VVIP BLOG INI

Penjelasan Mengenai Penambahan Waktu Praktikal Selama 120 Minggu Oleh MMC Di Indonesia

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/24/2011 09:13:00 pm

Salam,

Seperti yang diketahui oleh semua rakan-rakan di Indonesia, beberapa hari lepas, pihak MMC, KPT dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah datang ke Indonesia dengan membawa agenda bertemu dengan pihak Universitas Sebelas Maret (UNS), Solo untuk menimbang pengiktirafan universitas tersebut. Pada waktu yang sama pihak mereka juga mengambil peluang ini untuk bertemu dengan pihak DIKTI untuk berdiskusi beberapa perkara.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh pihak MMC kepada DIKTI adalah waktu praktikal untuk pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia ditambah menjadi 120 minggu. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan universiti di Indonesia hanya menjalankan program praktikal (koas) selama setahun setengah dan ini tidak mencapai waktu praktikal yang ditetapkan oleh pihak MMC.

Daripada maklumat yang telah saya dapat, pihak DIKTI TIDAK MENOLAK permintaan tersebut, tetapi MENYERAHKAN kepada PIHAK UNIVERSITI untuk mempertimbangkan cadangan tersebut.

Untuk proses perbincangan pihak MMC, KPT, KKM dan JPMI dengan pihak UNS, mereka ternyata berpuas hati dengan penjelasan pihak UNS dan setakat keputusan belum rasmi, UNS akan diberikan pengiktirafan oleh pihak MMC. 

Dan kemungkinan UNS akan menjadi universiti pioneer untuk program praktikal selama 120 minggu tersebut.

Mengapa saya bangkitkan hal ini adalah kerana saya semalam telah mendapat panggilan daripada pelajar dari cawangan PKPMI yang menanyakan mengenai waktu koas 120 minggu ini. Mereka bertanya adakah waktu koas ini telah sah dan mereka terpaksa menambah waktu koas mereka. Mereka menanyakan juga adakah mereka juga akan sama-sama mengambil program internship yang dibuat khas untuk pelajar Indonesia.

Di sini saya ingin menjelaskan, setelah saya menyiasat hal ini, waktu praktikal selama 120 minggu ini masih BELUM RASMI dan pelajar sekarang masih lagi mengikut waktu koas seperti yang telah ditetapkan oleh universiti. Jadi tidak timbul soal adakah mereka perlu menambah waktu koas mereka BUAT MASA SEKARANG.

Memang pihak MMC ada menyatakan mereka akan mengutamakan universiti yang mengikut kriteria waktu praktikal yang telah mereka cadangkan untuk menghantar pelajar biasiswa tapi untuk untuk waktu yang akan datang. Untuk pelajar yang telah mengikuti kursus kedokteran sekarang, mereka masih lagi tidak terikat dengan kriteria yang MMC telah cadangkan ini.

Oleh itu, saya berharap isu ini tidak lagi timbul dan diperbesarkan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan antara mahasiswa yang belajar di Indonesia.

Dan untuk pengatahuan semua. Dari pihak kementerian telah pun menetapkan, untuk Ujian Kompetensi Pelajar Perubatan Luar Negara akan diadakan pada TAHUN 2018. Jadi TIDAK TIMBUL lagi adakah pelajar yang sedang belajar sekarang akan mengikuti ujian kompetensi tersebut.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang telah berjuang untuk isu pengiktirafan UNS. Adalah menjadi kebanggaan PKPMI yang turut sama berusaha dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Kami telah membuat statement akhbar sebagai usaha untuk meminta pihak berkenaan membantu mahasiswa Malaysia di Solo, [Klik sini]

Rakan-rakan, PKPMI adalah medium yang tepat untuk membantu mahasiswa di sini. Kami akan lakukan seupaya kami, dan isu pengiktirafan ini menjadi momentum buat kami untuk membuat lebih banyak lagi untuk mahasiswa.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPMI, KPT, KKM dan MMC yang telah sudi bersama-sama membantu dalam isu pengiktirafan ini. Saya mewakili mahasiswa di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan mereka yang tidak terhingga itu. Berikut adalah nama-nama mereka yang terlibat dalam pertemuan dengan DIKTI dan pihak UNS:

1) Prof. Dr. Rujhan bin Mustafa (Ketua)
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Malaysia

2) Prof. Dr. Zarida binti Hambali,
Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

3) Prof. Dato' Dr. Nik Mohd Nasri bin Nik Ismail
Pengerusi Majlis Dekan-Dekan Perubatan Malaysia

4) Dr. Hj. Wan Mazlan bin Hj. Mohamed Woojdy
Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia

5) Puan Rafidah binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

6) Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia

7) Dato' Dr. Norain bin Abu Talib
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia

8)8) En. Perumal Chinnaya
Penasihat Undang-Undang Majlis Perubatan Malaysia

9) Dato' Dr. Junaidy bin Abu Bakar
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta
(Education Malaysia Jakarta)

10) En Ludinata Misnun
Atase Pendidikan JPMI

11) Pegawai Imegresen KBM

Sekali lagi terima kasih buat semua yang terlibat

Comments (0)