VVIP BLOG INI

Petua Dan Etika Ber'SMS'

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/17/2010 06:56:00 pm

Salam,





Sebenarnya dah lama aku nak post kan entry ini, terpaksa menunggu waktu dan ketika yang sesuai je. Banyak sangat post-post lain yang aku rasakan lebih penting untuk didahulukan dulu. Hari ini adalah peluang aku nak bercerita mengenai SMS.

Kita orang-orang muda zaman cyber dan teknologi makumat ni, SMS adalah satu cara telekomunikasi yang terpenting selepas telefon. Tak kira la jenis maret telefon yang kita semua miliki, SMS memang tak akan lari dalam hidup kita dalam berkomunikasi.

Ada yang ber'SMS' adalah urusan kerja, ada sebab nak tahu keadaan keluarga, ada yang saja nak tanya khabar member dan ada juga menggunakan perkhidmatan SMS untuk berindu-dendam bersama girlfren kesayangannya!! Memang dapat kita simpulkan di sini, kalau tak adalah perkhidmatan SMS nih, memang mati kebosanan lah kita sebab tak tahu nak buat apa di waktu-waktu tenggang, dan waktu dalam kuliah (bosan dosen mengajar kat depan...tak paham apa pon..huhuhuhu)

Entry aku kali ni lebih aku nak tekankan kepada pimpinan-pimpinan pelajar nih. Yang lain juga aku sangat alu-alukan untuk baca baca, tak ada masalah. Aku dah lama perhati mengenai perkara ini. Aku perhati sebilangan orang apabila ber'SMS', kadang-kadang ayat yang dia pakai secara tak langsung menyebabkan orang tak puas hati. Mungkin bukan niat dia pon nak buat ayat-ayat kontroversi macam tu, tapi secara tak sengaja sebenarnya bagi member-member terbakar dan bengkek jek baca SMS dia.

Bagi aku KEMAMPUAN pimpinan pelajar untuk ber'SMS' dengan BAIK adalah sangat VITAL untuk dia ambil perhatian. Jangan main suka-suka keluarkan ayat di SMS, salah ayat dan gaya bahasa alamat kredibiliti dan kewibawaan diri jadi tagangannya.

Bagi aku juga, cara dia ber'SMS menunjukkan keperibadian seseorang. Jika orang itu jenis romantik, habis ayat-ayat berbunga yang keluar. Jika mamat tu orangnya tegas...ayat-ayat SMS dia pon kita boleh terbatu membaca...dan sama juga jika pemimpin itu menjawab dengan cara yang salah, orang mungkin akan salah faham terhadap pemimpin itu.

Sebab itu bagi aku SANGAT lah penting untuk tahu dan kaji beberapa perkara mengenai kemahiran ber'SMS' ini. Memang jika nak kaji lebih dalam, nak ber'SMS' dengan orang ni kita kena kaji orang itu sendiri. Bagaimana gaya bahasa yang orang tu boleh terima, apa ayat-ayat yang dia tidak suka..itu semua perlu ambil kira..susah?? memang susah pon....tapi di sini aku nak bagi beberapa tip atau petua atau boleh juga kita kata etika secara general macam mana kita nak ber'SMS' dengan orang


1. TOLONGLAH JAWAB SMS SECEPATNYA!!

Antara banyak-banyak petua, aku rasa ini yang paling perlu diperhatikan!! Apabila kita dapat satu-satu SMS daripada orang. Sudah tentu yang paling dia nak adalah orang itu menjawab dengan secepatnya. Korang lambat balas, orang akan fikir macam-macam...malas ke nak jawab? tidor ke? sibuk ke?

SMS ni samalah seperti telefon atau berjumpa muka ke muka. Apabila ada soalan yang nak kita tanyakan, kita harapkan orang tu cepatlah respon. Kalau tidak ada benda penting yang nak tanya, tak de lah orang tu nak SMS kita.

Kepada pimpinan pelajar!! Jika ada orang yang SMS untuk tanyakan masalah-masalah pelajar.. korang kena cepat jawab!!Gagal untuk menjawab cepat akan menyebabkan orang tak akan percaya dengan korang sume!!tak percaya?? Buatlah selalu perangai buruk tu dan lihat apa reaksi kawan-kawan selepas beberapa ketika. Aku nak nasihatkan, rajinkan tangan tu bergerak dan balas secepatnya!!


2. Jangan Jawab Pendek Sangat

Ni lagi satu penyakit orang menjawab SMS. Kadang-kadang orang yang bagi SMS punyalah panjang. Habis dia gunakan segala skill untuk terangkan kepada kita supaya orang tu paham apa yang kita nak sampaikan..

Punyalah penat dan panjang lebar bagi...dia jawab..   'k'

Itu jek jawapannya!! Tak la nak buat titik-titik selepas perkataan tu ke..ataupun buatlah panjang sikit macam 'ok..' atau nak lagi orang tu sedap membaca balasa kita buatlah macam 'okeh', 'wokey' atau mungkin 'okeh!'

Dan kalau nak bagus lagi, boleh lah tulis panjang-panjang sikit, ambil masa kita nak tulis panjang..aku paham kalau kita SMS orang-orang tua atau pun orang-orang besar memang jawapan yang dia bagi menyakitkan hati..pendek sependek-pendeknya..tapi kita orang muda yang dah dibesarkan dengan kemudahan SMS ini, patut lebih bijak dalam menjawab SMS orang lain.

Ini adalah perkara yang perlu kita tekankan.. bagi kita mungkin itu perkara biasa yang kita buat. Kalau bagi kepada rakan-rakan yang dah paham tak pe. Ni pulak orang baru je kenal kita dan nak cerita tentang masalah..cuba fikir apa perasaan orang yang dapat?? Tak terasa nak baling telur kat kita??


3. Jangan Terlalu Banyak Pakai Perkataan Singkat!!

Ini pon masalah besar. Aku kadang-kadang bila nak baca orang punya SMS ni sampai kena kecikkan biji mata untuk paham apa yang dia tulis. Tergamam 5 minit depan telefon pon ada. Punyalah tak paham apa yang dia tulis.

Kalau perkataan yang dah biasa orang pakai itu tak pe lah contohnya 'yg', 'ak', 'g'.....ada tu perkataan-perkataan yang aku langsung tak paham dia tulis apa!! sampai kena tanya sekali lagi apa maksud yang dia tulis. Lagilah pulak jika ada dimasukkan UNSUR KENEGERIAN dalam SMS....pecah mata dan otak nak pahamkan maksudnya~~

Jadi kepada pimpinan, kalau lah orang itu tak biasa dengan gaya SMS-an kita, elakkan buat banyak sangat singkatan...tulislah penuh-penuh supaya orang tak salah paham...nanti apa yang kita nak sampaikan itu lain, tapi orang paham lain, dan mungkin dia akan beritahu kepada rakan-rakan dia maklumat yang berbeza..kan susah nak jelaskan banyak-banyak kali...


4. Jangan Salah Masukkan Emosi Di Dalam SMS

Ini kena jaga-jaga..ye lah, kita bukan malaikat, ada hati dan perasaan...bukan selalu emosi kita stabil, ada waktu-waktu kita nak marah nak sedih dan gelak ketawa....

Yang penting bila nak SMS jangan salah letak mood di dalam SMS itu.. salah mood fatal lah jawabnya.

Ada satu mood yang paling aku menyampah bila orang balas SMS aku...MOOD MALAS NAK LAYAN!!

Bila ada orang bagi SMS ngan kita, macam nak tak nak jek jawab..jadi pemimpin semua, mood macam ni kena elakkan...tak kira lah emosi ko berkecamuk dan bergelodak waktu itu, tapi apabila ada rakan yang SMS nak tanya..jawab elok-elok..jangan nak luahkan emosi yang tak sepatutnya di SMS..nama korang jugak yang busuk nanti.



5. Jika Lambat Nak Jawab SMS??

Jika kita terlambat nak jawab SMS orang, mungkin ada urusan atau tertido, bila membalas itu kita mintak lah maaf dulu kerana lambat menjawab..dan jika boleh beritahulah apa urusan kita yang menyebabkan kita lambat.

Ini sangat penting kawan-kawan, kita berhadapan dengan hati dan perasaan orang lain. Orang bukan tak paham kita lambat, tapi jika lambat kita kenalah beritahu sebab kita lambat. Orang bukanlah tidak rasional nak berfikir, tapi dari kita pula perlulah memberikan maklumat yang selengkapnya untuk dia berfikir.Walaupun jawab lambat tapi tetap orang boleh menerima jawapan itu sebab memang kita ada kerja yang perlu diselesaikan dulu.





Ini adalah petua dan etika yang aku rasa perlu diambil berat oleh semua orang. Dan aku nak mintak pada pimpinan pelajar, tolonglah baiki kelemahan kita dalam SMS. Aku juga kadang-kadang tak ada lah ikut selalu, tapi aku cuba sedaya upaya untuk ikut guidebook yang aku sendiri buat ini.

Apa yang aku buat ini adalah berdasarkan pengalaman aku. Mungkin betul mungkin juga salah. Jadi tergantung kepada rakan-rakan untuk terima atau tidak..aku hanya memberikan cadangan dan saranan. Tak nak ikut tak apa jek, tapi kalau nak turut alhamdulillah.

Marilah sama-sama kita berubah menjadi penjawab SMS yang lebih baik. Tak ada rugi nak bagi SMS yang elok-elok kepada orang (kalau dengan member rapat, nak buat macam mana tu tak apa lah..dia dah kenal kita luar dalam).Semoga lepas ni dah tak ada orang yang kecil hati dengan kita kerana salah faham dengan kandungan SMS kita atau pun gaya kita menjawab SMS..aminnn...




SMS!!!!



sekian....




Comments (0)