VVIP BLOG INI

Gempa Di Acheh Hari Ini!! Mahasiswa Malaysia Di Sana Selamat!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/07/2010 05:01:00 pm

Salam,



(sources: klik sini)



Hari ini pada seawal jam 5.00 pagi, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi siri gempa bumi di Pulau Sumatera dan kali ini terjadi di bumi Acheh. Aku mendapat khabar berita daripada Pengarah JPMI, Dato Paduka Dr Junaidy mengenai prkara ini.


 *******************************

JAKARTA, 7 April (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku Sinabang, Aceh pada Rabu 5.15 pagi namun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda.

Gempa yang berlaku di kedudukan 75 kilometer ke Tenggara Sinabang itu berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut.........


Empat gempa susulan dengan ukuran antara 5.1 dan 5.2 pada skala Richter turut berlaku.

Sejumlah 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Aceh dan diberitahu bahawa mereka semua selamat.

"Pelajar Malaysia ada 165 orang, 130 daripada mereka terdiri daripada pelajar tahun akhir dan selebihnya di tahun satu, dua dan tiga di Universitas Islam Negeri ArRaniri.

"Rumah kediaman pelajar jaraknya adalah 10 kilomter dari laut dan mereka sentiasa bersedia sekiranya berlaku tsunami," katanya.

Dr Junaidi berkata beliau telah mengarahkan para pelajar Malaysia di Acheh supaya mengikuti prosedur kecemasan jika ada arahan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan.


(bacaan lanjut : klik BERNAMA)




***************************************



Aku telah menghubungi YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) cawangan Acheh, Mohd Azzar mengenai keadaan di sana. Dia melaporkan yang memang pada awal pagi kejadian itu gegaran agak kuat dirasai. Gempan bumi kali ini berukuran 7.2 SR berbeza maklumat aku pada awalnya yang hanya 5.5 SR. Dia juga menyatakan semua mahasiswa Malaysia di sana yang rata-rata pelajar jurusan agama Islam selamat dan tiada kerosakan yang serius dilaporkan.

Aku menghubungi pula Juruaudit PKPMI Pusat yang juga pelajar di Acheh. Mohd Hakimi. Dia juga melaporkan bahawa semua pelajar selamat.

Aku berharap semua mahasiswa supaya berhati-hati untuk ke depannya. Yang aku takuti adalah gempa susulan. Diharap semua mahasiswa dapat MENJAGA KESELAMATAN dan DOKUMEN PENTING buat masa ini perlulah sentiasa berada DEKAT pada diri.

Aku meminta semua pimpinan PKPMI di sana supaya terus mengawasi keadaan di sana dan jika ada apa-apa yang berlaku minta terus menghubungi PKPMI Pusat ataupun JPMI.

Semoga semuanya dapat bersabar atas dugaan yang menimpa.




JAGA DIRI!!!!



sekian.....

Comments (0)