VVIP BLOG INI

Realita Air Dan Elektrik Di Indonesia (Malaysians! You All Should Be Thankful!!)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/18/2010 08:38:00 am

Salam,

Tetiba hari ni aku nak cerita mengenai pengalaman aku mengenai isu air dan elektrik di Indonesia nih...jika aku di rumah.. jangan cakaplah betapa nikmatnya hidup. Air pun bersih, dijamin tak akan sakit perut kalo tertelan. Elektrik pun tak pernah nak meragam, tak ada la lip lap lip lap sepanjang hari!Mari kita bedah satu-satu masalah yang aku timbulkan hari ni:


1. Air

 Di Malaysia, kita dapat tengok sendiri betapa kerajaan sangat prihatin dalam memastikan rakyat mendapat kualiti air yang terbaik. Habis segala teknologi digunapakai, dari loji air sehinggalah penapis-penapis secara berperingkat.

Aku perhati jika ada kawasan-kawasan perumahan pasti akan ade loji penapis air supaya air yang diguna oleh rakyat tak kira nak mandi, nak masak walhal nak berak sekalipun, air yang sampai di setiap rumah adalah air yang terbaik yang telah dirawat.

Di sini?? Aku tak nak cerita jauh, aku cerita rumah aku je, di sini aku TAK PERNAH NAMPAK satu loji rawatan air pun yang dibina. TAK ADA jugak sistem RAWATAN AIR yang SISTEMATIK seperti di Malaysia. Air yang aku dan kawan-kawan aku pakai setiap hari adalah air dari air bawah tanah yang dipam ke rumah kami. Sebab itu lah aku tak pernah bayar duit air, yang kena bayar duit elektrik, sebab bayar air pam masuk rumah.

Aku buat cerita?? Meh aku tunjuk bukti!!



 Ini keadaan air di rumah aku..air untuk mandi ke air tanah??!!


'


Kotor tak kotor korang pandai la nilai sendiri.


Gambar itu aku ambik dua hari yang lepas, adakah keadaan air ni kali pertama?? Memang tak la!! Aku dah rasa air tanah ni dekat 4 tahun!! Seminggu 2-3 kali air macam ni yang aku dapat. Orang mandi untuk bersihkan diri, ini kalau mandi lagi dapat daki!!Mana tak badan aku berkudis berkurap kalau setiap hari mandi air macam ni!!!

Jadi rakyat Malaysia, korang tak BERSYUKUR lagi??!!




2.Elektrik


Ini lagi aku terasa nak sumpah seranah, lestrik mati secara mendadak!! Ni memang masalah besar di sini kerana elektrik di sini bukanlah digerakkan segara hydro macam negara kita tapi pakai arang batu dan petrol. Kerana peningkatan BBM (bahan bakar mentah a.k.a petrol) yang mendadak..tahu apa kerajaan mereka buat?? Apa lagi, potong elektrik lah nak jimatkan petrol!!

Sekarang seminggu sekali itu kompemlah mati, kalau parah seminggu 2-3 kali. Ini dah kira agak stabil, tapi waktu kenaikan harga petrol mendadak tahun lepas, yang itu lagi lah kami yang tinggal di sini dapat tempias, lebih kerap elektrik dimatikan. 

Aku pernah dapat laporan daripada mahasiswa di Makassar, ada sekali tu elektrik akan mati waktu malam, dan itu berlaku setiap hari!! Bayangkan tengah nak belajar memalam, sedang elok esok nak exam, elektrik mampus tiba-tiba..tak ada rasa nak mencarut??! (lepas tu baru sedar dari histeria, istighfar balik..)

Jadi, rakyat Malaysia yang aku cinta, apa TAK NAK BERSYUKUR lagi??!!




Mungkin kami dah lama bermastautin di sini, kami dah dapat BIASAKAN DIRI..alah bisa tegal biasa...sebab tu bila kami dah biasa merasa benda macam ni, kadang-kadang balik Malaysia perhati orang-orang kita ni, dapat susah sikit dah merungut, ada masalah sikit dah melenting. 

Bukalah minda kita, luaskan pandangan kita, jangan hanya berada di  tempurung negara je, masa tu barulah kalian semua sedar betapa di Malaysia kita telah lengkap serba serbinya...tak mewah..tapi cukup sini sana..



BERSYUKUR!!!



sekian..





Comments (6)

bersyukurlah...aku setuju ngan ko yoyo.....

air n letrik umah ak kat mulana ok je bro.
baya rp80k

alhamdulillah... tapi ade gak ek gadis-gadis tempatan yang memiih utk ke sana meninggalkan segala keselesaan di sini.

alhamdulillah... tapi ade gak ek gadis-gadis tempatan yang memiih utk ke sana meninggalkan segala keselesaan di sini.

alhamdulillah...

setuju 100% bro! bukan setakat air-api, daripada aku lahir sampai abih belajar kat u Kerajaan tlg. sbb tu aku jelik tgk puak2 yg terkinja2 bela pompuan mongolia sesat dgn TBH si tupai penebuk (akhirnya jatuh ke tanah jua!).besok Allah tarik balik semua nikmat ni, ganti pulak dgn bala, baru nak sedar agaknya. hamPAS punya pakatan rasuah!

yoyo...
bdn ko ada kurap ker??
hahahaha
sengal...
sabo jer la duduk sini dowh