VVIP BLOG INI

Pelancaran Website Bandung Games 2010 oleh Dato Shabery Cheek

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/21/2010 07:33:00 pm

Salam,



Majlis Pelancaran Laman Web Bandung Games 2010 telah berlangsung di Menara KBS, Putrajaya pada jam 3.30pm semalam. Menteri Belia Dan Sukan, Dato Shabery Cheek telah merasmikan majlis pelancaran tersebut.

 

 

Dengan pelancaran yang telah dilakukan oleh Dato Shabery, maka dengan ini dengan secara rasmi bermula tugas kami sebagai Jawatankuasa Kerja akan melakukan tugas-tugas kami untuk menjayakan Bandung Games yang julung kali diadakan di bumi Indonesia ini.

Sebelum majlis pelancaran dimulakan semalam, aku mengucapkan selamat kepada Dato Shabery dan Dato telah mengucapkan semoga berjaya kepada semua Jawatankuasa Kerja. Tugas yang diberikan kepada kami mahasiswa di sini bukan satu tugas yang boleh dianggap enteng. En Azizuddin sebagai Pengerusi Badan Induk telah memberikan apa yang beliau mahu dan apa yang beliau hasratkan memang besar. 

 

 
Bandung Games Web Site klik sini

 

Walau seberat mana pun tugas ini, kami akan sambut cabaran yang diberikan dan kami akan cuba sedaya upaya kami untuk merealisasikan sukan tahunan yang akan diadakan, dan ia bermula pada tahun ini.

 

Hasrat Dato supaya adanya satu sukan yang dapat meningkatkan hubungan antara dua negara adalah satu hasrat yang baik dan perlu disokong. Sukan adalah salah satu wadah untuk memperbaiki kembali hubungan antara dua negara. Begitu juga hubungan antara kami mahasiswa di sini. Walau sejauh di Acheh hingga ke Makassar, dengan adanya festival sukan ini, dapat kami bersua muka dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

 

Apa yang aku harapkan adalah program ini akan dapat dijalankan secara gilang-gemilang. Tanggungjawab ini bukan hanya ditanggung oleh kami jawatan kuasa kerja sahaja tapi perlunya kerjasama daripada semua 6000 mahasiswa di Indonesia. Mari sama-sama kita jayakan festival ini!!

 

khairul hafidz

Penyelaras Badan Induk Bandung Games 2010

 

 

YUK BERTANDING!!!

 

 

sekian.... 





Comments (0)