VVIP BLOG INI

Biro DANA Kelab UMNO Bandung (K.U.B.I) 07/09

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/09/2010 08:39:00 pm

Salam,


Akhirnya tamatlah sudah perkhidmatan aku sebagai Exco Kelab UMNO Bandung dari tahun 07-09. Lama tak lama lah nak berkhidmat nih, dua tahun. Bukan satu perkara yang mudah nak buat, kalau setahun masih boleh tahan lagi, kalau dah dua tahun sangat-sangatlah memerlukan konsistensi dan ketabahan yang tinggi untuk lakukan kerja demi untuk kawan-kawan sendiri (alah ..tak yah nak gebang lah kata demi bangsa dan negara...kata just nak having fun time among friends kan.. :P )



 Dalam Biro aku ade terdiri daripada 13 orang ahli termasuk aku sendiri. Merekalah orang yang banyak tolong aku untuk sepanjang dua tahun kitorang berada di Biro DANA.Kalau tak ada diorang memang aku tak terbuat kerja nye.. dari kiri Fawwas, Bila, Syifa, Tengku, Intan, Natrah,Yoyo, Azna, Nani, taiko dan Izwan.. Amer dan Mimi tak dapat nak hadir kerana ada urusan.. :(



 Aku ingat lagi kali pertama aku nak merecruit orang nih..pertama mestilah aku nye Penolong Ketua Biro.. Natrah...kawan aku, Irika yang suggest nama dia, turns out dialah orang yang paling banyak support aku dalam dua tahun kami bersama. Dia tahu aku bengkeng orangnya, nasib la dia jenis cool sikit.. FIVE STAR to her!!!

Dalm buruan aku mencari ajk-ajk yang lain, aku mula mencari junior-junior aku, dah la waktu tu junior 07 laki memang sikit, nak cari sorang pon kira naseb baik dah!! Aku mula jumpa dengan fawwas, turns out jadik aku nye bendahari (sekarang YDP PKPMI cawangan Bandung!! Tumpang bangga!!)

Aku tanya fawwas sapa yang bagus, masa tu aku dapat kenal Bila (S/u aku yang selalu tanya ade kerja ke tak..dedikasi sungguh minah tuh, aku tak bagi kerja, dia lak yang stress banyak..hahahaha). Dan waktu tu Bila tarik Syifa...ni lagi sorang minah, wut kerja baguih, antara orang yang paling banyak aku sakat dalam biro..hohohoho






Diorang kenalkan pulak aku kepada Intan, ni adalah minah aku rasa ada potensi jadik jurujual barang kecantikan berjaya!! Baguih dia promote barang-barang kecantikan..hahaha...

Aku jumpa ngan Tengku, nerdy-nerdy minah ni tapi bila ngan member rapat leh tahan loud~~kompem kat umah kaki gosip~haih~~hahaha..

Azna?? Member diorang jugak yang suggestkan..selalu 'menghilang' entah ke mana..ye la..dia sekolah sini waktu sekolah menengah..member Indonesia ramai~~

Izwan aku ingat lagik aku jumpa dia kat alpina, aku tanya nak jadik ahli biro aku tak?? Dia pon ok jek..asyik dapat ahli perempuan jek, tak tau betapa syukurnya aku dapat ahli lelaki!!

Nani lak Natrah yang recruit, diorang memang like FRENS FOREVER!!! tak leh nak pisah!!! well diorang ni like SPICE GIRL but IN TRIAD... NATRAH-NANI-IRIKA!! LOL!! (Irika tak join sebab dia Exco Kesenian KUBI!!)

Taiko, member batch aku sendiri masuk sebab nak dapat pengalaman and masuk atas dasar kawan..aku sayang taiko sangat!!!

Mimi lak ditarik Natrah dan akhirnya Amer aku yang carik (sekarang dah jadik ARTIS!! dah ada album sendiri..susah nak jumpa..huuu)





 Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli-ahli biro aku, korang dah sangat banyak tolong aku..Boleh tahan banyak jugak aktiviti yang kita buat (tapi kebanyakan tak kena mengena dengan carik dana, ngebehkan dana lagik ada..harharhar..).

I hope you guys having fun in biro. Aku salute kepada diorang, even though kerja akan dapat penat jek, tapi diorang semangat!! Aku suka semangat diorang, ade sekali aku rasa down tapi sebab aku tengok diorang semangat, aku jadik semanagat balik!!GANBATE!!!

And aku pernah gak marah diorang, if korang masih ingat peristiwa semasa jualan futsal KUBI..huhuhu..that is first and last time aku buat camtu...pastu dah ok dah!!

Dan aku nak mintak maaf kepada korang, aku mungkin bukan macam Farid (kawan baik aku@ Exco Biro Penerbitan) yang selalu buat fun-fun things dengan ahli dia..Sambut birthday lah. kuar jalan-jalan ah..Mungkin sebab aku ni gila kosa sangat mentarah macam-macam jawatan yang ada...sebab tu masa yang aku nak spend sangat sikit..but aku cuba dan aku harap apa yang aku cuba kan itu dapat puaskan hati korang.




Owh, bagi yng tak tahu..Kelab UMNO Bandung telah DUA KALI BERTURUT-TURUT meraih gelaran 5 Kelab UMNO terbaik seluruh dunia!! Well agak bangga berada sebagai salah sorang dari ahli!!

Dan kepada semua pimpinan MT dan Exco, aku nak ucapkan thanx kepada korang jugak, kita dah banyak hadapi macam-macam dugaan.

Aku tahu dalam kepimpinan biro, aku ni memang terkenal dengan keagresifan dan suka betul nak lawan cakap!! (bukan nak lawan, tapi bila aku rasa ada sumthin yang tak betul, aku memang main lepas jek dalam meeting!!) Tahu ade jugak yang bengkek tengok aku, asyik bising jewk..huhuhu..tapi apa yang aku utarakan adalah demi untuk kepentingan KUBI dan BUKAN untuk diri aku sendiri.

Berkenaan dengan kejadian tempoh hari, aku kat sini nak MINTA MAAF secara TERBUKA.. Ada sebab aku lakukan demikian..ok full stop, tak mo cerita yang tak best, aku nak cerita pasal yang best-best jek!!

Sekali lagik you guys, thanx a bunch atas bantuan korang, maybe aku bukanlah jenis orang yang suka tunjukkan feelings, but deep in my heart, i do love you all!!!

Semoga pengalaman yang korang dapat dulu akan jadikan korang manusia yang lebih baik dan lebih terampil. Aku selalu sebut kat diorang, aku percaya bila korang balik nanti, muka-muka ni lah yang aku akan nampak tertampal nama mereka di meja eksekutif di hospital!! Kalau tak percaya kita tunggu lagi 20 tahun!! I bet they will be!!!



 Sekali lagi, aku nak letak nama diorang sorang-sorang:

Pemantau (dari MT KUBI):
1. Nadya Amin Shaharudin (Bendahari I)
2. Fatin Amirah Zainutdin (Bendahari II)

Exco : Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin (yoyo)
Penolong Exco : Natrah bt Yazid (Natrah)
S/U : Nabilah Hanis bt Agus (Bila)
Bendahari : Muhammad Fawwas b Meor Abdul Malik (Fawwas)
AJK:
1.Nursyifa bt Abdullah (Syifa)
2.Muhammad Izwan b Zahidin (Izwan)
3.Intan Fazreen bt Ismail (Intan)
4.Tengku Nur Aisyah bt Tengku Ibrahim (Tengku)
5.Faridzatul Azna bt Saroni (Azna)
6.Inani Zalikha bt Zainal Abidin (Nani)
7.Haliza Shamimi bt Abdul Halim (Mimi)
8.Muhammad Aizat bt Shabudin (Taiko)
9.Amer Halimin b Abdul Halim (Amer)




Budak-budak Biro Dana!!!




THANKS A BUNCH!!!


sekian....


Nota kaki: 
1. thanks kepada farid atas gambarnya!!



Comments (0)