PKPMI: Profesionalisme Berpersatuan
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 4/10/2011 05:51:00 pm
Salam,
Semalam tamatlah siri pertama perjalanan kami pimpinan PKPMI Pusat bertemu dengan pimpinan PKPMI cawangan Jakarta dan Bogor dalam program Road Tour de Java. Program ini diadakan atas matlamat untuk memberikan informasi kepada cawangan mengenai PKPMI Pusat dan yang lebih penting lagi untuk mengeratkan hubungan kami dengan pimpinan PKPMI cawangan.
Program Road Tour de Java ini dibahagi kepada dua siri di mana siri pertama kami mengadakan pertemuan dengan pimpinan cawangan Jakarta dan Bogor dan siri kedua kami akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan Indera Mayu, Solo, Yogyakarta, Malang dan Surabaya. Siri kedua akan diadakan pada bulan Jun dan kunjungan itu akan diadakan dalam tempoh tiga hari.
Dalam pertemuan kami bersama pimpinan cawangan, apa yang aku sendiri tekankan adalah DASAR PKPMI Pusat. Sebelum ini kami PKPMI Pusat telah menetapkan tiga dasar iaitu KEBAJIKAN kami JAGA, KESATUAN kami BENTUK dan KESELAMATAN kami JAMIN.
Kami telah menambah satu lagi dasar penting dalam persatuan yang telah kami war-warkan dalam Kongres Nasional PKPMI iaitu PROFESIONALISME BERPERSATUAN
Rakan-rakan seperjuangan semua, sudah tiba waktu kita PKPMI membuat TRANSFORMASI dalam persatuan. Sudah tiba waktu untuk kita menjadi lebih maju ke depan. Sudah tiba waktu untuk persatuan membuat satu revolusi dalam mentadbir persatuan.
Persatuan harus diberikan nafas baru! Ini rebranding yang kami mahu laksanakan di dalam persatuan. PKPMI bukan lagi persatuan sepertimana yang kalian kenali dulu. PKPMI kini punya kredibiliti, kapasiti, keupayaan, kemampuan dan kekuatan untuk menjadi lebih baik.
Pada semua pimpinan di 16 cawangan PKPMI dan rakan-rakan Indonesia, gunakan persatuan sebagai satu wadah dalam menyelesaikan permasalahan mahasiswa. Jadikan PKPMI sebagai saluran dalam membentuk kesatuan antara mahasiswa. Kita depani segala isu-isu mahasiswa. Kita popularkan PKPMI dan bawa nama PKPMI di dalam dan luar negara supaya manfaatnya akan kembali kepada mahasiswa. KITA MAMPU MELAKUKANNYA!
Para pimpinan,
Menjadi pemimpin bukanlah untuk meraih populariti, akan tetapi kita pemimpin perlu memikirkan nasib mahasiswa. Kita bantu mereka selagi kita mampu dengan segala keterbatasan di sekeliling kita. Marilah para pimpinan, kita jadikan persatuan satu persatuan yang PROFESIONAL dalam semua segi. Insyaallah dengan usaha semua pihak kita mampu merealisasikan WAWASAN ini. Kita adalah golongan profesional dan seharusnya gerak kerja kita juga haruslah profesional. Dan ingatlah semua pimpinan..
Segala yang kita lakukan adalah DEMI dan HANYA untuk MAHASISWA!
Pertemuan pimpinan PKPMI Pusat dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Di Indoensia (JPMI), Dato' Paduka Dr Junaidy Abu Bakar di Jakarta
Pertemuan dengan pimpinan PKPMI cawangan Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
Bergambar bersama pimpinan PKPMI cawangan Jakarta
Memberikan taklimat kepada ahli PKPMI cawangan Bogor
Antara ahli PKPMI cawangan Bogor yang hadir
Bergambar bersama pimpinan PKPMI cawangan Bogor
PROFESIONAL!!
Comments (0)
Post a Comment