Bandung Games: Road To Bandung 2010!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 4/01/2010 01:00:00 pm
Salam,
Aku ingat lagi pada Oktober tahun lepas, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek pernah datang ke Bandung membuat pertemuan bersama kami pelajar di Bandung atas urusan untuk memperkenalkan Sukarelawan Rakan Muda di Indonesia. Waktu itu aku dan Pengerusi BPN, Feendi ada bersama beliau dalam satu pertemuan dengan pelajar Bandung di hotel Puri Khatulistiwa.
Bergambar dengan Dato' Shabery sewaktu pertemuan di Bandung
Di situ kami menanyakan apakah kerjasama dan program yang dapat kami lakukan dengan kerjasama oleh Kementerian Belia dan Sukan. Dan kami mencadangkan agar diadakan satu sukan tahunan di Bandung. Dan beliau menyambut baik apa yang kami sarankan. Sewaktu dalam ucapan beliau, beliau membuat pernyataan agar dibuat Bandung Games dan ianya akan menjadi sukan tahunan di Bandung.
"The
Untuk merespon apa yang diilhamkan oleh Dato Shabery, pelajar dari Bandung telah membentuk organisasi untuk menjayakan program ini. Dari kementerian sendiri telah menunjuk organisasi induk untuk membantu pelajar dalam menganjurkan karnival sukan yang akan dilakukan.
Dalam bulan Februari yang lalu, aku dijemput pulang menjadi wakil pelajar dalam membincangkan mengenai Bandung Games. Dalam perbincangan, ada beberapa perubahan yang telah dilakukan.
Di bawah badan induk, telah ditubuhkan beberapa divisi bagi menjayakan program ini. Antara divisi itu adalah:
1.Events
2.Students Affair
3.Public Relation and communication
4.Commersial
5.Finance
Dan dari acara juga terdapat dua acara yang dibuat:
1. Pertandingan sukan yang akan berlangsung di Bandung
2. Expo yang bertempat di Jakarta.
Aku berpandangan apabila kita katakan Bandung Games, yang difikirkan hanya satu pertandingan sukan yang kita akan panggil pelajar-pelajar di seluruh Indonesia. Rupanya pandangan aku meleset. Dengan pimpinan En. Che Azizuddin b. Che Ismail yang menjadi pengerusi badan induk yang ditunjuk oleh Dato' Shabery, beliau berpandangan bahawa acara ini perlu dibuat lebih besar daripada yang lain.
Dalam pertemuan kami pelajar daripada Bandung dan Jakarta sabtu kelmaren, beliau telah meluahkan apa yang beliau mahu di dalam acara ini.Aku masih ingat lagi apa yng beliau katakan
Its Not The Game That Is Important, Its The Journey
Beliau banyak cerita apa pandangan dan pemikiran beliau di dalam acara ini.Beliau mahu acara ini bukan hanya sekadar kalah dan menang. Apa yang beliau nak bawak adalah NILAI yang boleh orang lain lihat di dalam acara ini.
Mungkin bagi kami yang masih lagi hingusan ini susah mahu memahami sebagaimana yang beliau fahami. Mungkin pengalaman yang mengajarkan beliau maksud NILAI yang dikatakan itu. Kami sendiri tidak pernah ada pengalaman tersebut, kami boleh paham maksud nilai itu, tapi nak suruh memahami apa yang tersirat perlu untuk tempuh perjalanan yang pernah ditempuh oleh beliau.
Di dalam perjumpaan itu, beliau mengajak kepada sesiapa yang mahu untuk turut serta dalam menjadi sukarelawan dalam acara ini. Beliau mahu biarlah komiti yang ditubuhkan nanti disertai oleh semua mahasiswa Malaysia di seluruh Indonesia. Beliau tak nak kalau namanya Bandung Games, jadi AJK hanya daripada Bandung.Dan beliau juga menjanjikan habuan kepada sesiapa yang menjadi AJK dalam acara ini.
Semua yang hadir dalam perjumpaan di Jakarta
Delegasi dari Bandung
Dan dari kami persatuan pelajar di Indonesia (PKPMI). Kami dengan ini menyambut baik apa yang diminta oleh en Azizuddin. Kami tahu ada baik buruk daripada apa yang diilhamkan oleh beliau, tapi apa salah cuba dulu metode beliau dan kita lihat hasilnya nanti.
Dan dengan ini aku mengajak kepada semua ahli-ahli PKPMI seluruh Indonesia yang berminat menjadi AJK, boleh menghantar resume yang diminta oleh badan induk Bandung Games. Dan insyaallah anda akan dihubungi kembali untuk ditemuduga.Untuk mendapat maklumat lebih lanjut, boleh melayari blog PKPMI Pusat. Di blog telah ada Excecutive Summary [klik sini] yang menjelaskan mengenai Bandung Games dan untuk mendapatkan kriteria untuk setiap jawatan yang ada di dalam komiti Bandung Games sila [klik sini].
Dan aku menyeru kepada semua ahli PKPMI, mari kita sama-sama menyokong Bandung Games. Mari kita turun ke Bandung dan Jakarta untuk menjayakan program ini. Program ini bukan untuk pelajar Bandung sahaja ataupun untuk siswa siswi Jakarta sahaja. Program ini adalah untuk KITA SEMUA.
Let's The Game Begin!!!
Salam Bro:
Saya berasal dari Singapore dan pernah tinggal di jakarta.
Saya tertarik dgn artikle saudara, pandangan saya, kenapa tidak dibuat Bandung Games, sebagai "EAST meet West" dgn ertikata bukan sebagai medan perlawanan, tetapi lebih kepada medan silaraturahim antara Malaysia dan Indonesia. Bole diadakan satu Expo, sebagai contoh makanan, cultural, musik, traditional, adat istiadat, pakaian. Tetapi jangan lah cari perbezaan, tetapi more kepada kesamaan. Example, gado2 Malysia - gado2 Indonesia, Mee rebus jawa - Mee rebus Indonesia, Zapin Melayu - Zapin Aceh, Adat perkahwinan orang2 Melayu - adat perkahwinan Jawa, Baju Kurung Melayu - Baju kurung Betawi. Buat lah secara friendship, secara kaum serumpun dan avoid the difference.
Wassalam
salam bro:
terutamanya terima kasih sebab sudi nak baca artikel saya ni..datang dari jauh pula tu..dari singapore..
pertama mengenai nama bandung games, ini adalah ilham daripada menteri belia dan sukan,dato shabery cheek sendiri.dia yang minta agar program ini dinamakan bandung games..walauapapon saya menghargai cadangan saudara tu..
keduanya mengenai pengisian, pada mulanya program ini adalah program sukan yang mana kita ajak semua pelajar msia satu indo ini berkumpul di satu tempat untuk bersama-sama berentap dalam games2 yang akan dibuat dan yang penting untuk menjalin slaturrahmi antara pelajar msia di sini..
idea mengenai expo adalah idea baru yang kami akan adakan dalam rangka untuk menambahkan dana.
dan sememangnya dalam cadangan kami, di dalam expo ini akan kami buat pelbagai aktiviti dan aktiviti yang saudara cadangkan itu ada di dalam cadangan kami.
kami gunakan medium expo ini dalam usaha merapatkan kembali silaturrahmi antara msia dan indo dengan cara mengadakan menunjukkan kesamaan antara dua budaya..
banyak lagi yang dicadangkan sebagai pengisian di dalam expo seperti ceramah agama, ceramah dari orang2 kenamaan dan sebagainya..
dan saya nak berterima kasih kepada saudara sebab sudi memberikan idea2 saudara..saya sangat menghargai idea yang telah saudara lontarkan di comment ini.. thx again!! :)