VVIP BLOG INI

Gara-gara Mak dan Ayah Hanya Mengikut Kehendak Anak, Anak Dua Tahun Merokok Empat Bungkus Rokok Sehari

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/09/2011 09:43:00 pm

Salam,

Inilah natijahnya jika ibu-bapa tidak diberikan pengatahuan yang cukup dalam memberi didikan kepada anak. Hanya kerana anaknya tak berhenti menangis disumbatnya mulut anak dengan rokok. Tangisan berhenti akhirnya anak ketagih. Tak diberi, melukakan diri sendiri. Mak ayah bingung, dituruti aja kehendak anaknya mahu sesedut dua asap rokok supaya hilang gatal tekaknya itu. Sekarang apa yang terjadi? Beban kepada mak dan ayah terpaksa mengeluarkan hampir Rp50,000 sehari untuk menampung keperluan anaknya yang mahukan 3-4 bungkus sehari sehari. bayangkan anak mula menghisap rokok pada umur 11 bulan dan sekarang sudahpun berumur 2 tahun lebih!

Beginilah kisah Aldi Suganda, dari Sumatera Selatan yang mana ceritanya mendapat liputan luas media dalam dan luar negara tengah tahun lepas. Anak kecil yang ditangannya tak lekang dengan rokok. Sebelum yang dihisapnya habis diambil sebatang lagi untuk dihisap.

Mak dan ayah mereka harus sedar bahawa perilaku tersebut sangat berbahaya buat anak apalagi di usia dini begini. Di dalam bidang perubatan, walaupun setelah bayi dilahirkan, paru-paru tetap mengalami proses alveolarization sehingga berumur 7 tahun di mana alveolar berfungsi sebagai kawasan pertukaran oksigen dan karbon dioksida. Bahan-bahan kimia di dalam rokok akan menghambat proses tersebut. 

Walaupun waktu sekarang dilihat anak masih lagi normal, tunggu sahaja beberapa tahun lagi, gejal-gejala seperti sesak nafas dan shortness of breath akan anak itu alami. Mahu begitu?

Dan aku tak berapa faham apabila ayah dan ibunya mengatakan mereka tidak mampu mengekang kemahuan anaknya. Aku masih teringat ajaran doktor spesialis aku sewaktu di department Psikologi, di dalam Teori Sigmund Freud dalam bukunya Three Essays on the Theory of Sexualities terdapat enam stage atau peringkat. Doktor aku memberitahu pada saat peringkat yang kedua, Anal Stage (umur 1-3 tahun) adalah waktu yang paling penting dalam memberi didikan kepada anak. Pada umur ini, anak mahu mencuba perkara yang baru (menurut Jean Piaget; Piaget's Sensorimotor Period of Cognitive Developement). Menjadi tanggungjawab mak dan ayah untuk memilih mana yang harus mereka ajarkan kepada anaknya dan mana yang tidak.

Anak menangis dan mengamuk jika tak bagi? Aku rasa tidak ada masalah sama sekali. Biarkan mengamuk, dah letih nanti diamlah, jangan diturutkan. Biarkan anak memujuk diri sendiri (self-soothing). Proses ini penting dalam mengajar anak. Kerana gagalnya mak dan ayah untuk memberi didikan yang betul, jadilah anak seperti sekarang, merokok sudah menjadi sebahagian dari konsumsi ruji tiap hari. Bolehkah diubah? Boleh tetapi kerjasama dan sokongan keluarga sangat penting.

Ini adalah pengajaran buat semua, jangan kita ajar anak kita (anak aku juga insyaallah) perkara yang memudaratkan kesihatan. Akal mereka masih mentah untuk membuat keputusan, seharusnya kitalah sebagai keluarga yang memberikan bimbingan. Jangan nanti anak sakit tenat dan melarat waktu itu baru menyesal tak sudah. 

Sayangi Anak kerana Anak adalah Anugerah







Comments (4)

~~Sihat ler pulok budak niee...ce check paru2 dia..ce check jadi cmne ek?

kalau dilihat dari badannya, budak ini dalam kategori obesiti, dan ini mungkin ada kaitannya dengan amalan merokok dia sekarang,

paru-paru dia lak, kalau sekarang mungkin masih tak dapat lihat kesan, tapi kalau dibuat pemeriksaan lanjutan pasti akan ada masalah, kalau tak sekarang, sikit waktu lagi pasti ada

gambar org2 yg kat belakang budak tu semuanya senyum aje, mungkin tumpang bangga mempunyi anak yg lain dari yg lain.Tindakan keras patut di ambil kpd ibu bapa yg tidak bertanggungjawab ini.kesian budak ni yg masih tidak berakal lagi.somebody should do something.

itulah masalahnya di sini, kebanyakan dari mereka tidak mendapat cukup pengatahuan untuk perkara-perkara begoini, mereka rasa ini perkara biasa, mereka tak sedar yang perbuatan ini boleh membawa kepada kematian anak mereka