VVIP BLOG INI

My Name is Alkhair..Does It Mean I'm A TERRORIST??!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/01/2010 03:26:00 pm

Salam...

Aku baru sahaja melihat cerita Bollywood movie yang terbaru lakonan Shah Rukh Khan Dan Kajol bertajuk 'My Name Is Khan'..

Aku lambat sikit tengok cerita ni, orang lain dah tengok lama dah, di Malaysia ni aku dapat berita yang banyak panggung wayang yang menarik balik penayangan cerita ini, aku tak tahu sebab apa, mungkinkah sebab terlalu sensitif atau ada sebab-sebab yang lain. Dapat jugak akhirnya aku tengok cerita ni di sebuah panggung wayang di jalan TAR.


 Shah Rukh Khan Dan Kajol, gandingan terbaek!!


Aku memang dah lama minat dengan gandingan mantap Shah Rukh Khan dengan Kajol, sejak dari cerita Kuch-Kuch Khota Hei, Kabhi Kushi Kabhi Gam dan beberapa lagik, kecik-kecik dulu, kalo cerita diorang dua berlakon, kompem aku tengok, diorang dua kalau berlakon bersama terserlah chemistrynya (dulu aku ingat diorang dua ni suami isteri..hoho)

Mula-mula aku ingat ni sama la cerita typical Bollywood, cintan-cintun pastu nyanyi-nyanyi atas bukit, tepi sungai takpun kat atas bangunan. Ternyata pandangan aku meleset!!!

Cerita ni mengisahkan Shah Rukh Khan sebagai pesakit Autisme yang beragama Islam berkahwin dengan Kajol yang beragama Hindu di Amerika. Kajol janda beranak satu bahagia bersama Shah Rukh Khan (Rizvan Khan). Konflik bermula apabila terjadi peristiwa 9/11 akibat daripada itu anak mereka mati akibat kebencian orang Amerika kepada orang Islam (anak mereka tukar nama kepada Khan).

Rentetan itu, bermulanya perjalanan Ridvan Khan untuk bertemu dengan presiden US hanya nak beritahu 'My Name Is Khan..And I'm Not A Terrorist'.

Banyak yang aku boleh amek daripada cerita ini, banyak kesimpulan dan pengajaran yang aku boleh garap, cerita ini bukan cerita murahan seperti cerita lain yang hanya menonjolkan pelakon yang cantik/kacak dan lagu-lagu yang mengasyikkan dengan harapan pasni orang boleh la berjoget-joget. Namun ada maksud tersirat yang lebih penting untuk dipaparkan kepada semua penonton terutamanya kepada orang Islam.

Apa yang nak bagi para penonton sedar yang bagaimana persepsi dan layanan masyarakat kepada orang Islam di Amerika pasca serangan di World Trade Center.



 Peristiwa hitam 9/11


Aku tak nak cerita ada ke tak konspirasi semasa serangan itu. Adakah ianya dirancang oleh puak Zionis?? Banyak spekulasi yang telah dibuat, bukti-bukti yang telah dikeluarkan mengenai adanya muslihat dan fitnah yang sangat besar kepada orang Islam daripada golongan Zionis. Bekas pemimpin kita Dr Mahathir juga ada menyelar mengenai perkara ini di blog beliau.

Apa yang penting adalah di sini titik malang bagi orang Islam apabila waktu itu orang Islam dianggap sebagai TERRORIST!! Habes kempen-kempen yang dibuat oleh negara bukan Islam yang cuba untuk menjatuhkan umat Islam!! Amerika adalah negara yang melabel umat Islam sebagai 'terrorist' dan negara yang paling kuat melancarkan kempen-kempen untuk memerangi 'terrorist' . Dan kita bukan bodoh dan baghal tidak dapat menduga matlamat sebenar mereka yang sebenarnya nak memerangi orang Islam!!!

Aku sedih melihat keadaan itu, berapa banyak negara yang menjadi mangsa kempen yang dilancarkan, Afganistan tumbang dan Iran dikecam.Walaupun dengan adanya penukaran presiden US iaitu Barrack Obama yang menabur janji kata nak undurkan tentera dari Afganistan, tindakannya mana??!!

Aku marah!! Ikut hati nak jek pergi jumpa presiden Semak (Bush) dulu nak jek baling kasut (macam satu kejadian orang baling kasut tuh!!berani!!), tapi aku terpaksa berdiam diri, sebab apa?? sebab nak kata diorang salah semuanya?? Tapi apa cerita dengan Jemaah Islamiyah (JI)?? Apa cerita Noordin Mat Top??





Noordin


Kita semua tahu siapa Noordin Mat Top, aku tinggal di Indonesia, lagilah tahu, penjenayah yang paling dikehendaki oleh negara Indonesia.Sapa tak tahu apa onar yang dia buat, Pengeboman Bali tahun 2002 (202 orang tebunuh), pengeboman JW Marriot Hotel tahun 2003, Australian Embassy di Indonesia tahun 2004,sekali lagi di Bali tahun 2005,dan terbaru di Ritz Hotel dan JW Marriot tahun 2009.

Yang aku boleh ingat adalah pengeboman pada Julai tahun 2009, waktu tuh aku baru pulang ke Malaysia, di airport aku dengar yang hotel di bom!! Kebetulan pulak waktu itu pasukan Man Utd nak ke Indonesia untuk sesi tour nya di Asia. Akibat daripada tu Man Utd tak jadi nak ke sana tapi buat pertandingan persahabatan kali kedua dengan pasukan Malaysia (sedang elok aku di Malaysia, dapatlah pasukan kesayangan aku bermain dengan pasukan kita).

Akhirnya penat punya carik dan selidik,dapatlah pasukan tentera Indonesia membunuh Noordin Mat Top pada 17 September 2009, tapi sebelum tu dah tutup muka malu dah sebab salah cam orang kata yang mereka bunuh itu Nordin tapi salah.Sapa suruh canang ke satu dunia sebelum sahkan terlebih dahulu..

Aku amek ini hanya sebagai contoh, banyak yang aku nak selar..tapi pokok utama aku adalah 'adakah Islam membenarkan dengan apa jua alasan membunuh orang yang tidak berdosa??'

Aku teringat cerita Dr MAZA mengenai cerita negara Samarinda, salah prosidur masuk negara pun kena keluar balik negara tuh, nak tunjukkan ADILNYA ISLAM. Takkan bom bunuh nyawa yang tak berdosa itu diterima pulak?? Walopon ko anggap ko berjihad, bunuh orang ko anggap kafir, adakah darah mereka HALAL untuk dibunuh??

Ya!! Disebabkan oleh isu-isu beginilah aku tersentak, terhenti langkah aku untuk berjuang. Walopon kita orang Islam paham yang memang ade puak macam ni yang terlampau ekstrimis dalam memperjuangkan agama mereka (agama mana aku tak tahu lah), tapi pemahaman orang di luar sana bukan seperti kita!!

Sekuat manapon kita mencuba, nak ubah pandangan orang bukan senang, ditambah pula dengan gerakan yang dilakukan oleh Amerika,mengeluarkan dakyah palsu, memfitnah, memutar belitkan fakta, menimbulkan isu-isu yang mencemarkan maruah Islam, merosakkan agama kita yang suci ini, apa yang kita perjuangkan dan juga kita jelaskan masuk telinga kanan keluar bahagian bawah. Tak de kesan nye kepada mereka.

11 tahun dah berlalu... masih lagi Islam disalah anggap.. kita diperlekehkan, agama kita dianggap paling ekstrem berbanding yang lain.

Rakan-rakan,

Apa tindakan kita untuk menyelamatkan agama kita yang dah berada di takat hidung ni? Apa yang boleh kita buat untuk ubah persepsi orang luar? Apa yang lakukan kita buat dengan kudrat kita yang lemah ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam??

Kita terlalu banyak bercerita pasal bagaimana hebatnya Islam di era sekian-sekian.. mengapa perlu tengok SEJARAH?? jangan terlalu nak bangga dengan kejayaan orang zaman dahulu, mereka BERJAYA kerana mereka HEBAT, jadi jatuhnya kita sekarang bermaksud kita ni LEMAH dan JAHIL??!!

Mari sama-sama kita pertahankan agama, kepada para ekstremis, berenti lah bom-bom tuh!! Jangan terlalu nak ikut perasaan dan menghakimi orang lain. Siapa kamu nak kata mereka yang kafir ni kompem masuk neraka dan ko yang bom diri ni kompem masuk syurga? Ada Allah janji macam tu?? atau yang janji kepada ko tu orang yang suruh ko bunuh diri??

Banyak lagi cara yang dianjurkan Rasullulah, jika tak reti nak dakwah sebab tak de ilmu, kurang-kurang tunjuklah sahsiah yang baik untuk jadi ikutan kepada semua (ni aku nak nasihatkan kepada diri aku jugak!!!)




ALKHAIR!!!



sekian.....



Comments (8)

byknye pop-up! klik skali kuar 7 pop up window tuh..

aku tehingin gak nk tgk cte ni dow..

bdw, blog ko mkin berat yoyo

najikihin:

camne nak buang ek benda tuh??

fahim:

pe maksudnya makin berat?? content or bila nak bukak jadik berat??

SALAM:
Khairul Hafidz AlKhair tak pe gi Indonesia, yang akan jumpa masalah Khairul Baqir AlKhair yang nak gi California - dah lah ALKhair ada Baqir lagi.... tak yau lah nasib dia nanti kat sana......

best kan citer.. tuh.. pesal film malaysia x ley hasilkan movie yg punye isi seperti tuh kan.. syg btul..

oh btul.. blog nih byk pop-up.. sila kurangkan lah yer..

anonymous:
semoga Baqir Alkhair tu tak kena apa2 lah bila di sana nnt.. insyaallah

mrfinal:

BEST!!!

sgt menarik dan ada banyak perkara yang boleh kita amek!!

malaysia~~hmm..tak de bajet lah tu..hahaha

haa..ylg aku!!camner aku nak hilangkan pop up nih!!