Tahniah Datuk Lee Chong Wei!! All England 100 Tahun!!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Sukan | Posted on 3/15/2010 06:48:00 pm
Salam,
***********************************************
BIRMINGHAM, England - Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam.
Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.
Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
[klik sini]
******************************
Satu berita gembira buat semua kipas-susah-mati badminton negara!! Akhirnya sekali lagi perseorangan negara berjaya untuk menjulang piala pertandingan badminton yang paling tua dalam sejarah dan yang paling berprerstij iaitu All England.
Seperti mana pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim telah harumkan nama negara kita, setelah tujuh tahun kita tunggu akhirnya sekali lagi, Malaysia berjaya meraih gelaran juara dalam pertandingan tersohor ini.
Dalam bangga aku ni, yang menyedihkan aku adalah prestasi yang ditunjukkan oleh Hafiz, setelah All England tampak prestasi yang ditunjukkan oleh Hafiz semakin menurun, rentak permainan yang ditunjukkan tidak konsisten.
Aku selalu menonton pertandingan badminton negara, walaupun di sini susah nak tengok (memang la..Indonesia pun kuat, takkan nak tunjuk game negara, potong tangan baru tunjuk kut), tapi jika ada peluang pasti aku akan menonton pemain-pemain negara tercinta aku berentap dengan negara lain demi untuk menggahkan nama Malaysia di persada dunia.
Cuma aku kadang-kadang kecewa dengan Hafiz, badan dah tinggi lampai (nak nikah dengan minah Saleh pun ade harapan) tapi sepertinya mental Hafiz tak cukup kuat, jika dah ketinggalan kompem permainan berterabur. Apa la sangat bola net dan bola smash...tangan dah panjang, ikut logik fizik pasti boleh capai. Bila tengok Hafiz main, rasa stress pulak pastuh berdoa dengan Allah suipaya aku boleh ganti dia main (berangan jek...). Harapan aku supaya Hafiz boleh mengenal pasti kelemahan diri dan akan memperbaiki supaya berjaya mengembalikan kegemilangan dia seperti dulu.
Kita patut bersyukur kerana di negara kita lahir jaguh yang sangat berbakat yang boleh kita banggakan. Datuk Lee Chong Wei sangat-sangat konsisten dan memang patutlah dinobatkan sebagai pemain no 1 DUNIA!! Dia nak bongkak pon tak de masalah, dia ranking no 1 dunia (kita ni paling pun berebut ranking no 1 antara dorm sekolah menengah), tapi aku kagum dengan sikap beliau, terus usaha keras supaya dapat mempertahankan gelar JUARA yang beliau perolehi. Paling aku kagum tengok dia, bila datang ESPN ke apa yang datang interview, selamba badak je cakap BM, orang lain berhempas pulas cakap English...I LIKE!!!
'Untuk Berjaya, Tidak Ada Jalan Pintas'
Chong Wei dan Hafiz Hashim bukanlah hanya pemain Malaysia yang pernah berjaya merebut gelar..beberapa lagi pemain negara kita pernah meraih gelaran itu:
2010 - Datuk Lee Chong Wei ( Malaysia)
2003 - Muhammad Hafiz Hashim (Malaysia)
1966 - Tan Aik Huang (Malaysia)
1956-1957 - Eddy B. Choong (Malaysia)
1955 - Wong Peng Soon (Malaysia)
1953-1954 - Eddy B. Choong (Malaysia)
1950-1952 - Wong Peng Soon (Malaysia)
Tahniah buat mereka semua.Apa yang kami rakyat Malaysia harapkan supaya pemain badminton negara akan terus berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Kerajaan perlu mengambil peluang ini untuk mencari bakat-bakat baru yang mempunyai potensi. Gilaplah mereka sehingga bersinar SEANTERO DUNIA!!
Di bawah games final antara Chong Wei (MYS) vs Kenichi Tago (JPN) di pertandingan All England
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
MAJU TERUS MARA!!!
sekian......
mantabh ahh anak malaysia rangkul all england...
asal tada all malaysia?
sebab malaysia lambat buat gem nih..
so england ah dapat nama dulu..
hahaha