Misi Menyelesaikan Tugasan Skripsi
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in kedokteran | Posted on 3/30/2010 01:03:00 pm
Salam,
Hari ini bermula perjalanan aku nak mencari subjek untuk tugasan thesis aku,
Skripsi aku adalah berkenaan dengan pengatahuan masyarakat mengenai hypertensi dan komplikasinya,
Jadi aku kenalah berjalan ke segenap pelusuk kampung sasaran aku untuk cari orang-orang nak bantu aku melengkapkan questionairre,
Macam biasa, aku dapat jangkakan tak akan semua yang akan mahu bekerjasama,
Yang tolak tu dah pasti ada,
Jeling-jeling macam aku ni komunis Malaya tak payah nak nak cerita,
Yang buat muka ketat lagilah banyak nanti,
Ye lah, orang asing yang tiba-tiba datang ke kampung mereka beritahu nak kumpul data,
Tapi aku nak terima jugak cabaran ni,
Bila lagi nak redah kampung untuk tahu apa yang masyarakat tak tahu,
Kita rasa mereka ni tahu padahal realitinya mereka apa pon tak tahu,
Skripsi rakan lain kebanyakan ambil sampel dari hospital ataupun subjek member-member sendiri,
Memang agak senang, kecuali beberapa orang yang mencari sampel di hospital,
Yang mintak member-member jadi 'tikus uji' lagi la senang,
Kesian aku tengok member aku 'high' lepas dapat macam-macam 'makanan' yang best-best,huhuhu
Aku yang pilih nak jumpa masyarakat kampung untuk tugasan skripsi aku, jadi aku terimalah cabaran ini,
tAk BaNyAk~~ 300 jek sampel!!!
Tak pe lah labu, cubalah dengan terbaik!!!
SEMANGAT!!!
Kepada rakan angkatan aku jugak, selamat menyelesaikan tugas skripsi korang gak!!
CHAIYUK!!!!
Aku baru belajar mengenai kuman-kuman yang beranak-pinak di tangan korang!!kalau tak menjaga kebersihan tangan itu la contoh-contoh kuman yang akan berlari di tangan masing-masing!!macam berlari di padang besball!!
Jadi, nak ajak semua marilah kita menjaga kebersihan tangan kita....nampak macam tak penting tapi kalau la masyarakat sedar berapa banyak penyakit-penyakit di sebabkan tak jaga kebersihan tangan ni..bukan sahaja menyusahkan diri tapi jugak dapat share dosa sebab menyusahkan orang lain jugak!!
JOM JAGA KEBERSIHAN TANGAN!!!
THESIS!!!
sekian....
Nota kaki:
1. Doa kan aku supaya aku dapat cukup subjek untuk thesis aku!! (cuak-cuak sempat lagi tulis dalam blog!!hahaha)
2. Tiba-tiba ada kesedaran pasal basuh tangan...bila belajar blok tropikal medicine ni mula la menggelabah nak bersihkan tangan ni..kalau tak~~~
good luck!!!
selamat berusaha!!
thx!!!
gile menggelabah nak cari 300 orang!!!