VVIP BLOG INI

Gelombang Kedua H1N1: Kementerian Perlu Ambil Langkah Drastik Dan Masyarakat Perlu Peka!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/13/2010 05:06:00 pm

Salam,




Dua minggu yang lalu kita dikejutkan sekali lagi apabila ade kes kematian akibat virus H1N1 yang berlaku di Melaka yang melibatkan ibu hamil dan anak dalam kandungan. Ibu hamil itu meninggal akibat 'Adult Respiratory Distress Syndrome' dan yang menyedihkan anak dalam kandungan juga mengalami nasib yang sama seperti ibunya.

Beberapa hari sebelum itu ada juga kes kematian seorang wanita tua yang selepas dimasukkan ke hospital dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI). Akhirnya kerana penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) yang dihadapi oleh wanita tersebut, akhirnya wanita itu juga meninggal dunia akibat komplikasi 'severe metabolic acidosis' (peningkatan kandungan acid di dalam darah) [klik sini]

Yang terbaru pula, Pahang telah mencatatkan 57 kes jangkitan virus Influenza A(H1N1) sejak awal tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun.Akan tetapi tiada kes kematian dicatatkan. [klik sini] 

Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem pengawasan dan kempen kesedaran awam dalam usaha untuk mengekang kemunculan semua wabak Influenza A(H1N1). [klik sini]


1. Masyarakat Malaysia

Kepada rakyat Malaysia, isu H1N1 ini bukan isu yang boleh dibawa main-main, setiap dari kita perlu peka dengan masalah kesihatan terbaru yang melanda di negara sekarang ini.

Kesedaran dari setiap masyarakat adalah sangat penting dalam membendung penularan virus ini ke skala yang lebih besar. Jika sudah ada tanda-tanda yang menunjukkan akan timbul kembali penularan penyakit H1N1, masyarakat perlu berhati-hati dan bersiap-sedia dalam menangani masalah ini.

Semua metode-metode yang diajarkan oleh kementerian untuk mencegah penularan ini perlulah dipatuhi oleh masyarakat. Jangan apabila masalah ini sudah menjadi polemik barulah nak tengadah. Apabila kematian mencecah ratusan orang barulah mahu sedar akan bahayanya penyakit ini. Sejarah hitam yang pernah kita lalui dulu tidak perlu diulang kembali!! Penularan ini boleh kita cegah jika adanya kerjasama dan kesedaran masyarakat mengenai penyakit berbahaya ini.


 Bentuk virus H1N1

 Gejala-gelaja H1N1






2.Kementerian Kesihatan

Aku meminta kepada kementerian supaya satu sistem pemantauan (surveilance system) yang cekap perlu di implimentasikan dengan kadar segera supaya penyakit ini tidak akan menular dengan lebih jauh lagi. Jangan apabila penyakit ini sudah menjadi pandemik, barulah ada langkah-langkah yang mahu dibuat.Sistem kuarantin bagi mereka yang disyaki positif H1N1 dan ahli keluarga terdekat perlu diketatkan untuk memastikan mereka ini tidak membawa virus tersebut dan disebarkan kepada orang lain.

Jika masalah ini terus berlarutan, perlu ada pembekalan vaksin yang mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia. 400,000 vaksin yang diperuntukkan oleh WHO belum tentu mencukupi untuk bekalan pada masa hadapan. Aku merayu kepada kementerian supaya mengambil langkah proaktif untuk membawa masuk lebih banyak lagi bekalan vaksin ke dalam negara dalam usaha mengawal dan merawat pesakit-pesakit positif H1N1.


3.NGO yang berkenaan

Badan bukan kerajaan juga perlu turut serta dalam membantu kerajaan memberikan kesedaran dan memberikan idea-idea yang baru dalam menangani masalah ini. Badan bukan kerajaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional ini perlu berganding mahu dalam membanteras penularan H1N1.

Golongan profesional perlu mempunyai sikap ambil peduli terhadap masalah besar yang bakal berlaku dan aku pasti golongan profesional di negara kita sangat prihatin dengan permasalahan masyarakat. Tolak tepi dahulu politik, itu belakang kira. Yang penting adalah taraf kesihatan rakyat perlu dikekalkan ke tahap tertinggi.



Apa yang penting dalam menghadapi masalah seperti ini adalah, perlunya pengembelengan tenaga, usaha dan buah fikiran daripada semua pihak. Bukan hanya kerajaan sahaja yang berusaha, tetapi semua juga perlu turut serta untuk sama-sama membendung penularan penyakit ini.

Apabila kita berbicara soal kesihatan, segala agenda dan propaganda politik perlu kita ketepikan, jika salah strategi hanya SATU NEGERI akan dikuasai pihak lawan, tapi jika salah cara untuk menangani masalah ini, mungkin SATU UMMAH akan ditimpa kesan buruknya.. Fikir-fikirkanlah...




CEGAH SEBELUM PARAH!!!!



 sekian....




Comments (2)

cabaran kpd kwn2 yg bakal dpt posting JKM di UKM.....
btw..tq dgn perkongsian ni..^^

thz noi sbb baca.. :)

t/jwb emua pihak untuk sama2 bantu untuk nyahkan virus ni di muka bumi!!

chaiyuk!!!