VVIP BLOG INI

Gliese 581, Planet Baru Untuk Manusia?!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/07/2011 11:56:00 am

Salam,






Tahun lepas, para saintis dari NASA telah mengumumkan penemuan planet terbaru yang berjarak kurang lebih 20 tahun cahaya daripada bumi yang menepati semua kriteria untuk sebarang 'etraterestrial life' hidup di sana.

Planet itu dinamakan Gliese 581. Berada dalam zon Goldilocks dan mempunyai suhu planet sepanas 160 degrees dan sesejuk negatif 25 degrees. Melihat kepada graviti dan atmophere planet tersebut, saintis percaya bahawa air wujud di panet tersebut.

Apakah ada hidupan lain selain dari manusia? Hidupan tidak semestinya mempunyai  bentuk fizikal seperti kita, tidak juga hidupan yang mempunya keupayaan untuk berbicara dan mempunyai bahasa mereka sendiri. Jika ianya hanya sebesar bakteria itu sudah cukup untuk mengatakan bahawa, We Are Not Alone.

Terlalu banyak spekulasi mengenai adanya makluk lain selain dari manusia. Pelbagai bukti dalam bentuk gambar dan video didedahkan. Namun banyak yang percaya ini hanyalah satu konspirasi dan propaganda daripada Barat untuk mengelirukan masyarakat. 

Penemuan planet Gliese 581 merupakan satu permulaan bagi saintis untuk mengkaji kemungkinan kita manusia berhijrah ke sana. Desas-desus dan ramalan oleh pelbagai individu dan kaum yang mengatakan Bumi hampir ke penghujungnya menyebabkan ada yang mencari-cari dunia lain untuk mereka.

Adakah penghijrahan manusia seperti yang kita tonton di dalam filem fiction  akan menjadi kenyataan? 

Wallahualam....



Comments (0)