Surat Permintaan Maaf Secara Terbuka Kepada MT, Exco, AJK dan Ahli KUBI
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in KUBI | Posted on 3/12/2010 07:27:00 am
Kepada Presiden, MT, Exco, AJK dan ahli KUBI,
Jatinangor, Bandung.
11 Mac 2010.
Tuan/Puan/saudara/saudari
Memohon Maaf Atas Ketidakhadiran Ke AGM KUBI
Saya dengan ini memohon kemaafan kepada presiden, MT, EXCO dan ahli KUBI di atas ketidakhadiran saya ke AGM KUBI pada hari Ahad lepas 7hb Mac 2010.
2.Saya tahu terlalu banyak spekulasi yang telah tersebar di kalangan pimpinan dan ahli sendiri atas ketidakhadiran saya pada waktu yang lepas. Di sini saya tidaklah ingin mengatakan apakah sebabnya saya tidak hadir kerana saya telah MENJELASKAN secara panjang lebar kepada Presiden KUBI, Mohd Feendi b Yap sebab sebenar mengapa saya tidak hadir ke AGM tersebut.
Dari pihak Presiden telah menerima tunjuk sebab yang saya berikan dan saya rasa perkara ini telah diselesaikan di dalam KUBI sendiri. Perkara ini tidak perlu disebarkan sehingga di luar pimpinan kerana kami Exco tetap berpegang kepada KERAHSIAAN yang telah kami pupuk sejak terbentuknya organisasi KUBI 07/09
3. Pertama saya ingin memohon kemaafan kepada saudara Presiden, Feendi sendiri berkenaan isu saya dan saya berharap perkara ini telah dapat diselesaikan di antara kita berdua. Kepada saudara Feendi, walau apapun yang berlaku, kita masih lagi tetap bersahabat baik. Kita tetap meneruskan kerjasama antara kita di peringkat Pusat dan masih lagi memperjuangkan KESATUAN di antara Kelab UMNO dan PKPMI.
4. Kedua, saya ingin memohon maaf kepada MT yang telah bekerjasama memperjuangkan KUBI selama dua tahun tiga bulan. Dua tahun itu bukanlah tempoh waktu yang singkat. Pasti akan berlaku banyak hal yang mungkin tidak dihadapi oleh pimpinan PKPMI kerana tempoh perkhidmatan mereka hanyalah setahun.
Berkenaan hal-hal yang tersebar sewaktu AGM tempoh hari. Isu kewangan yang telah ditanyakan oleh salah seorang ahli. Dengan ini saya MENOLAK adanya PENYELEWENGAN di dalam KUBI. Saya sendiri berada di dalam KUBI dan saya kenal siapa mereka. TIDAK MUNGKIN mereka akan melakukan demikian. Jika ada, pastilah saya orang pertama yang akan bangkit untuk menentang penyelewengan yang dibuat. Saya PERCAYA dan saya AMAT YAKIN bahawa MT KUBI telah menjalankan tugas mereka dengan baik.
Saya juga TIDAK MENAFIKAN ada beberapa dasar dan keputusan yang dikeluarkan tidak menyenangkan beberapa pihak. Perkara ini bolehlah dibawa ke sesi hadapan untuk mengkaji kembali dan diharapkan pimpinan baru dapat mendengar cadangan-cadangan ahli sehingga ke AKAR UMBI supaya satu dasar yang baru yang saya percaya akan LEBIH BAIK dari apa yang kami dah laksanakan. Insyaallah, kepercayaan ahli terhadap MT akan dapat dikembalikan.
5. Saya juga ingin memohon maaf kepada Exco saya yang merupakan angkatan saya sendiri. Kami sudah bersama bukan tempoh yang singkat, bukan setahun dua, akan tetapi telah saling mengenali hampir empat tahun. Saya berharap peristiwa yang telah berlaku tidak akan merenggangkan hubungan antara kita. Saya sudah menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Susah senang telah kami harungi bersama, jika bukan di KUBI mungkin di angkatan kami.
Oleh itu, saya mengharapkan rakan Exco rakan seperjuangan saya akan dapat memaafkan saya atas tindakan saya ini. Dan kepada rakan Exco, saya telah berikan juga sebab tidak menghadiri dan saya kira mereka dapat memahami tindakan itu.
6. Saya juga ingin memohon maaf kepada ahli biro saya sendiri. Mereka yang saya kira paling kecewa dan marah dengan tindakan saya. Rakan-rakan biro sekalian, saya telah menceritakan secara panjang lebar kepada kalian, saya tahu perbuatan saya memang sukar untuk dimaafkan. Saya menyayangi biro saya. Saya sayang ahli saya. Dan saya tahu perbuatan saya itu telah memalukan ahli-ahli biro saya. Saya tahu saya telah menyusahkan orang yang paling dekat dengan saya di dalam biro. Saya tidak mahu memberikan macam-macam alasan lagi. Yang saya pohon hanyalah kemaafan, tidak lebih dari itu.
7. Akhir sekali saya ingin memohon maaf kepada semua ahli KUBI tidak kira terlibat secara aktif ataupun tidak. Terlalu banyak cerita yang saya telah dengar mengenai saya. Ada yang MELABEL saya tidak PROFESIONAL.
Rakan-rakan, adakah selama tempoh dua tahun saya bekerja keras untuk KUBI tidak diambil kira dalam hal ini? Adakah saya pernah lari dari TANGGUNGJAWAB saya selama dua tahun ini? Dengan jawatan yang saya pegang sekarang ini, boleh sahaja saya MELETAKKAN JAWATAN saya. Kalau difikirkan logik, apa lagi yang saya mahukan dari KUBI? Saya memegang jawatan paling besar di Indonesia, boleh sahaja saya lari dari perjuangan KUBI.
Akan tetapi, adakah saya melakukan demikian? Tidak kan? Adakah itu yang dinamakan PROFESIONALISME? Saya rasa itulah profesionalisme yang rakan-rakan sebutkan.Saya TIDAK KELUAR dari KUBI kerana saya sayangkan ahli biro saya yang telah lama bekerja dengan saya. Saya TIDAK keluar kerana saya mahu ahli-ahli saya terus mendapat pengalaman dan keseronokan dalam berpesatuan. Saya TIDAK keluar dari KUBI kerana saya merasakan kami pimpinan masih lagi boleh bekerjasama dan saling berganding-bahu dalam memperjuangkan mahasiswa. Pimpinan TIDAK pernah memandang serong apabila saya mendapat jawatan di persatuan yang lain malah masih lagi menyokong saya seratus-peratus.
Selama dua tahun saya HADIR ke semua acara tidak kira KUBI atau PKPMI kecuali kalau benar-benar ada tanggungjawab lain yang harus dilakukan.Tidak kira sesusah mana, tidak kira sesibuk mana pasti saya akan hadir kerana saya merasakan itu memang TANGGUNGJAWAB saya sebagai Exco atau pimpinan pelajar.Taktala di waktu tidak ramai pelajar yang mahu hadir ke acara kerana kesibukan, saya tetap HADIR kerana MENGHARGAI usaha yang pelajar sudah lakukan untuk pelajar semua. Adakah itu tidak cukup sebagai MEMBUKTIKAN PROFESIONALISME saya??
Jangan kerana saya tidak hadir HANYA satu acara saya diselar TIDAK PROFESIONAL.
Saya juga nak MEMPERTAHANKAN pimpinan KUBI. Kami tidak sempurna, pasti ada kesalahan di sana sini, lagilah kami telah bekerja DUA TAHUN. Pssti kesalahan dari dulu sehingga sekarang dikumpulkan.Jangan kerana SATU ATAU DUA PERKARA kalian MELABEL mereka tidak cekap dalam pengurusan.
KUBI telah banyak berubah. Dahulu sesi lepas dapat bangga dengan hanya Karnival Malaysia.Akan tetapi, adakah rakan sedar atau tidak BERAPA BANYAK program yang telah dibuat oleh KUBI selama dua tahun?Berapa banyak acara yang dibuat untuk pelajar? Tolong fikirkan dengan akal sihat rakan-rakan. Jangan kerana satu isu, habis segala JASA mereka DILUPAKAN. Kami TIDAK sempurna dan bukan tuhan. Pelbagai perkara boleh berlaku dalam jangka waktu dua tahun ini dan yang penting sesi ke depannya dapat ambil pengajaran dan iktibar supaya kesalahan tidak berulang.
8. Saya dengan ini ingin meminta maaf sekali lagi kepada semua. Saya berharap surat saya ini tidak menyinggung sesiapa. Saya buat surat ini supaya segala persoalan yang berlegar di Jatinangor telah dijawab. Saya menyeru agar tiba masanya untuk TUTUP buku lama dan buka LEMBARAN baru.
Yang telah berlalu, saya anggap sudahlah. Saya TIDAK mengatakan perbuatan yang saya lakukan itu BENAR. Saya BERSALAH dalam hal ini, oleh kerana itu saya menulis surat ini kepada rakan-rakan semua. Saya tidak mahu memajangkan lagi cerita lama. Marilah sama-sama kita terus berjuang untuk mahasiswa.
Saya berharap apa yang saya lakukan ini dianggap sebagai satu pengajaran kepada sesi depan.Ada keutamaan-keutamaan dan perkara-perkara yang perlu diambil kira apabila berpersatuan. Dan saya percaya KUBI boleh terus maju di bawah pimpinan saudara Farhan bin Saroni. Saya telah lama kenal dengan dia, dan saya tahu dia berupaya menguatkan KUBI yang telah sedia KUKUH di bawah pimpinan yang sebelumnya.
Yang Benar,
(Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin)
Exco Biro Dana Usaha 07/09
UNPAD, Bandung
Indonesia.
Comments (1)
Post a Comment