Ranking Kebebasan Media Malaysia ke 143. Betul Ke Hak Bersuara Disekat Sepenuhnya?
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Artikel | Posted on 5/05/2011 11:16:00 am
Salam,
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Malaysia telah mendapat ranking 143 dari 196 negara. Ini bermakna dari sudut kebebasan media, Malaysia tidak memberikan kebebasan kepada media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Hasil kajian yang dilakukan oleh mereka wajar kita hormati, tak tahulah jika ada juga campur tangan politik dalam menilai kebebasan media di negara kita.
Sedikit pandangan aku:
1. Jika dikatakan bahawa Malaysia tidak bebas dan menyekat pihak pembangkang daripada memberikan maklumat kepada rakyat bagi aku itu adalah satu tuduhan yang tidak adil. Masakan tiada langsung kebebasan media, jika tidak ada maka tiadalah Harakah, tidak ada Sinar Harian mahupun MalaysiaKini. Dalam pengamatan, sebagai contoh Harakah, walaupun dari segi undang-undang mereka hanya boleh menjual hanya kepada ahli mereka tetap mereka menjual secara terbuka dan sehingga kini tiada tindakan atas mereka. Jadi adakah tiada langsung kebebasan media?
2. Jika mengatakan bahawa media siaran telahpun dikuasai kerajaan, sekarang rakyat telah mula meninggalkan media perdana dan beralih kepada media alternatif seperti blog. Setakat ini, bagi aku kerajaan masih lagi bertoleransi dalam memberi ruang kepada blogger untuk memberikan pandangan. Tidak kira blogger pro pembangkang dan kerajaan tetap diberikan peluang. Jika kata kerajaan berat sebelah hanya menahan blogger pembangkang seperti AdukaTaruna, bagaimana pula dengan blogger pro kerajaan seperti PapaGomo? Hanya retorik? Anda sendiri yang menilai
Selain itu, dapat kita lihat juga banyak ceramah-ceramah politik diseluruh negara walaupun waktu tersebut bukanlah waktu pilihan raya. Persoalannya, ada negara lain yang membuat ceramah politik di luar waktu pilihan raya? Dan kerajaan masih lagi memandang sebelah mata memberikan kebenaran. Tentu sekali ada prosedur yang harus dituruti. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ceramah akan dibatalkan. Hanya ceramah pembangkang pihak pembangkang sahaja yang disuruh bersurai? Tetapi masih banyak ceramah pihak pembangkang dapat dijalankan..bagaimana pula itu?
3. Indonesia mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia. Aku akui di sini medianya lebih terbuka dari negara kita. Namun ada baik dan buruknya. baiknya rakyat boleh mendengar pandangan dari pelbagai pihak kerana media perdana mereka memberi peluang semua pihak untuk berbicara. Akan tetapi aku melihat buruknya lebih dari baiknya. Sebagai contoh sewaktu hubungan Malaysia-Indonesia sedang tegang, mereka memanggil seorang ahli DPR (MP) untuk memberikan pandangan, dan dia menggunakan platform itu untuk untuk membakar kemarahan rakyat dengan meisytiharkan perang ke atas Malaysia. Perkara tersebut bukan perkara yang baik untuk kedua-dua negara.
Sememangnya negara kita masih kurang dalam memberikan kebebasan dalam media perdana. Cadangan aku beri peluang kepada pihak pembangkang juga untuk menyuarakan opini mereka. Buat program-program seperti debat atau forum untuk masing-masing dapat mengeluarkan hujah masing-masing. dalam isu-isu semasa dan pembangunan Rakyat sekarang sudah pandai menilai. Akan tetapi, kebebasan itu harus kita kawal, tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Demi kebaikan kita bersama.
aku rasa pihak berwajib patut membaiki ranking ini, mungkin mereka tidak mendapat maklumat yg sejelasnya atau mungkin kita dapat tengok dari sumber mcm mana mereka membuat rangking