VVIP BLOG INI

Kerana Ketidaktahuan, Anak Meninggal Ibu Tenat ...

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/01/2011 10:43:00 pm

Salam,

Esok adalah hari di mana kami kumpulan dokter muda di PUSKESMAS (Pusat Kesehatan Masyarakat) Riung Bandung mengadakan penyuluhan kepada masyarakat mengenai Kesehatan Ibu dan Anak (KIA). Kami telah diberikan kepercayaan oleh Kepala PUSKESMAS, dr. Sony untuk memberikan penyuluhan tu kepada masyarakat di RW 04 Cisaranten Kidul.




Penyuluhan ini diberikan kepada mereka adalah kerana terdapat satu kes di kawasan tersebut ada kes kematian bayi yang mahu dilahirkan gara-gara meminta bantuan seorang yang mendakwa dirinya adalah paraji/dukun bersalin. 

Peristiwa terjadi apabila ayah mertua mereka mengaku dirinya adalah paraji yang terulung dan mengatakan dia telah mendapat didikan dari ibunya. Akibat salah cara, bayi tersebut mati sewaktu melahirkan dan ibunya mengalami pendarahan yang teruk. Setelah 3 hari, barulah ibu dihantar ke PUSKESMAS dalam keadaan  nyawa-nyawa ikan. Mujur dapat diselamatkan dan ibu itu dikatakan mengalami tekanan mental akibat dari peristiwa yang dialaminya.

Di Indonesia, telah menjadi budaya di kalangan masyarakat di sini apabila mahu melahirkan menggunakan paraji daripada bidan ataupun doktor spesialis Obgyn. Paraji berbeza daripada bidan kerana paraji adalah satu pekerjaan turun-temurun. Mereka belajar dari ayah/ibunya yang juga dulu paraji bagaimana untuk menyambut kelahiran. Jadi pengatahuan mereka hanyalah sekitar bagaimana untuk membantu ibu melahirkan anak sahaja. 

Masalah paraji adalah, apabila terdapat komplikasi dalam kelahiran, mereka tidak tahu bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut. Oleh sebab itu, kematian bayi di Indonesia masih tinggi akibat daripada budaya memilih paraji untuk menyambut kelahiran daripada bidan atau doktor. 

Namun, kami doktor tidak juga menyalahkan sepenuhnya masyarakat kerana rata-rata masyarakat di Indonesia adalah tergolong daripada masyarakat miskin dan paraji hanya meminta upah semampu keluarga tersebut. Dibandingkan dengan bidan atau doktor, mereka telah menetapkan jumlah upah yang pelu dibayar oleh keluarga dan kebanyakan daripada mereka tak mampu untuk melunaskan bayaran tersebut.

Sekarang pihak DINAS Kesehatan telahpun mengeluarkan arahan bahawa paraji sudah tidak boleh digunakan lagi dalam persalinan. Walaubagaimanapun khidmat mereka masih lagi dipakai untuk memandikan bayi dan menguruskan bayi sewaktu dalam pantang. Yang mengecewakan, masih ada paraji sencara diam-diam menyambut kelahiran bayi dan keluarga tidak menghalang kerana mereka telah biasa menggunakan khidmat mereka.

Tugas kami adalah memberikan kefahaman kepada ibu-ibu pentingnya mereka melahirkan bayi menggunakan khidmat bidan ataupun doktor. Mereka yang lebih tahu cara dan prosedur. Kami harus membuatkan mereka percaya bahawa bidan atau doktorlah yang lebih layak dan memberi dorongan kepada mereka untuk selalu berjumpa dengan petugas kesehatan.

 flyer untuk penyuluhan KIA esok




Insyaallah kami doktor muda berbekalkan pengatahuan kami, kami akan memberikan penyuluhan yang baik kepada ibu-ibu hamil dan sekaligus mengurangkan kes-kes kematian bayi di kawasan tersebut. Doakan kami berjaya.




Comments (0)