tangan2 luar yg jadi tukang hasut,

tapi macam besa lah,kte berdua tak ade di uni dan tempat kejadian,kita tak tahu cerita sebenar,

cuma kita berharap jgnlah demo yg dibuat ade niat yang lain, dan tetiba dgn sbb tuh jgk tak semena-mena kne buang uni..

kan ssh tuh? rugi jek duit kerajaan dan mak bapak, tapi tgk kne buang uni dan hilang masa dpn semata2 hanya nak pertahankan apa yang diorang rasa benar tuh... ;0€