Sehari bersama ahli-ahli Biro Dana Kelab UMNO Bandung (KUBI)
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in KUBI | Posted on 3/27/2010 03:16:00 pm
Salam,
Dah hampir sebulan dah AGM berlalu...ahli-ahli Biro Dana pun dah kami bubarkan, dah 2 tahun kami bersama-sama buat kerja..banyak yang dah kami lakukan bersama, dan minggu lepas, sebagai macam rasmi lah kitorang dibubarkan, kami rancang nak keluar bersama-sama, nak gembira-gembira keluar ke Bandung. Ini aku dan timbalan aku, Natrah rancang supaya kami nak hargai segala usaha yang dah ahli-ahli kami dah tolong kami selama ni.
Jalan-jalan kami bermula jam 10 pagi, mula-mula sewa dua kijang, tengok macam rugi jek, Fawwas,
ini lah steek yang kitorang makan..tak ingat nama dia..banyak kut!!!
Sampai di Bandung, kami ke Ciwalk pergi beli tiket wayang...pastuh memasing pon buat muka lapar, kitorang pergi lah makan dulu. Cadangan dari Nabilah, Setiausaha Biro Dana kata nak makan di Kartika Sari, kata sana ada steek yang best...tengah hari camtu pergi ke sana makan steek tu, harga berpatutan,
Bergambo dulu sebelum nak masuk wayang!!!
Kami tengok cerita How To Teach A Dragon To Fly 3D!!! Sangat best!!mula-mula ingat nak tengok cerita Alice In The Wonderland..tapi 3D dah tak de..nampak la cerita ni..mula-mula ragu-ragu jugak nak tengok, entah apa cerita, tak pernah tahu pun. Tanya penjual tiket akak kaunter cun, dia kata baru keluar semalam..Lenjan~~~Hentam kromo aja~~~
Muka-muka artis bila pakai spek 3D
Orang buta masuk wayang..ahaksss
Ni lah cerita 3D yang kitorang tengok..sume wajib tengok!!!5 star!!!!Tak sia-sia tak dapat tengok alice,lagi best kut!!!
Aktiviti kami teruskan lagi...kami cadang-cadang nak masuk kArOeke!!ni bab-bab karoc aku tak de lah reti sangat, yang lain-lain semua pakar karoc..hahaha..
Aku dengan innocent nye menyanyi..1st kut masuk..sora ketaq-ketaq..hahaha
Azna (bukan nama sebenar),Performer terbaik!!nampak sangat selalu pergi karoc!!
Back up singer terbaik!!!
Masuk la ke satu karoeke keluarga di Ciwalk, sume pon pakat-pakat la masuk, dalam kepala sume blank tak tahu nak nyanyi lagu apa, tapi bila dah masuk, berebut-rebut nak pilih lagu..tihtihtih...
Habes dua jam berkaroc (tak rasa pun dua jam,seyes!!), lapar pun datang, pergi la ke MacD utnuk makan...yang bawak kereta pulak Taiko (bukan nama sebenar jugak), melilau cari jalan, patuh buat alasan kata nak bawak ronda-roda..hahahaha..cover sebab sebenarnya tak tahu jalan..terkekek-kekek dalam kereta gelak Taiko bawak kitorang entah ke mana-mana...
Di MacD kitorang dapat makan dan kat situlah kitorang curhat (curahan hati) dan masing-masing pun bercakap apa yang mereka nak luahkan..hmmm...sedih kut waktu ni...dua tahun tu bukan waktu yang sekejap..macam-macam terjadi..tak semua pun gembira..ada jugak yang tak best...asam garam kehidupan..kalo suami isteri boleh bergaduh, inikan pulak kami ahli-ahli biro (ada kaitan tak??huu~~)
Dan selepas tu baru lah balik, dah lewat malam pula, sebelum nak balik Intan nak amek barang daripada kawan dia. Besar lah pulak barang tu, haaa...waku tu jadilah macam gambar di bawah
Pelarian dari Zimbabwe..hahahaha
Bersempit la budak-budak perempuan kat belakang, angkat kerusi duduk kat bawak jek..sian diorang (tapi pastuh sempat lagi bergosip..haih~~~)
Hampir jam 12pm kami balik, semua muka pun kepenatan..
Bagi aku, hari tu hari yang paling seronok aku bersama dengan semua ahli-ahli Biro aku...dengan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli biro kerana bersama-sama aku untuk menggerakkan Biro Dana..walopon aku tahu aku bukanlah ketua biro yang sangat baik, tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk bersama-sama korang untuk buat kerja-kerja sambil bersukaria..dan aku nak mintak maaf zahir dan batin kalau aku ada apa-apa kesilapan, aku hanya MANUSIA BIASA dan BUKANLAH malaikat..jadi aku juga takkan lepas dari kesilapan..
Semoga korang semua boleh jadi orang yang terbaik apabila menjadi doktor nanti..dan ambillah pengalaman yang korang dapat di biro untuk menjadi doktor yang lebih berkualiti...itu doa aku kepada kalian semua!!!
ARIGATO KHOZAIMASU!!!!
sekian....
terbaekk la post ko ni yoyo!haha
btw, cube tengok balik kat gambar paling atas tu.natrah buat muka tak puas hati kat nabilah.kenape ek?hahaha
agak ah!!!
ade la tu dendam lama yang belum dibalas!!
hahaha...
thx kat ko gak sebab dah lama bersama2 buat kerja utk biro k!!!
syg ko!!
muah!muah!!