VVIP BLOG INI

Petua Dan Etika Ber'SMS' - Part 2

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/19/2010 07:42:00 am

Salam,




Aku pernah membuat satu artikel mengenai Petua Dan Etika Ber'SMS' dua minggu lepas [klik sini]. Ada 5 poin yang aku ketengahkan untuk semua pembaca-pembaca aku. Ada yang menanyakan aku, kenapa aku boleh terfikir untuk membuat artikel seperti itu. Jawapan aku mudah sahaja. Aku melihat ramai di kalangan rakan taulan yang tidak terlalu mengendahkan kepentingan untuk beretika di dalam SMS. Pada pandangan aku, keupayaan dan skill untuk ber'SMS' dengan baik adalah sangat vital dalam orang lain mengenali peribadi kita. Salah gaya hantar SMS boleh menyebabkan orang berpandangan serong ke atas seseorang.

Di sini aku ingin berkongsi idea dan pandangan aku dengan semua mengenai beberapa lagi poin yang boleh kita guna bersama untuk orang rasa selesa apabila ber'SMS' dengan kita.


Apabila Meminta Bantuan, Minta Dengan Baik!!

Yang selalu aku perhati apabila orang SMS untuk mintak bantuan, sepertinya bukan nak minta tolong tapi mengarah atau paksa orang tu tolong kita.

Contoh ayat:

'Weh, tengok jap buku tu untuk buat kerja rumah, nanti ko bahagi-bahagilah kepada semua, pandai-pandai la ko k'

Kenapa tidak kita buat ayat yang lebih baik untuk bagi orang tak kecik hati dengan kita? Contohnya

'Salam, kita ada kerja rumah yang guna buku ni kan? Nak MINTAK TOLONG boleh? Mintak tolong dari ko bahagi-bahagikan kerja ni kepada semua, tolong yek....

Tak boleh ke kita nak buat macam tu?? Orang kadang-kadang bukan tak nak membantu, tapi kalo cara kita minta dengan orang agak kasar, orang susah nak bantu kita dengan ikhlas. Mungkin kali ini akan tolong, tapi lepas ni belum tentu nak tolong dah..


Apabila Orang Sudah Membantu Kita, Ucap Terima Kasih Dan Hargai Mereka!!!

Ini lagi satu penyakit bila orang ber'SMS'...apabila ada orang bantu kita atau memberi satu informasi yang kita nak melalui SMS yang kita berikan sebelumnya, kita tak reti nak ucap TERIMA KASIH dan tak reti nak MENGHARGAI seseorang.

Sebagai contoh kita minta bantuan orang untuk bagi update perlawanan bola sepak, dan orang itu bagi informasi kepada kita. Apa salahnya kita ucapkan terima kasih?? Tak ke sejuk hati orang tu bila ada orang hargai bantuan yang dah diberikan??

Contoh lagi jika ada satu kerja yang kita minta dia tolong dan dia siapkan kerja itu untuk kita..kenapa tidak kalau malas nak telefon atau tidak ada kredit, berikan satu SMS berbentuk penghargaan kepada dia. SMS tu tak perlu berbunga... tapi yang mereka mahu baca dalam SMS itu adalah satu penghargaan yang ikhlas dalam hati..

Kawan-kawan..jangan sangka apabila kita bagi SMS kepada seseorang, mereka tidak dapat hidu adakah kita ikhlas atau tidak...jangan MEMANDANG RENDAH orang lain..jadi, daripada bagi SMS yang hanya sekadar melepas batuk di tangga..kita sms ikhlas dalam hati. PENDEK tapi BERMAKNA..
cukup lah dengan mengatakan...'Terima kasih..sangat-sangat hargai ko tolong aku tadi.. :)..salam...'


Macam Mana Nak Mulakan Perbualan SMS Dengan Mereka Yang Tidak Kenal Kita??

Ini aku nak tekan kan sangat kepada semua rakan-rakan..Daripada pengalaman aku, dan aku sendiri selalu hadapi perkara ini. Ada yang berikan SMS tapi nombor tak dikenali. Lihat SMS hanya beritahu tujuan untuk SMS tetapi TIDAK KENALKAN diri sendiri. Kadang-kadang terpaksa kena tanya dulu siapa gerangan yang SMS barulah nak kenalkan diri.

Jadi untuk perkara ini, aku nak bagi solusi..ini sangat penting apabila kita nak ber'SMS' dengan orang...lagilah pulak orang yang kita nak SMS adalah orang-orang besar..kalau dia tak kenal kita siapa, memang tak kan nak layannya..Jadi ini solusi daripada aku..

'Salam..tuan...bla..bla....bla.. (tujuan SMS)

Hafidz,
UNPAD,
Bandung, Indonesia'

Jadi apa yang aku tunjukkan di atas adalah, apabila kita SMS orang, tulis dulu apa yang kita nak kasi tahu kepada orang itu, dan pada akhir SMS, di bawah, kenalkan diri dan di mana tempat korang berada sekarang. Jika korang ada pangkat dalam apa-apa persatuan, tulis sekali pangkat korang...

Apa yang aku beritahu ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri..dan memang cara itu berkesan..dan tak de lah korang kena sembur balik sebab tak kenalkan diri sendiri..betul tak??



Ini lah beberapa tips lagi yang aku boleh kongsi bersama teman-teman semua..aku berharap idea yang aku ceritakan ini boleh sedikit sebanyak membantu korang semua untuk lebih terampil dalam ber'SMS'...tak rugi nak tulis elok-elok kan?? Insyaallah orang pun tak rasa menyampah dan marah dengan SMS yang berikan kepada orang..Selamat Mencuba!!




TERAMPIL BER'SMS'




sekian.....






Comments (0)