VVIP BLOG INI

Perkhidmatan Wajib Doktor Dikurangkan Menjadi 2 tahun!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/16/2010 04:07:00 pm

Salam,

Adalah satu berita gembira bagi semua bakal-bakal doktor kerana Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bahawa perkidmatan wajib doktor dikurangkan daripada 3 tahun kepada 2 tahun.Ini kerana atas kebijakan kerajaan dulu yang menaikkan tempoh latihan sebanyak setahun sebab itu sekarang tempoh perkhidmatan dikurangkan sebanyak setahun. Bacaan lanjut klik sini





Bagi semua bakal doktor yang mahu mungkin ingin membuka klinik sendiri atau mahu bekerja di luar ini adalah berita gembira. Cumanya yang masih tidak jelas di sini adalah bagaimana dengan pelajar-pelajar yang telah mendapat biasiswa daripada pemerintah yang diwajibkan bekerja selama 10 tahun terutamanya pemegang biasiswa JPA, adakah mereka masih lagi harus bekerja selama 10 tahun ataupun tidak.

Aku juga bersetuju dengan Tiong Lai apabila beliau mengatakan bagi doktor pakar yang telah berumur lebih 45 tahun yang masih bekerja di luar negara, tempoh perkhidmatan ini tidak perlu mereka laksanakan. Aku setuju dengan beliau jika beliau kata DOKTOR PAKAR. Tidak seperti beberapa hari lepas ada laporan di surat khabar mengatakan sesiapa yang bekerja di luar negara akan dilepaskan dari ikatan perkhidmatan.

Jika itu yang beliau lakukan maka itu menjadi ketidakadilan bagi doktor-doktor yang lain yang wajib berkhidmat untuk kerajaan. Kebijakan baru yang dibuar menteri bagi aku sangat vital untuk menarik lebih banyak doktor pakar yang tidak mahu berkhidmat di negara sendiri yang mungkin kerana sebab-sebab ini. Pendapat aku, jika doktor umum, kita telah ada banyak, tapi jika doktor pakar kita memang kekurangan.

Dan menteri menetapkan umur 45 tahun ke atas yang bagi aku juga sesuai, jika masih muda umur 30-an pun dapat juga kelepasan ini, mungkin ini boleh juga menimbulkan perasaan tidak puas hati doktor yang lain.

Sekarang negara masih lagi mengambil tenaga pakar luar kerana memang negara tak cukup orang yang berkemahiran itu. Kita perlu lebih banyak waktu untuk ada lebih banyak tenaga dengan peningkatan lebih banyak lepasan siswazah dari bidang perubatan. Mungkin kita perlu 10-15 tahun lagi untuk mendidik banyak lagi tenaga pakar di negara kita. Jadi pada waktu sekarang, tenaga pakar yang telah ada yang bekerja di luar harus kita panggil balik untuk mengisi kekosongan yang ada.

Aku mencadangkan kepada kerajaan untuk kaji kembali gaji yang akan diberikan kepada doktor pakar kerana ramai yang ke hospital swasta kerana mereka menawarkan gaji yang lebih tinggi. Aku berpendapat kerajaan perlu bersikap lebih kompetitif dalam hal ini. Jika gaji yang ditawarkan oleh kerajaan lumayan, pasti akan ada yang berminat. Jika kita menggaji tenaga pakar dari luar dengan harga yang tinggi, kenapa tidak gaji yang sama diberikan kepada tenaga temapatan juga?? Mungkin kerajaan perlu memikirkan perkara ini. Terima kasih kepada kementerian kesihatan atas keprihatinan mereka terhadap doktor di Malaysia!!




WEEHOOO!!!!




sekian.....








Comments (1)

Bukan masalah gaji atau upah semata sebenarnya tp masalah dedikasi dan sikap individu. Ramai je pakar2 dlm kerajaan tidak pegi swasta kerana mereka sedar tentang tanggungjawab mereka walaupun ditawarkan gaji puluhan ribu ringgit. Pernah saya tanya kpd salah seorang dari mereka, kenapa doc x nak join swasta kan gaji lebih byk. Dia menjawap, kalau saya pergi swasta saya hanya boleh tolong certain org saja, tp kalau saya service dlm kerajaan saya boleh tolong semua org tanpa batas terutama rakyat2 yg tidak mampu. Semuanya berbalik kepada persoalan kenapa anda mau menjadi seorng doctor sebelum ini. Kerana tanggungjawab atau kerana duit? Pk2 kan la