VVIP BLOG INI

Pilihan Raya Kampus (PRK) UM : Pro Mahasiswa vs Penggerak Mahasiswa (GERAK)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/31/2010 08:42:00 pm

24

Salam,

Macam aku dah janji tadi aku nak post satu lagi entry untuk menutup kerja-kerja mengupdate blog aku untuk bulan januari nih.

dalam beberapa hari ni, aku tengok banyak cerita-cerita mengenai gerakan-gerakan mahasiswa di malaysia. Macam-macam cerita keluar, dari demo yang dibuat oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hinggalah demo yang dibuat oleh mahasiswa yang menyebelahi Pro Mahasiswa di UM.

Aku pun jadi hairan ape ke cerita nye sampai perkara-perkara ni berlaku, jadi bermulalah perjalanan aku untuk mengkaji benda ni dengan tidak menyebelahi apatah lagi aku nak terus menyelar dan menyalahi mana-mana pihak terutamanya orang yang buat demo tuh.

Mula-mula aku lompat ke satu blog yang aku jumpa secara kebetulan iaitu Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia) Azrinizam Ibrahim, dia sendiri adalah memasukkan entry mengenai isu demo di kedua-dua tempat.

Kaji punya kaji barulah aku paham sebenarnya sekarang ni adalah musim Pilihan Raya Kampus (PRK) di Malaysia.

Dari blog dia aku jumpa lagi beberapa blog yang aku rujuk untuk memahamkan aku lagi pasal cerita demo ni. Selepas kajian aku dalam masa yang singkat ni, ada beberapa perkara yang aku telah temukan.

1. Barulah aku tahu universiti di Malaysia ni mahasiswa yang minat dalam politik boleh menyertai parti mahasiswa yang ada, ada dua parti besar yang mungkin ada di mana-mana universiti di Malaysia iaitu Pro Mahasiswa (Pro-M) dan Pro Aspirasi.

Jadi bila pilihan raya kedua-dua parti akan mencalonkan wakil masing-masing untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (PMPM). Kerusi yang ada tergantung kepada universiti nak letak berapa (yang ni tak dapat aku nak kaji semua kerusi yang dipertandingkan di universiti seluruh malaysia, kalau aku boleh buat, aku rasa aku leh dapat pHd kut..haha)

Dah calon barulah nak berkempen dan bila waktu dah time sume pon keluarlah untuk mengundi~~

2. Sekarang yang jadi masalah sekarang adalah waktu undian. Kedua-dua tempat ceritanya sama je, masing-masing tak puas hati dengan sistem undian yang dilakukan.

3. Di UM pihak Pro-M tidak puas hati dengan sistem e-undi yang menggunakan komputer dan mengatakan sistem itu tidak telus. Akhirnya kata mereka sebab sistem e-undi itu lah mereka kalah tipis di UM. hmmm..di UKM pon cerita nya sama, mereka mendakwa adanya penyelewengan yang dibuat yang menyebabkan mereka kalah di UKM, jadi semua pun tak puas hati lah, habis mereka serbu tempat pengiraan undi untuk menyatakan rasa tak puas hati yang lama simpan tuh.

4. Aku nak fokuskan cerita aku hari ni pasal UM je, bukan aku nak rasict, tak pun, cuma dulu aku pernah belajar di Asasi Sains UM, kejap je la aku kat sana, dalam sebulan sebelum aku pindah ke KTT kolej 'bertuah' tuh.

5. Ada dua parti yang berentap nak rebut kerusi di universiti ni iaitu Pro- M dan Penggerak Mahasiswa (GERAK). Oleh kerana kekalahan tipis Pro-M yang dulunya menguasai UM, mereka jadi tak puas hati, jadi adalah dalam beberapa ratus orang turun untuk berdemo menyatakan rasa tak puas hati mereka (yang aku dapat maklumat yang turun banyak dari Fakulti Pengajian Islam). Kira-kira 300 orang yang turun untuk berdemo waktu itu.


macam ni ke nak tunjuk rasa tak puas hati?


gerakan demo membantah e-undi


hebat semangat mereka


pelajar di Indonesia ada berani nak buat macam ni??



Pening la kepala Naib Canselor (NC) yang sekarang ini dipegang oleh Prof. Dato’ Dr. Ghauth Jasmon, terpaksalah NC turun padang untuk selesaikan masalah (wow! NC turun padang bila ada demo kecik macam ni, bukan ramai pon, 300 orang je dari 20,000 mahasiswa UM).

Semua menyelar keputusan NC yang memperkenalkan sistem e-undi dan mereka menagih janji NC yang kata akan letak jawatan jika adanya ketidaktelusan dalam sistem ni.

Akhirnya dengan guna kuasa demokratik, keputusan undi telah ditangguhkan dan masih lagi perbincangan sedang dilakukan untuk tindakan seterusnya.

Hmm...

6. Hebat tak hebatlah pilihan raya di UM, aku tak nak kata kat sesape, aku tak de bukti yang nak kate Pro-M terlalu emosional dalam menanggapi perkara ini, aku tak tahu adakah sistem itu telus atau tidak, dan aku tak pernah mengikuti cerita Pro-M vs Pro-Aspirasi sampailah sekarang.

Yang aku nak komen adalah cara mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Apa niiii....

Apalah sangat dengan kerusi di universiti tu, tak perlulah sampai ko berdemo macamlah korang ni nak rampas kuasa negara. Kenyang ke bila dapat kerusi tu??

Atau sebenarnya korang nak berlagak HERO di depan MEDIA yang kononnya korang lah orang yang memperjuangkan keadilan!!

Atau nak tunjuk koranglah preman-preman dan jangan sesekali sentuh korang nanti buruk padahnya?

Jika puak Pro-Aspirasi @ GERAK boleh akur dengan kekalahan mereka tahun lepas, kenapa korang tidak? Tak percaya ke yang korang boleh kalah?

Jika ini lah sikap yang ditunjukkan oleh korang semua, waktu mahasiswa dah menggila dan lapar nak jawatan, aku tak boleh bayang bila korang keluar universiti nanti~~

Aku pun tak boleh nak bagi cadangan untuk ini, tapi kalau lah benar adenye ketidaktelusan dalam e-undi, aku sarankan agar NC UM untuk gunapakai semula sistem lama pakai kertas, kalau betul tak telus, diorang akan menang, kalau telus, diorang jugak la malu nyorok muka belakang bangunan.

Tapi mungkin cadangan aku tak releven, berapa banyak duit dah keluar untuk pilihan raya, nak buang pilihan raya ulang? wahh!!sapa nak tanggung belanja tu beb?!!

Aku nak lihat lagi progress pilhan raya diorang, jika ada maklumat terbaru aku cerita lagi.

7. Ni aku nak tengok kita pulak yang di sini, PKPMI lah aku amek contoh, kita ada 16 cawangan satu Indonesia, tapi kita sepetinya tidak PROAKTIF dan AGRESIF seperti mereka.

sebab kita belajar medic ke?

kita sikit lah, tak payahlah nak buat?

Alaa,,bukan boleh mati pon tak dapat jawatan YDP tu..

hmmm..

mungkin betul, tak payah la nak gila talak sangat nak jawatan tu, dapat jawatan YDP maksudnye ko dapat satu amanah yang mana kalau tak betul-betul dilaksanakan Allah akan tanya balik ke kita. Sebelah kaki dah ade di neraka dah!!

Tapi yang aku sedikit kecewa nya kurangnya enthusiasme mahasiswa di sini untuk terlibat sama dalam proses pemilihan, nak mintak datang AGM pon payah!! apa lagi nak bergadoh sakan nak lobi kawan-kawan dia!

Aku mintak sangat untuk tahun ni kita UBAH SIKAP dan lebih PRIHATIN dengan masalah kepimpinan..

Aku tak nak komen lagi pasal ni, next entries aku akan komen.

Semoga isu yang ada di UM dan UKM boleh cepat selesai, aku masih nak tengok apa tindakan kerajaan dan universiti mengenai hal ini, adakah AUKU akan dikuatkuasakan???

Kita tunggu dan lihat!!


SUARA MAHASISWA!!!


sekian....

nota kaki:

1. aku masih baru lagi dalam hal gerakan mahasiswa di malaysia, jika kawan-kawan aku di malaysia baca blog ni rasa ada salah minta ditegur ye..

2. selepas ni aku akan updatekan lagi mengenai gerakan mahasiswa di malaysia.

3. HIDUP PKPMI!!!

Secebis Kertas, Sebatang Pena dan Semangkuk Tinta : Luahan Hati Penulis

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/31/2010 03:41:00 pm

8

Salam,

aku masih ingat dulu waktu aku mula-mula buat keputusan nak bukak blog sendiri, waktu tu bulan september, sebenarnya lama dah aku fikir nak buat blog, seronok aku tengok blog kawan-kawan aku menjadi wadah untuk meluahkan perasaan dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pemikiran.

Lama aku tangguh hasrat aku, sebab aku tak ade laptop, naseb la ade kawan sejati aku, awang sudi nak jualkan laptopnya kepada aku. Seronok lah aku, banyak kerja yang pakai laptop. THX AWANG!!

Bulan september,2009 bulan keramat aku bukak bolg aku sendiri!!


*** puuuffff ***



banyak aku kena belajar pasal blog nih dan mahaguru aku tentulah gf aku sendiri, dia expert bab-bab nih.. :)

banyak yang aku nak tulis dalam blog aku, macam-macam yang ade dalam benak kepala otak aku untuk aku share dengan semua. Tapi macam besalah kalau namanya amatur, cara penyampaian pon skema tak boleh blah!!

walopon banyak isi-isi yang ada di dalam ternyata tak dapat nak tambat hati pembaca sebab bosan. Macam pak cik tua menulis..huhuhu

Aku berenti kejap dalam penulisan, banyak kerja yang perlu aku bereskan, sampai lah akhir tahun..3 bulan aku tak tulis apa-apa..

Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku ubah fikiran tapi aku rasa aku perlu nak tulis sesuatu. Sebelum menulis aku banyak tanya kepada rakan-rakan yang pernah baca blog aku kelemahan yang aku buat untuk aku ubah..

Terima kasih kepada muniri, natrah, roy dan beberapa orang lagi yang memberi komen kepada aku tentang gaya penulisan aku..

Aku bertekad nak ubah, lebih student friendly.. baru aku sedar mereka tak mahu tahu pun pemikiran aku sangat, yang penting cara penyampaian..

sejak waktu tu aku ubah sikit-sikit dan jadilah macam sekarang ni.

Memang isu yang aku bawa di dalam blog aku agak berat dan kurang diminati oleh rakan-rakan aku. Aku banyak bawak cerita-cerita isu semasa yang orang tak mo tahu pon... nak buat macam mana..itu je yang aku tahu..nak suruh aku curhat-curhat sangat memang tak la kut..huhuhu..

bulan januari 2010 adalah bulan transisi aku.. bermula satu entry dan entry seterusnya, aku makin kerap menulis.. aku pun tak tahu tenaga batin mana yang menyebabkan aku terus dan terus menulis..tenaga dari Tongkat Ali Power Root kut~~

Aku ubah nama blog aku. Dulunya nama YDP PKPMI Pusat tapi baru aku sedar orang kate aku bajet..hahaha..jadi aku ubah kepada



||Aku Pemikir||



Nama ni lebih sesuai dengan jiwa aku

Idea nak cari tuhan saja yang tahu susah tak susah nak cari, tapi aku gagahi jugak otak aku ni..aku perah sampai kering, aku picit sampai keluar..dapatlah idea-idea yang rakan-rakan baca sekarang..

Orang pernah kata kita ni banyak bermonolog dengan diri, samalah macam aku, nampak je aku banyak bersosial di luar, tapi sebenarnya aku banyak berbicara dengan diri sendiri, rasanya 90% waktu aku bercakap dengan diri sendiri, aku berfikir dan berfikir, sampai dah tahan nak fikir, sebab tu aku perlukan satu tempat untuk aku keluarkan apa yang aku fikirkan ni. Dan blog adalah tempat yang terbaik..

Aku jugak ubah teknik penyampaian aku, lebih santai dan ada sikit unsur-unsur sarkastik, tapi masih ada value-value dan idea pemikiran yang aku terapkan. Semua pon dah besa, pasti paham aku apa aku nak sampaikan.

Sampailah akhir bulan, untuk BULAN INI sahaja pembaca aku dah menjangkau 2100 orang!! Kalau nak kata bangga or terharu, memang lah, ade jugak yang sudi nak baca kan..tapi adakah itu matlamat aku menulis??!!


TIDAK!!


Yang penting aku nak orang tahu pemikiran aku, idea aku, dan nak sedarkan mereka untuk lebih prihatin mengenai isu semasa..


Bulan ini aku menumpukan kepada beberapa isu:


1. Isu kalimah Allah

Ini aku tak de TOLERANSI, aku tetap tidak bersetuju ia digunapakai di negara kita, nak pakai di negara lain sila lah, tanya lah ustaz-ustaz negara dia setuju or tak.


2. Hal-hal PKPMI

Ini keutamaan aku, aku perlu beritahu semua yang kami persatuan tetap akan bersama kalian untuk kita bersama-sama menyelesaikan masalah. Masalah korang perhatian kami!!


3. My anniversary

Januari anniversary aku ngan gf aku,kompem la aku kuarkan cite tu kan kan kan..heee


4. Masalah di bumi indonesia dan J-Town


Aku harap rakan-rakan teruskan untuk membaca entries yang aku keluarkan, aku cuba untuk cari bahan-bahan dan isu-isu yang menarik untuk kita fikirkan dan bincangkan bersama.

Aku mengalu-alukan segala kritik dan saran, kadang-kadang kita ni syok sendiri je, tak tahu apa yang orang fikirkan..

Ini adalah post aku yang 34, ada satu lagi entry yang akan aku keluarkan sebelum masuk bulan februari..tunggu~~


'Selagi Ada Kudrat, Aku Berazam Untuk Terus Menulis Demi Membuatkan Manusia Berfikir'



LUAHAN!!!


sekian...


nota kaki:

1.walopon entry aku tak de kena mengena dengan tajuk tapi korang pon leh paham kaaaannnn..kata dah tua bangka!!hahahah

2.terima kasih atas orang yang baca..aku cukup terharu atas kesudian ambil sikit masa nak baca blog akuh!! hari ni aku sentimental sikit~~




ROBOCOP!! Where Are You?!! J-Town Need You!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/31/2010 12:09:00 am

12

Salam,

Aku tak habes lagi baran pasal kes kecurian ni. Sebab aku pun salah satu mangsa-mangsa korban kerakusan malaun-malaun yang ada di bumi rahmat J-Town.

Baru tadi aku terbaca blog kawan aku, dan baru aku tahu sebenarnya sebelum dia menyelinap masuk ke rumah junior aku tuh dia meng'ular' dengan badan-badan licin dia tu ke bilik kawan aku. Nasib baik la kawan aku ni sedar cepat (ade la tu yang cuit-cuit dan tiup-tiup telinga dia sampai terbangun, manusia yang diredhai Allah, bukan macam malaun terkutuk tuh!) dapatlah dia halau jembalang sekor tuh.

Ingat kan bila dah tahu naseb tak baik, bukan reti nak BERTAUBAT lagi nak BERTAU BUAT!! Agaknya syaiton-syaiton bukan lagi setakat berbisik di telinga dia, mungkin dah meresap dan menyatu dalam diri jembalang tuh!

'Gagal sekali bukanlah bermaksud gagal selamanya, lihat sahaja seperti Thomas Edison mencipta mentol...blah blah blah.' agaknya itu jembalang tu fikir lepas dah dihalau kawan akuh.

Dasar.....

Nampak pulak dia lobang-lobang untuk dia menerobos masuk rumah junior aku pulak. Mungkin syaiton yang meresap masuk dalam tubuh dia tu anak syaiton. Kalau lah yang masuk tu bapak atau raja syaiton aku tak tahu la jadi apa ngan junior aku (doa sangat jangan la jadi perkara tuh!)

Bila ada cerita ni, keluar lah macam-macam cerita yang kawan aku beritahu yang sebenarnya aku tak tahu peristiwa tu terjadi. Rupa-rupanya para keparat tu ada STRATEGI mereka sendiri. Ketuk pintu, pusing-pusing tombol sikit, kalau tak berkunci, panjangkan kepala dulu tengok sekeliling.

Kalau tak ada orang dia teruskan projek terkutuk dia, jika ada orang dia buat-buat cari kawan dia. Tak kan lah dia tak tahu rumah kawan dia sendiri. BULL SHIT!!

Yang paling aku kecewa bila terjadi perkara ni. KAMI TAK ADA TEMPAT NAK MENGADU!!

Nak jumpa sapa kalau dah kena curi?

Tuan Rumah?

Pak RT?

or POLISI?!!!!

Tuan rumah dengan pak RT apa boleh buat, setakat tunjuk muka kesian, buat-buat cari-cari barang yang hilang kat sekeliling kawasan rumah, tanya-tanya jiran sikit pastu habes lah, melepas batuk di tangga~~ (kepada nazi : batuk di sini bukanlah bermaksud dia batuk di tangga sebab lalat masuk dalam mulut, tapi batuk tu adalah alat mencuci kaki..hahaha..peace!)

Nak harap polis???!!

Polis kat sini maksud ko??!!

seyes ke ko ni??!!

anda yakin??!!!

tak mau talian hayat??!!!

Tak payah la nak ngabehkan masa, buang masa je kalo lapor kepada diorang, apa la yang diorang boleh buat~~

Apa yang aku perhati selama aku duduk sini, polisi ni bagai pemangsa yang tunggu je pemandu-pemandu cuai untuk dia nak terkam bila-bila masa. Pantang nampak pemandu salah sikit, memang lunyai la diorang kena.

Aku cakap bukan tak ada fakta! Kami sendiri pernah kena! Memang salah kawan aku la masuk jalan yang salah, tak boleh masuk jalan tu kena belok, tapi dia pon tak teringat (husnuzhon) salah la masuk.

Haaaaa....

pastu kan pastu kan pastu kan.. APA LAGI!! Ini lah masanya mereka jalankan tugas mereka sebagai pegawai polis dengan penuh DEDIKASI!! Kawan aku kena tahan laaa.. masa tu dah agak dah, memang tak de kerje lain la tu.. nak menarah duit-duit kami ni yang dah sedia sikit!!

Kalau ko betul polisi yang JUJUR, bagi je la saman! kenapa nak ada DUIT BAWAH MEJA!! Dengan seronok nya dia mintak duit kami, dan kami tak de lah pilihan lain terpaksa bayar.. dah la sewa kereta orang, mampus kalau kena tarik.

Kalau betul ko berbaik hati, lepaskanlah kitorang dengan amaran, betul tak?!! tapi ini tak, memang dah jadi makanan ko kalau ada orang buat salah!!

Aku nak balik cerita POLIS vs KESELAMATAN tadi.

Tak payah la ko harap manusia BERDAGING tu untuk bantu ko. Setakat buat syarat je untuk amek laporan mereka yang hilang. Kena bayar lak tuh. TINDAKAN?? ILLEKKK!!!!

Lepas amek laporan, simpan dalam lemari duduk atas kerusi goyang kaki tengok BOLA!! Tak de nye dia nak susah-susah cari barang ko yang ilang tu. Buat kerja tanpa gaji nak buat apa, betul tak?

Ni lagi satu cerita yang junior dan mungkin kawan aku sendiri tak tau. Ada satu senior 2005, dia pernah hilang IC, dia pon dengan baik hati buat laporan polis. Tetiba dia terasa nak cancelkan laporan dia!

Tau apa polis tu buat?!! Polis ugut dia kata dia menipu polis pastu mintak lagi duit tiap bulan, senior tu terpaksa lah bagi, macam-macam cara dia buat termasuk tukar no. hp tapi tak tahu la macam mana diorang boleh kesan no. hp dia. (kalau hati tu dah durjana memang la macam tuh! sanggup guna intelligent negara demi perut boroi ko tuh!)

Akhirnya dia tak tahan terus dia laporkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, dan dapat respon, sikit lagi dia nak balik malaysia, aku tak tahu cerita lepas tuh apa jadi..hilang macam tu jek.

Jadi aku rasa untuk jaga keselamatan J-Town ni, tak perlu lagi kita harapkan polis BERDAGING tu,yang kita perlukan


ROBOCOP!!


Dia tak de daging, besi semua, dia tak de akal tapi di set up untuk cari musuh je. Kalau yang dia nampak tu musuh, dia bersikap diplomatik dulu mintak menyerah, tak mau jugak dia TEMBAK!







Ade musuh je TEMBAK, nampak syaiton je baling BOM! Kesan jembalang jek cucuh pakai BAZOOKA! tak tahu la boleh aman atau tak J-Town, maybe akan keluar musuh-musuh pelik yang akan jadi musuh tradisi, tapi untuk sepanjang aku dan kawan-kawan aku tinggal di sini akan selamatlah kami dari soldodu-soldodu penyangak pencuri penyamun yang pegangannya adalah NAFSU SERAKAH dan ketuanya adalah JIN MATA BUTA.

Aku tahu apa yang aku fikirkan ni fantasi, bukan berpijak ke bumi yang nyata, tapi nak buat macam mana. Aku kecewa dengan pihak keselamatan di sini. Motor kena curi apa korang buat?

ade buat pengawasan malam?

Tak pun tubuhkan Jawatankuasa Rondaan Kampung?

Memang tak la nak buat, semua di sini hanya tahu kalau buat kerja duit kena letak atas meja dulu. Barula nak bergerak tulang karat tuh!

Jadi sebenarnya siapa yang kami nak harapkan bila kejadian seperti ni terjadi lagi??? Nak tak nak kena redho jek laa~~

ROBOCOP!!!


sekian...






Jenayah di J-Town Makin Berani Dan Berleluasa, Mahasiswa Diminta Berwaspada!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/30/2010 04:26:00 pm

12

Salam,

Dah jadi lumrah lah di mana-mana kes jenayah memang tak akan lari punya. Pergi lah ceruk mana pun kalau dah namanya manusia dengan segala sifat syaitonirrojimnya, ade je perkara yang terkutuk dan terlaknat yang diorang akan lakukan.

Sama lah jugak di J-Town (Jatinangor, Bandung) kita yang tercinta nih. Aku dah dapat banyak sangat aduan mengenai kes-kes jenayah yang berlaku di bumi J-town tempat kita bermastautin nih. Kes nye sama je cuma mangsa korban berbeza-beza setiap kali.


KECURIAN!!



Banyak sangat aduan yang aku dapat pasal kes-kes curi yang berlaku sekarang. Dari kes curi duit, laptop, henpon dan yang paling mantap sekali diorang curi motosikal!!






Kalau aku nak sebut satu-satu kes memang banyak lah, waktu aku mula-mula datang ke bumi indah ni, ada senior aku dihipnotis waktu dia nak ambil duit dia di bank. Dia cerita waktu dia nak ambik duit, ada orang tepuk belakang dia, dan sedar-sedar dia tengok berjuta duit hilang dalam bank!!Aku tanya dia samada dia perasan ke tak, dia jawab langsung tak..hebat!

Paling polular sekali kes hilang henpon, tak kira di mana aje, tak kira tempat mesti ada je yang akan hilang. Yang paling aku kagum ngan orang sini, dalam angkot pon mereka boleh curi henpon, ntah silat dan ilmu apa yang diorang pakai, henpon dalam poket boleh je diorang seluk. Turun dari angkot sedar-sedar dah hilang...hebat!

Laptop pulak, tak kira kita ada dalam rumah ke, luar rumah ke, bawak pergi kelas ke, kalau cuai sikit, pasti hilang jugak. Aku sendiri pon pernah hilang laptop! Hilang waktu aku tengah tido dalam bilik, dia masuk ikut tingkap dan ambil, padahal aku ada je dalam bilik tu, berani btul!

Ade kawan-kawan aku tertido, lupa nak kunci rumah atau bilik pon senasib dengan aku, bangun-bangun tengah mamai hilang pulak laptop kesayangan dia tu..hebat!

Dalam beberapa bulan ni, syaiton-syaiton ni berleluasa! Macam buat operasi besar-besaran di J-Town! Aku rasa lebih kurang 3-4 motor kena sapu dalam sebulan tu! Dikunci pon kena bukak, tak dikunci pamer-pamer sesedap rasa apatah lagi.

Ada kawan aku baru je beli motor, mahal pulak tu, first hand baek punya.. putih mata kena curik...macam polis lak aku tengok buat OPS..OPS CURTI (Operasi curi sesedap hati) , dan dak-dak malaysia ni la yang jadi target nya.

Yang jadi kebimbangan aku sekarang adalah KEBERANIAN para pencuri. Aku kadang-kadang kagum tengok pencuri kat sini. Beza macam pencuri di malaysia, pecah rumah, bawak parang, ade orang dalam rumah melawan silap la, kena tetak!

Tapi orang sini ada SENI MENCURI , tak tahu la diorang serapah dulu ke or memang berlatih beribu-ribu kali dengan member sendiri ke, datang dekat dengan kita, tangan tu panjang je ke poket ko, balik-balik rumah, raba-raba poket tengok dah hilang rupanya dompet or henpon.


Sekarang??


Tentera penyamun perompak ni dah makin BERANI! kalau dulu SAY NO TO PHYSICAL CONTACT sekarang dah ubah CODE OF THIEF!!

Baru je dua hari lepas, junior aku perempuan jalan nak balik, malam dalam jam 7pm, diorang jalan ramai-ramai, tetiba ada mangkuk-mangkuk bermotor tegur-tegur mereka dan tetiba nak rampas beg sorang kawan mereka.

Diorg cuba rampas sambil naik motor, terkejut la junior-junior aku, tak pernah jadi macam ni lagi. Masing-masing cuba la nak selamatkan kawan diorang, pukul-pukul, orang tu dan nasib baik la barang kawan dia tak kena rampas. Mangkuk tu lari naik motor. Aku dengar luka-luka jugak mangsa sebab nak selamatkan beg dia.

Baru je pulak tadi pagi, junior aku jugak, tengah trauma lagi sekarang nih, jam 3am ada orang masuk ke dalam rumah, nasib la dia masih terjaga waktu tu, cantek lak timing tengah diarrhea, jadi tak boleh tido (ade berkat jugak dapat diarrhea ni..hehee), dia perasan orang tu amek laptop dan henpon. Dia kata tengah blur jadi hanya mintak tolong orang tu letak balik barang-barang tu dan suruh blah dari rumah. Nasib pencuri tu dengar cakap.





Nasib baik lah pencuri tu chow macam tu je, bayangkan kalau dia amek inisiatif buat apa-apa kepada perempuan tu, tak ke payah nak settle. Kalau ikut pola aku tengok ni, mereka dah semakin berani bila mencuri.

Aku rasa sekarang ni musim nak sambut Chinese New Year, masing-masing tengah sengkek so nak cari la duit lebeh (walopon tak sambut pun perayaan tuh).




Jadi rakan-rakan sekalian, saya nak mintak:

1. Jika perempuan-perempuan nak jalan memalam, tolonglah ada orang teman jalan sekali.

2. Handbag awak tu besa, bawak-bawak la apa yang patut. Pepper spray ke, kayu kecik ke, penyapu lidi ke, pokoknya yang boleh korang pakai untuk pertahankan diri. Jangan bawak pistol sudah, penat nak menjawab kat bapak polisi. (senapang angin yang ada jual di tepi-tepi jalan boleh dipertimbangkan..huhu)

3. Waktu dalam angkot, sentiasa lah korang check henpon dan dompet, bila nak turun pun buat benda sama, pastikan tak ada apa yang hilang.

4. Tolonglah jangan lupa nak kunci bilik umah, tak kira la korang ada dalam bilik apa lagi kalau nak keluar! Ni aku perhati bila aku masuk rumah korang tebungkang tido, bilik tak berkunci. Jangan nak yakin sangat tak kena curi!

5. Motor tu kunci pakai mangga besar-besar!!

6. Kuatkan ilmu agama sikit, moga-moga tak kena tiup serapah!baca la apa-apa doa pendinding untuk keselamatan diri.

7. Kalau nak lebih selamat lagi, pergi belajar ilmu mempertahankan diri! itu pon bagos gak

semoga tak ada lagi la perkara seperti ni berulang. Kepada semua mahasiswa, minta untuk lebih berhati-hati. Jika ada apa-apa tolong beritahu kepada persatuan dan kami akan fikirkan cara untuk mengatasi masalah ni.


BERHATI-HATI!!

sekian..





Perkhidmatan Doktor Diperpanjang 5 atau 10 Tahun: Nak Marah ke nak Redha Je?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/28/2010 12:39:00 pm

3

Salam,

Tadi malam ada member aku message di YM,

'yo, ko tengok kat news straight time'

'ada apa?'

'cerita pasal doktor kena perpanjang perkhidmatan di kerajaan selama 5 atau 10 tahun.'

'yeke.okeh..nanti aku check'

Aku jadi teringin nak tahu pa sebenarnya cerita yang kawan aku sebuk-sebuk sangat nak suruh aku tengok. Ada satu artikel di news straight time mengatakan bahawa memang khidmat doktor akan dipanjang kepada 5 atau 10 tahun ni.

Di bawah artikel aku amek di BERNAMA (cintailah bahasa ibunda kita..hehee)


***********************************************

Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun, berbanding tiga tahun pada masa ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan yang berlaku saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya, negara menghadapi masalah kekurangan doktor seramai 5,000 orang.

"Tiap-tiap tahun kita ada masalah kekurangan doktor kerana mereka ini hanya berkhidmat dengan kerajaan selama lima tahun, iaitu dua tahun untuk housemanship (latihan) dan tiga tahun untuk perkhidmatan wajib, dan selepas itu mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Perlu ada mekanisme baru

"Sistem ini digunapakai sejak 1971, maka kita perlu ada mekanisme baru untuk menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Putrajaya hari ini.

Murugiah berkata, jika cadangan itu direalisasikan, doktor akan dapat menimba lebih pengalaman sebelum berkhidmat dengan syarikat swasta atau membuka praktis mereka sendiri selepas itu.

"Doktor tidak patut hanya memikirkan mengenai keuntungan, mereka juga harus berfikir mengenai kepentingan negara, sumbangan mereka kepada negara," katanya.

Murugiah berkata, cadangan sama boleh digunapakai untuk bidang-bidang lain yang turut mengalami kekurangan penjawat termasuk doktor gigi dan ahli farmasi.

Bagaimanapun, beliau berkata terserah kepada Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membincangkan cadangan itu dan memutuskannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi tahun lalu, kerajaan melantik seramai 50,756 penjawat awam termasuk calon latihan separa perubatan melebihi sasaran yang diletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu 50,000 lantikan.

"Sebanyak 7,785,262 permohonan diterima, dengan 358,366 pemohon dipanggil temuduga tetapi hanya 199,660 hadir untuk ditemuduga, katanya.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.

(sources: BERNAMA, 27/1/2010)


********************************************

Aku tanya kepada kawan aku apa yang nak jadi issue sangat nye dengan benda ni, dia kata ramai kawan-kawan dia sekarang terutama yang jenis tak sedar diuntung dan tak nak kerja dengan kerajaan ni marah-marah dan habes bercerita dalam facebook.


Dasar.....


Memang kalau la benda ni betul-betul mereka nak gunapakai nanti, yang akan terasa kesan adalah pelajar tajaan MARA, dan yang bayar pakai duit sendiri. Kalau pelajar MARA memang kontrak 3 tahun je dengan kerajaan, sama la yang pakai duit mak bapak. Pelajar JPA aku rasa yang tak yah nak serabut fikir sebab memang diorang akan serve selama 10 tahun pun.

Aku pelajar MARA, jadi aku masuklah ke dalam golongan yang kena kerja lebih tahun tu.

Macam mana aku punya pendapat pulak?

Hmm.. kalau aku sendiri tak de masalah kut sebab memang aku nak kerja dengan kerajaan je, tak de plan lagi aku nak bukak klinik sendiri or kerja di hospital swasta, ade rezeki nanti baru la timbang balik.

Macam biasalah, ko nak bukak klinik ke kerja hospital swasta ke, ingat sesenang tu ke nak dapat? Nak tak nak ko kena gak ade pengalaman, kalau lah aku hanya amek 3 tahun yang kontrak lama, belum tentu kalau aku keluar ada hospital yang nak amek aku, atau ada cukup duit nak bukak klinik.

Kalau korang memang dah ade link besar di hospital memane itu korang punya lah. Yang ngamuk-ngamuk tu orang yang dah ade link lah tu, tak pun pede (percaya diri) sangat rasa kompem-kompem keluar kerajaan ade yang dah nak sambar. Bajet diri hot stuff.

Nak marah ke nak redha?

Kalau benda tu dah disetujui pihak kerajaan, baik ko terima je la. IKHLASKAN HATI dan BETULKAN NIAT. Kita ni nak jadi doktor sebab apa?


Duit?

Glamor??

Nak dihormati???

Atau sebenarnya nak tolong orang????


Kalau betul niat nak bantu orang yang memerlukan, nak selamatkan nyawa orang. Baik kita terima je yang ada. Dari korang banyak sangat merungut sampai lari niat. Kerja penat, pahala pun tak dapat. Ingat-ingat la akhirat.

Aku terima je berita ni dengan hati terbuka, moga-moga terus terbukak la, aku ni susah sikit, hati selalu berubah.haha.

Moga-moga objektif kerajaan tu tercapai nak kekalkan doktor di hospital kerajaan kerana memang negara tengah kurang doktor. Kita ni dah la kerajaan tanggung, dia bagi duit kat kita dengan harapan dia nak bila kita kerja nanti tolong kerajaan untuk tolong rakyat.

Kadang-kadang nak kena tahu BERTERIMA KASIH, kena tahu erti SYUKUR. Meh sini aku nak cerita pasal aku, ayah aku pengurus kilang kecik, mak aku tak kerja. Ada empat orang lagi adik aku yang ayah aku nak tanggung.

Aku belajar separuh mati nak dapatkan biasiswa. Result aku tak sebaik orang lain. Tak la semua A1. Tapi datang MARA kata nak sponsor aku. Kalau fikir logik kompem orang lain yang akan dapat. Nak belajar medic di Indonesia perlu rm350,000. Apa ko ingat ayah aku ada duit banyak tu?

Mereka bagi aku biasiswa dengan duit makan rm800 setiap bulan. Apa dah tak cukup mewah? Orang kita memang macam tu. Hidup tu selesa sangat. Tak fikir orang lain yang lagi susah dari dia. Negara lain belum tentu nak bagi biasiswa, negara kita bagi punya lah banyak. Universiti dalam negeri sampai diberi biasiswa rm5000 satu semester. Di Indonesia pelajar universiti diorg tak dapat pon. Tak nak bersyukur lagi??

Dah la ambil kesempatan nak duit orang lepas tu terus lari bila khidmat diperlukan, apa tak de MARUAH DIRI dah ke?Cuba kena pada diri sendiri, baru la masa tu rasa pedas macam makan cili boh!!

Dengan apa yang dah mereka bagi, tak ke terasa dalam benak kepala dan hati ko untuk balas budi?

Jangan sebab ko fikir TEMBOLOK dan POKET ko, ko lupa Hippocratic Oath yang ko akan baca masa ko tamat pengajian tuh!!


REDHA!!


sekian...

Perjumpaan Wakil Pelajar Bandung Bersama Menteri Penasihat Kedutaan dan Pengarah MARA Di Bumi J-Town

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/27/2010 10:07:00 pm

0

Salam,

Aku baru jek balik daripada perjumpaan bersama Menteri Penasihat Kedutaan Besar En Hanip, Pengarah MARA, Pn Uyon dan juga pembantu Pn Uyon, En Jefri. Perjumpaan tu tadi dihadiri oleh 10 wakil pelajar yang terdiri daripada 3 pelajar MARA, 3 JPA, dan 4 wakil berbilang bangsa.

Kalau dengan Pn. Uyon ni memang aku sendiri dah biasa dengan dia. Dia memang selalu datang ke Bandung atas macam-macam tujuan kerja. Dah habis kerja dia selalu la dia call dan mintak adakan perjumpaan dengan student terutama dengan student MARA.

Memang sangat bersyukur ada Pengarah MARA macam dia, selalu jugak nak dengar masalah student. Jadi kurang-kurang kitrg ni adalah tempat nak ngadu, tak de lah bila nak cerita masalah terus kena reject. Tak ke bengkek hati ko bile kena tolak direct macam tu je.

Dah kami pelajar Bandung sangat berbesar hati dengan kedatangan Menteri Penasihat Kedutaan En Hanip kerana sudi nak luangkan masa untuk turun jumpa dengan student, walopon tak jumpa semua, kurang-kurang kami yang jadi wakil dapatlah nak bagi tau apa yang mungkin menjadi masalah pelajar yang ada di bumi J-town ni.


wakil student bersama orang besar yang datang



Pengarah MARA, Pn Uyon



Tengah menyantap makanan


En Hanip, Menteri Penasihat Kedutaan



Bila dah ada orang-orang besar macam ni datang ke tempat kami, tak kan lah nak lepaskan peluang nak sembang-sembang bitau apa masalah kan. Banyak jugaklah perkara yang aku dan wakil-wakil tanya kepada dia. Ni aku simpulkan kat bawah:

1. Isu imigrasi

  • Banyak perkara yang tak selesai dengan isu ni. Isu surat izin belajar yang lambat untuk dapat dan masalah harga KITAS yang berubah-rubah setiap kawasan.
  • surat izin belajar makin lambat nak dapat sekarang. Lebih dari sebulan baru nak dapat. Kalau pelajar agama lagi teruk, 4-5 bulan baru nak dapat.
  • Jadi cadangan aku kepada En Hanip adalah supaya pelajar dapat diberikan VISA PELAJAR dan jika tidak boleh sekurang-kurangnya mengurangkan birokrasi dari Jakarta untuk mempercepatkan pengeluaran surat izin belajar.

2. Isu Kemasukan Pelajar ke Indonesia

  • Aku minta agar makin ramai pelajar yang dibawa masuk ke Indonesia supaya lebih banyak peluang yang akan pelajar malaysia dapat untuk belajar dalam bidang-bidang kritikal sebagai contoh bidang perubatan.
  • Aku cadangkan agar dapat lah dari pihak kedutaan dan pihak penaja untuk mencari agen-agen yang berpengaruh dijadikan sub contract di bawah pihak penaja dan akhirnya dapatlah pihak penaja atau pihak kerajaan mengambil orang yang benar-benar mempunyai kualiti untuk belajar di sini.

3. Isu keselamatan mahasiswa

  • Ini menjadi kebimbangan En Hanip sendiri mengenai isu kedua-dua negara.
  • Mungkin sekarang isu makin reda tapi tak tahu masa depan macam mana.
  • Bagi aku sekarang isu dah tak de tapi yang jadi kebimbangan adalah jenayah yang semakin berani dan berleluasa.

Ada lagi beberapa perkara yang kecik-kecik kitrg bincangkan. Tapi aku sangat seronok sebab En Hanip memang nampak bersungguh-sungguh nak bantu. Memang jadi harapan aku untuk dia bantu kami pelajar yang ada di Indonesia ni dengan masalah-masalah yang ada.

Macam tu jugak dengan Pn Uyon dan En Jefri. Mereka memang sepenuh hati dengar luahan hati pelajar ni. Aku harapkan agar segala masalah yang kami ada di sini dapat di selesaikan. Kalo tak dapat semua sekurang-kurang nya dapat dikurangkan SEMINIMUM mungkin.

Terima kasih sekali lagi kepada En Hanip, Pn Uyon dan En Jefri kerana sudi datang ke tempat kami. Harapan aku sangatlah besar agar mereka terus mendengar segala masalah kami di negara asing ni. Kami tahu mungkin masalah tak boleh nak selesaikan tapi asal dapat nak cerita tu pon dah kira sangat berpuas hati dah.


BERTERIMA KASIH!!!

sekian...

Mematangkan Persatuan (PKPMI)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/27/2010 06:27:00 am

0

Salam,

Aku baru je balik dari menyertai dari program Perhimpunan Mahasiswa Islam Seindonesia (PERMAI). Seronok aku lihat mahasiswa-mahasiswa Islam dari pelbagai kawasan datang menghabiskan duit biasiswa masing-masing demi nak dengar dua hari ceramah ustaz Hasrizal.

Aku kagum dengan pelajar-pelajar di sini, bila kata ade program agama je berlumba-lumba kata nak g, hari je lebih kurang 220 orang yang setai program, sebenarnya ramai lagi nak datang, tapi Awang, Pengarah PERMAI kata tak boleh dah sebab kalau bertambah lagi orang yang datang bertambah banyak lagi la subsidi yang awang kena cari.

Kagum sangat aku tengok awang, aku fikir pada masa tu, kalau lah aku yang jadi pengarah projek, apa salahnya nak mintak yuran lebih sikit nak kurang kan defisit, tapi itu lah dia beza orang macam aku dengan orang macam dia.

Apabila dah ada peluang macam ni ada nye pelajar-pelajar dari tempat yang lain, aku pun ambillah peluang ni untuk berjumpa dengan semua wakil pelajar yang ada. Ada perkara yang aku nak sampaikan dan yang paling penting aku nak dengar masalah daripada mereka yang berlaku di kawasan masing-masing.









Gambar-gambar di atas adalah gambar semasa perjumpaan dengan semua wakil yang menyertai program PERMAI


Pertama, kami yang berada dia dalam meeting tersebut dah sepakat bahawa PERMAI akan DILETAKKAN di bawah program PKPMI Pusat. Alhamdulillah selepas dua kali PERMAI dianjurkan, barulah sekarang ianya diselaraskan di bawah persatuan.

Kedua, kami berbincang mengenai fungsi persatuan pelajar itu sendiri. Banyak perkara yang aku nak beritahu apa harapan aku mengenai persatuan.


'Mematangkan Persatuan'


Itu adalah diantara perkara yang aku beritahu kepada semua wakil yang ada.

Rakan-rakan semua, aku yakin banyak diantara kita yang mula untuk berjinak-jinak di dalam persatuan, tak kiralah persatuan pelajar (PKPMI) ataupun Kelab UMNO. Dan ini adalah satu progress atau anjakan paradigma yang sangat lah baik dan dialu-alukan.

Daripada ngabehkan masa ko melompat-lompat tak tentu hala, baik gunakan sepenuh usaha dan tenaga untuk berbuat sesuatu. Bukan aku tak bagi langsung korang menonton wayang kesana sini, aku pon buat jugak, akan tetapi sampai satu masa kita kena faham dan sedar bahawa dalam dunia kita sekarang ni ada perkara yang kita kena ambil berat dan tumpukan.


KUALITI dan KETERAMPILAN DIRI

Benda ni dah banyak kali aku beritahu kepada pelajar, kenapa penting sangat nak cakap? Memang penting, adakah korang ingat apabila korang dah pulang ke malaysia nak kerja orang akan tengok kertas ijazah korang tu je?

Banyak lagi perkara yang diorang akan selidik dah perhati.. Bayangkan bila pelajar perubatan pulang nak kerja jadi HO, korang dah separuh mati kerja tetiba pulak ada supervisor ko kate dia nak buat program kesedaran tentang HIV sebagai contoh, dia mintak ko tolong rancangkan. Kata lah waktu belajar dulu haram tak pernah nak sertai mana-mana aktiviti pelajar. Dulu masa muda-muda trang tang tang kerja bukak buku, tak pun tido ,tengok wayang, main facebook tak pun DOTA.

Tak ke ko kelam-kabut nak buat. Macam mana nak planning, macam mana nak brainstorm, apa je biro yang nak kena tubuhkan, sapa je orang yang ko nak pilih, sapa nak uruskan pasal orang kampung, sapa nak jumpa pemimpin masyarakat kat sana. Ini semua adalah perkara yang perlu ko buat. Tapi kalau tak de pengalaman macam manakah?

Nampak bila adanya persatuan yang ada sekarang korang ambik mudah, tapi nak bagi korang nampak yang sebenarnya perkara-perkara inilah yang akan membantu korang semua apabila nak kerja nanti..

Berbalik kepada cerita aku pasal MEMATANGKAN PERSATUAN. Aku beritahu kepada semua wakil, yang kita ni dah tua, umur pun dah besar, dah boleh dah kut nak timang anak. (Tapi jangan timang sebelum kawen lak, kang aku lak dipersalahkan kate aku yang suruh buat..hoho)

Aku mintak kepada semua wakil jangan kita samakan persatuan yang kita sertai semasa sekolah dulu dengan persatuan yang kita sertai semasa universiti. Ada beberapa perkara yang peru kita ambil kira.

Jika dulu membuat program adalah segalanya-galanya. Semakin besar program maka semakin baguslah kredit yang akan kita dapat daripada semua. Tak kira adakah program itu bermanfaat atau program itu mencapai atau tidak objektif yang ditetapkan, itu dah jadi perkara no. 2.

Sekarang yang aku nampak pun sama, semua terlalu menumpukan kepada membuat program, jadi habislah KERINGAT dan KUDRAT dikorbankan demi untuk menjayakan sesuatu program.
Dan bila dah habis program itu maka gembiralah semuanya dan terus duduk semeja rancang program apa yang nak buat selepas ni.

Kawan-kawan, aku tak kate buat program itu tak baek. Tapi aku selalu kata kepada semua.


'PROGRAM ITU ADALAH SEBAGAI ALAT UNTUK KITA MENCAPAI SESUATU OBJEKTIF'


Jadi bagi pendapat aku, program hanya sebagai wadah untuk kita mencapai sesuatu objektif yang kita terapkan untuk kebaikan para pelajar

Jadi, apa je yang aku bayangkan dalam persatuan?

Kalau aku nak cerita pasal persatuan, ada dua perkara aku selalu fikirkan:

1. Jangka masa pendek

Untuk jangka masa pendek ini, program yang kita buat adalah untuk menarik minta pelajar-pelajar untuk terus berpartisipasi dengan persatuan. Kita bagi program-program yang bermanfaat kepada mereka, bagi mereka suka kepada apa yang kita buat, dan insyaallah untuk ke depannya mereka akan terus datang ke program dan yang lebih cantik lagi mereka akan sama-sama nak bantu dalam menjayakan satu acara.

2.Jangka masa panjang

Ini yang paling aku tekankan kepada semua, tak guna buat program tapi akhirnya bila ke alam pekerjaan semua itu dilupakan. Ini menjadi beban kepada pimpinan persatuan yang aku nak mereka galas.

Yang aku nak mereka lakukan adalah bagaimana nak BENTUK pelajar menjadi manusia yang VERSATILE. Dari pelajar itu kosong tak tahu apa-apa, menjadi tanggungjawab persatuanlah untuk memberi segla ilmu dan pengalaman kepada mereka supaya pada akhirnya nanti mereka menjadi sesorang yang mempunyai KUALITI.

Ini bukan mudah wahai pimpinan persatuan semua, ini bukan kerja 2-3 bulan, mungkin amek masa sampai tamat pengajian, itu pun kadang-kadang masih belum cukup.

Tapi kena berputus asa ke??

Nop!! Jangan sesekali nak putus asa, kalau bukan anda yang buat sapa lagi kita nak harapkan??



Jadi saya sebagai Yang Dipertua PKPMI Pusat, menyeru kepada semua pimpinan cawangan PKPMI, matangkanlah persatuan kita, cari jalan bagaiman nak bentuk PERIBADI pelajar untuk menjadi seseorang yang hebat. Itu lebih penting dari mencari glamor dengan buat macam-macam program.

Hebatnya pemimpin itu bukan berjayanya dia mengelolakan satu program, tapi hebatnya dia apabila dia berjaya membentuk KUALITI pelajar dengan ACUAN yang mereka rasakan sesuai untuk diaplikasikan di kawasan mereka.



Peserta program dari Bandung


MATANG!!!


sekian....




gLOVEs

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/26/2010 10:17:00 pm

1




gLOVEs


My idea to make the love shape.

And you named the shape

When combined it

It became perfect

You completed me

So am i to yours

We destined to be together!!



we had experienced so many things,

we hurted, we bruised,

but whatever it is,

we stand still

and together we faced the challenge





even though now we are far from each other

it doesnt mean that our feelings fading,

distance make our bond stronger and stronger,

cause me knew that someday we will reunite

and live happily ever after.


Happy 6th Year Anniversary!!



Nota kaki:

1. sori le kawan2..touching sket bulan januari nih..huhu..lari terus genre penulisan akuh

2. dia celik IT,semua gamba ni dia yang edit..cantik...

Jenis-jenis Orang Yang Ada Dalam Facebook

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/26/2010 01:09:00 am

0

Salam,

sedikit pengatahuan jenis-jenis orang yang ada dalam FB..huhuhu
tapi dalam bahasa indonesia lah..:)


********************************************

1. Tipe Zorro.
Fotonya ga pernah jelas, kadang cuma separuh, kadang matanya doang, kadang diacak-acak, dan yang paling parah malah fotonya ditutup. (Boleh jadi orang seperti ini ngga pede atau justru supaya keliatan lebih keren. Atau jangan2 nih orang khawatir fotonya bisa membuat seseorang terjerumus dalam dosa karena berfantasi buruk melototin wajah imutnya…)

2. Tipe Anime.
Demennya pasang gambar animasi Jepang yang manja abis. (Mungkin dia emang penggemar Manga atau Harajuku. Tapi anehnya, kok ya aslinya ga ada sipit-sipitnya...)

3. Tipe Greenpeace.
Beranda Fb-nya isinya gambar anjing pudle atau kucing anggora. (Sangat mungkin orang ini adalah pecinta hewan atau malah kolektor hewan mahal)

4. Tipe Nama Plural.
Friend tipe ini mungkin kurang pede dengan nama pemberian ibunya. (Tapi anehnya malah nama pilihan dia sendiri lebih jelek lagi dari pemberian emak-bapaknye… contohnya: Dewa Amor (ehm…), Anak Kampung (loh…?), Mak Erot (buset…), Pak Ogah (piye to…), atau bahkan Uncle Sam (no comment…), de el el.

5. Tipe “Angka”.
Namanya selalu mengandung angka, entah apa maksudnya… Bintang Tujuh. Sembilan Manusia Harimau, Gerbang Kesembilan. (Yang jelas tujuannya adalah kalo dia nulisnya: Coblos nomor sekian)

6. Tipe Provokator.
Ini tipe friend yang paling buat enek. Request-nya untuk jadi friend punya maksud2 terselubung. Terkadang tujuannya mengeruhkan suasana dengan melontarkan isu-isu berbau SARA. Parahnya lagi kadang nih orang berani mengkafirkan sesama Muslim.

Namanya? jelas pake nama ala2 Taliban dong, kayak Ibnu Muhammad dan nama2 yang diawali dengan Abu, (Abu Gosok kali). Tapi bisa juga dia pake nama ulama yang sangat kita hormati agar diconfirm. Orang ini jelas2 agen Tel Aviv meski mungkin dirinya sendiri tidak menyadarinya. Remove!!!!!!

7. Tipe Jaim.
Yang kayak gini mah siap2 aja jadi calon penghuni list “remove”. Dia yang request jadi friend tapi lagaknya kayak kita yang ngebet jadi friendnya. Jangan harap dia bakal nyapa, lah wong kalo kita sapa dia ga kasih respon, atau malah balik nanya, “Anda siapa?” “Do I know u”… (Bye bye frieeenndd…)

8. Tipe Pecinta keindahan (lebih tepatnya: narsis.com).
Selalu ada nama cantik, cute, imoet, ganteng, keren di samping namanya.

9. Tipe “Salah Alamat”.
Orang kayak gini jadi friend hanya karena suggestion friend mutualnya. Dia hanya menuhin list friendnya. Yang begini sering kasih comment serampangan karena memang ngga tahu tema atau maksud status yang diberinya comment. Fataaaaaaaal! (Tak kenal maka tak sayang…)

10. Tipe Celeb.
Foto yang dipajangnya memang fotonya, tapi gaya dan posenya jelas2 meniru Paris Hilton atau Lindsay Lohan. Hampir pasti ada disharmoni foto dan realitas.

11. Tipe Sektarian.
Dia menganggap semua friendnya punya cita rasa pemahaman yang sama dengannya hanya karena dugaannya bahwa semua friendnya menganut mazhab yang sama dengan yang dianutnya. Padahal semazhab belum tentu sepaham dalam beberapa detail, terutama dalam strategi dakwah dan pola penyikapan terhadap tema-tema kemazhaban.

Orang tipe ini tidak segan-segan melontarkan ucapan atau pernyataan yang tidak hanya mencederai persatuan antar mazhab tapi juga menimbulkan kontroversi dalam intra mazhab alias komunitas. Yang pasti, dia tdk masuk dalam list “tag”.

12. Tipe Pecinta Kebenaran dan Ilmu.
Nah… yang kayak gini biasanya santun dan apresiatif terhadap gagasan atau tulisan friend, namun ada kalanya ia kritis atau bahkan memberikan pandangan alternatif… tentu dengan tidak melupakan sikap rendah hati. (mmmmuuaaaahh)


*******************************************************

sekian...

Nota kaki:
1. Saje nak masukkan cerita-cerita macam ni sebelum nak bahas isu-isu yang lebih berat.

2.entries ni dalam bahasa indonesia..hope leh paham la ek..

PERMAI Bandung 2010 : Penuh Informasi, Mengerat Silaturrahmi

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/25/2010 06:38:00 am

2

Salam

Aku balik daripada Malaysia hari Jumaat malam, kelas bermula hari Isnin, memang sengaja aku nak balik awal pun, sebab aku memang dah plan nak hadir ke satu program ni yang dibuat di Bandung. Program yang aku maksudkan tu adalah Perhimpunan Pelajar Malaysia Islam Seindonesia (PERMAI).

Program ni baru kali kedua dibuat di Indonesia. Kali pertama dibuat di Jogjakarta tahun 2008 hari tu. Yang mantapnya Ustok (Isa), Presiden UPIMI di Jogja merangkap Pengarah PERMAI dulu dengan selambanya serah tugas kepada pelajar Bandung untuk buat pulak. Jadi dengan paksa relanya kawan aku Awang (Zulhazwan) mengambil tugas tu dengan penuh dedikasi..haha..

Memang program ini boleh dianggap program keagamaan yang paling besar di Indonesia kerana telah memanggil pelajar Malaysia di seluruh Indonesia. Pelajar yang hadir adalah pelajar dari Surabaya, Indera Mayu, Jakarta, Makassar, Bandung, Jogjakarta dan Jerman Institut yang di Malaysia. Pelajar dari Malang sebenarnya nak datang tapi sebab ade exam terpaksa batalkan last min, sangat sedih~~

Program itu dibuat selama 3hari 2 malam. Dan yang paling best nya pasal program ni adalah penceramah yang diundang!! Ustaz Hasrizal in d HOUSE!!!

Sapa yang tak kenal ustaz Hasrizal ye dakk?? Orang-orang yang cenderung pasal hal agama pasti pernah dengar nama dia. Berapa banyak kali dah keluar tv muka dia..kiut-kiut comey~~

Dan lagi pulak dia memang aktif blogging, saifulislam.com...kalau aku masuk memane blog kengkawan aku pasti dia nye blog akan di link, menunjukkan kemasyhuran dia dalam dunia ustaz-ustaz nih..






Ustaz Hasrizal


Ustaz Hazrizal, Awang, En Azman dan Kang Harry


Bergambar bersama ustaz dan VIP



Comey tak Ustaz Hasrizal?? :)


Aku tak pernah jumpa dia ataupon dengar ceramah dia. Orang kata dia bagus, aku mula-mula tak percaya sangat la (sori ek awang..heee), aku nih memang susah sikit nak impress dengan ustaz-ustaz, kalo setakat reti cakap tapi sebenarnya kosong tak de isi, haram aku tak mau dengar,sebab memang banyak ustaz yang camtu yang aku jumpa.

Bukan aku nak merendahkan ustaz, cuma sebab kita pun dari kecik belajar agama, kadang-kadang ada ustaz yang ulang-ulang benda sama yang aku dah belajar dulu. Ayat lazim ceramah la boleh dianalogikan, macam tak ada idea lain, aku jadi bosan lah.

Tapi bila aku dengar je ceramah dia, nganga aku, mana tak nye, dah la cakap lancar pastu dengan cara penyampaian yang menarik, pendekatan yang mudah difahami dan ilmu yang tersangat la luas, aku jadi terbukak hati nak dengar.

Daripada dia sendiri ada dalam 4 slot dan tema untuk PERMAI kali ini 'ISLAM dan MUSLIM : DULU, KINI, dan MASA DEPAN'. Yang lagi aku tertarik dengan ustaz nih, dia ni sedang nak amek master dalam Tamadun Islam, dan aku memang suka pasal sejarah-sejarah ni. Dengan cara dia menerangkan pulak tamadun Islam yang dulu dan mengaitkan sejarah dengan kehidupan seharian kita dan mengambil apakah nilai-nilai yang boleh kita pakai untuk meningkatkan iman kita, lagi lah jadikan aku pandang muka dia tak berkedip-kedip. KAGUM!!

Yang aku boleh rumuskan daripada apa yang dia nak sampaikan dengan ceramah beliau dalam 2 hari tu adalah bagaimana nak PERCAYA UNTUK BERJAYA.

Aku suka dia buat satu analogi. Kita sedang bawa kereta dengan laju. Tetiba kereta yang arah bertentangan buat high beam, pastu kereta selepas dia pun high beam jugak, disebabkan itu kita perlahankan kereta kerana percaya high beam tu tandanya amaran sebab ade bapak polisi di depan.

Tapi kan kita masih tak tahu di depan akan ada polis? Kenapa nak perlahankan kereta? itu lah namanya PERCAYA!! dengan TANDA-TANDA yang telah diberikan maka kita percaya yang sebenarnya di depan ada polis.

Begitu juga dengan Allah. Kita kan tak pernah nampak Dia, mengapa kita masih menyembah-Nya. Jawapannya adalah sama kerana dengan TANDA-TANDA kekuasaan yang telah Allah tunjukkan maka oleh sebab itu kita perlu percaya bahawa kita WAJIB beriman kepada Allah Yang Satu.

Beliau sangat menekankan bahawa apabila kita PERCAYA kepada perkara yang masih belum kita nampak, maka kita akan berusaha ke ARAH itu. Kalau dah NAMPAK baru nak PERCAYA. sebenarnya kepercayaan kita kepada sesuatu tidak kuat.

Sebagai contoh dia ambil satu hadis nabi yang sangat polular mengenai janji Rasullullah mengenai umat Islam pasti akan menawan Constantinopale, masa tu umat Islam sedang berperang, untuk menaikkan semangat tentera maka dia beritahu hadis ni kepada semua. Masing-masing pening betul ke statement yang Rasulullah buat.

Akan tetapi kerana percayanya mereka kepada Rasullullah yang tak akan pernah berbohong itu maka mereka terus dan terus berjuang. Banyak cobaan yang dibuat dan akhirnya setelah 800 tahun dibawah pimpinan Mohamed Al-Fatih, Constantinopele (Istanbul) brjaya ditawan, MASYAALLAH!!

Kalau aku nak cerita satu-satu memang panjang, boleh buat syarahan la daripada ceramah di tuh. Yang penting dia memikat hati aku dan dia boleh buat aku gelak berdekah-dekah. Ada je lawak yang dia buat dan lawak dia semua lawak yang ade kelas..bukannya nak meloyar buruk tak tentu pasal.

Banyak ilmu yang dah aku dapat, banyak fikiran yang telah dibukak dan yang penting hati aku rasa makin dekat dengan-Nya.

Disamping itu juga ada penceramah kedua iaitu Kang Harry, dia dipanggil untuk membuat ceramah motivasi kepada peserta. Seronok jugak tengok cara dia, macam-macam gaya kitorang buat yang kononnya nak menyemangati kitrg nih..huhuuu..

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Ustaz Hazrizal atas ceramah beliau yang begitu mengesankan jiwa. Insyaallah ada peluang kita jumpa lagi. Begitu juga kepada kang Harry, moga nanti buatlah lagi jika ada program-program yang lain pulak.

Nak ucapkan juga syabas dan tahniah kepada Awang dan the crew telah bertungkus lumus sejak 5-6 bulan lepas nak pastikan program ini berjaya.

Kepada rakan baru yang aku jumpa dalam program tu, salam perkenalan dan moga silaturrahmi itu akan terus berkekalan.. :)


PERCAYA UNTUK BERJAYA


BEST!!!


sekian..

My 6th Year Anniversary!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/22/2010 12:03:00 am

4

Salam,


Hari ini aku sangat gembira!!!

Mana tak nye...kalo hitung-hitung dah 6 tahun aku dah bersama dia!!!

\('v')/

Hmmm..memang dah jadi tradisi kitorang kalao nak sambut anniversary kena la kluar-kluar dan yang paling penting kena tukar-tukar hadiah!!

Tapi 2-3 tahun ni tak dapat nak sambut sebab tak dapat balik ke Malaysia..

Macam kali ni pun, patutnya lagi seminggu tapi sebab aku dah nak balik kami amek keputusan nak sambut awal..




makan cake brownies




dia lak makan cheese cake


jeng...jeng...jeng


my gift..perfume!! Lanchome~~


beg total 90!!!



Kat atas tadi beberapa gambar yang aku amek bersama dia...

Aku bagi dia perfume, dia bagi aku beg!!aku sangat suka beg tuh!!!total 90 kut~~

Hmmm...6 tahun bukan tempoh waktu yang sekejap...

Banyak yang kitorang dah harungi bersama...segala onak-ranjau dan berduri aku dah tempuh bersama dia..cehhh~~

Dia ngan aku bukannya tinggal kat satu pulau..dia duk malaysia aku kat Indonesia..

Ramai yang akan tanya,tak susah ke jauh-jauh??

Sapa kata tak susah...sangat-sangat la susah~~

Tapi kita kena tengok balik OBJEKTIF kenapa kita nak buat hubungan..

NAFSU??

AGAMA??

NAK MAIN-MAIN??

Bukan hanya dalam pelajaran je kita kena ada MATLAMAT, tapi kalau nak jalinkan hubungan perlu ada matlamat juga...

Kalau kita benar-benar SERIUS dan JUJUR nak jalinkan hubungan, memang niat di hati nak kahwin dengan dia..aku kate go on jek..

Tapi kalau sebenarnya nak main-main, saje nak buat macam-macam..

Aku nasehatkan baik tak payah~~buang duit,masa dan tenaga

Aku bukan la kuat agama sangat, aku tau..kalau kawan-kawan aku yang lain, mampos kerat jari kata mana leh buat hubungan tu..

Tak pe lah, masing-masing ada pendapat sendiri kan? :)

Yang penting aku dan dia ada MATLAMAT dan RANCANGAN MASA DEPAN

duit je tak ada lagi...hehe~~

Orang pernah tanya, pernah tak gado-gado sebab jauh ni?

Aku punya lah kira, aku rasa dalam 6 tahun ni, tak sampai 5 kali pun aku bertekak ngan dia!!

BETUL KE??

Betullah,tak kan la nak tipu pulak

kita kena paham satu benda, bila dah kawin nanti lagi BANYAK yang nak DIGADOHKAN..

Kalau sekarang pon dah banyak ISU, apatah lagi bila kawen, btul x??

Dalam hubungan yang penting PERCAYA dan BERALAH..

Laki ni kena kurangkan EGO sikit..dan BERALAH apabila ada masalah yang timbul..ini kadang-kadang pasal warna kesukaan masing-masing pon nak bergadoh

Dan jangan fikir bila ada hubungan, dia ko masukkan dalam sangkar burung!!

Dia pun manusia dan perlu diberikan KEBEBASAN, tapi bila dah jadi ISTERI lainlah ceritanya!!

Dia nak berkawan dengan sapa ke, nak keluar dengan kawan dia ke, itu HAK dia, kita tak boleh nak larang, tapi masing-masing kena lah jaga batas-batas yang kita sama-sama setujui..so senang kan? :)



To My QUERIDA

Walau pun dah 6 tahun kita bersama, my LOVE for u will never decrease, it grow each day and it matures through time

I know im not a romantic person that can make u feel like u now are an angel, i know i have so many bad habits that maybe u must endore it with all your strengh,

sometimes i think that u deserve better..

not a person like me,BUT a person who is kind hearted, nice, good attitude, make u feel comfortable, the man that always beside u..

BUT

AS LONG AS YOU WANT ME TO BE WITH YOU

I WILL BE THERE FOR YOU!!

THAT IS WHAT I CAN PROMISE!!

thanks cause u give me a chance to know u..

with all the good quality that u have inside u..

my heart know even when i met u for the first time 6 years ago..

THAT ONE DAY YOU WILL BECOME MY WIFE


LOVE!!!


sekian...

Girlpren Yang Tak Pernah Nak Pahami Boypren

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/21/2010 05:11:00 am

4

Salam,

ni aku dapat dari oh!tidak.com, suka btul aku bila baca benda nih..nak kata betul pon leh gak kut..ahaksss.

meh same-same kita hayati..yang laki jadikan panduan, yang pompuan tak yah nak merapu meraban..hahaha


*****************************************************






Valentine ari tu ayang tanya tang mana kita sayang kat ayang

Time tu kita tak dapat nak jawab.Semalam ayang merajuk kat kita, kita dah penat nak layan.Ayang call kite, kite malas nak jawab.Tang mana erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic dan Taj Mahal.Sayang kita ayang sangatlah kerdil.Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahu la..setahu kite :

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile kte dah kenal ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang setiap sem kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal dengan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit mak kite.

2. Kalau ada satu biji epal, kita bagi je kat ayang. Kalau ada dua buah epal. Kita bagi yang lebih besar kat ayang.

3.Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kita pula makan tang kepala ikan tu.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang ni tak cun. Tapi kite yang hensem ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kate kite tak hensem langsung. Erra Fazira lalu depan mata, kita diam je. Takut kalo puji ayng marah.Mat Bangla duk depan Sogo ayang gi ngorat time kte g tandas. Siap mintak no telpon depan kte lagi.

5. Kalau keluar makan dengan ayang, ayang selambe nak makan Starbuks, kite tipu kte dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee meggi.

6. sebelum kenal ngan ayang, kite tak pernah ade girlfren. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfren semuanya. Kite tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kate kte macam sami Buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kte, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kte rasa nak cium ayang, lepas tanya lagi nak kne reject.

8. Ayang selalu pukul dada kte, tampat muka kite, cubit peha kite, kte tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak tampar, nak cubit, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta dengan laki laen, kite nak buat apa. Kite kate kite nak bunuh lelaki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat apa, ayan kate nak bunuh kite, emak kite, ayanh kite dan nenek kite juga.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 kate RM300.

11. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kate tak boleh, dosa. Ayang kate kte tak sayang ayang. Pastu ayang pakse kite romen ngan ayang. Kalau tak ayang kate ayang nalk break ngan kite. Ok, pukul 2 pagi ayang sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kte, nak pastu marah kite keji. Kite diam jek duduk tepi akuarium...tengok ikan emas tengah romen.

13. Kita rosakkan headphone walkman ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kereta kite, ayng buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kena diet 2kg jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kita tidur sofa, kite datang umah ayang, kita jugak kena tido atas sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany kat ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipon.

18. Kucing kat umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling kiut kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pape pon. Ayang bagi ikan emas yang dekat nak mati kat kite, 2 hari kite bela mati, Ayang bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ada duit. Ari tu nak pinjam duit ayang 10 ringgit sebab terlupa bawak wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah lupa. Birthday kita hari ini ayang tak pernah ingat

(SOURCES : ohtidak.com)

************************************************


seronok baca artikel macam nih..

pada pompuan2..sudah lah..sian lah kat laki kamu tu..dia ayang kamu bukan kuli mu..

pada lelaki semua, jika rasa dirimu teraniaya..masuklah CGC!!


YOU WILL NEVER BE ALONE!!


BERUSAHALAH!!!!


sekian...


Mahasiswa Di Indonesia Perlu Menguasai Loghat Tempatan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/19/2010 09:40:00 am

0

Salam,

Waktu aku di Kedah, aku ada berjumpa dengan kawan ayah aku, dia orang Bogor. Memang ayah aku ada introduce kan aku dengan dia sebelum aku jejakkan kaki aku di bumi Indonesia ni. Kononnnya untuk jaga aku lah kalau aku ada apa-apa masalah di sana.

Aku memang tak pernah berjumpa dengan dia, setakat SMS dan call je. Dia pun tak pernah jugak tengok muka aku. Kebetulan pulak dia datang ke Kedah hadir sama dalam program agama tu.

Tengah rehat jap makan tengah hari, dia duduk pula di sebelah aku, mula-mula tak perasan, bila dah nampak dia, aku ambil la peluang ni untuk tegur dia..

'Salam, hafidz pak, dari Bandung'

Pak cik tu tenung je muka aku..

'Kumaha damang pak? (Bagaimana khabarnya pak?)'

'Owh, baik-baik'..bapak tu jawab

'Iraha nyampe ka die? (Bila sampai ke sini?)'

'Barusan, dari Pulau Pinang'

'Parantos tuang pak? (Sudah makan?)'

'atos...atos..'

Habis sampai situ je perbualan aku dengan pak cik tu, nampak muka dia memanglah blur-blur. Hilang selera aku nak teruskan perbualan dengan dia.

Akhirnya lepas habis program malam tu, ayah aku pun ada tanya yang aku ada tak jumpa pak cik tu.Aku pun kata ada.

Ayah aku pun bukak cerita sebenarnya pak cik tu tak perasan orang yang tegur dia tadi tu aku. Aku pun tanya lah kenapa boleh tak perasan, bapak aku beritahu yang mamat tu BANTAI CAKAP Bahasa Sunda dengan dia. Dia ingat aku ni teman senegara dia.

Kembang kempis lah idung aku. Boleh dia ingat aku ni orang Indonesia.

Macam tu la kawan cerita dia. Bukan aku nak kate aku hebat..tak pun..padahal soalan yang aku tanya kat pak cik tu soalan lazim yang selalu orang pakai pun..nampak je macam gempak..hoho

Kita tahu apabila kita dah berada di tempat orang, yang paling penting adalah kita perlu menyesuaikan diri dengan BUDAYA dan BAHASA penduduk setempat. Jadi, aku ngan rakan-rakan aku yang lain pon mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Sunda..


Seronok!!


Banyak kepentingan kalau kita belajar bahasa mereka, paling penting adalah untuk merapatkan hubungan, ye lah, siapa tak suka kalau ada orang asing belajar bahasa ko. Ini vital untuk semua supaya kita dapat blend in dengan masyarakat tempatan dan diorang akan senang dengan kita.

Aku bagi contoh kepada mahasiswa yang ambil medic, bayangkan sekarang ko tengah nak ambek history pasal sorang pak cik tua, dia pulak tok-tok cakap Jawa, tak ko garu-garu dagu ko? Terpaksa la ko panggil kawan Jawa ko untuk jadi translator.

Dan tak semestinya kalau ko belajar bahasa mereka sekarang, nanti bila balik ko dah tak pakai...ko kena la optimis, mana tahu satu hari ko dah bukak syarikat sendiri, dapat pula pelanggan yang datang dari Sumatera, ko pulak pandai cakap Padang, mau dia tak percaya kat korang? Kompem-kompem la korang dapat projek tu.

Dengan korang belajar bahasa mereka, insyaallah kalau la ade lagi ketegangan antara Malaysia-Indonesia, korang akan selamat. Semua pun kenal korang macam mana dan tak akan terpengaruh dengan berita. Tapi kalo korang pon tak reti nak bergaul, dah la diorang tak nak back up korang, halau korang dari tempat dia pon mungkin boleh jadi.

Sekarang perlu ada SIKAP PROAKTIF daripada setiap pelajar. Boleh juga daripada PERSATUAN PELAJAR sendiri cuba untuk mulakan perkara ini.

Dengan ini saya MENYARANKAN kepada semua 16 cawangan PKPMI :


1. Buat kursus bahasa tempatan di tempat korang.

Aku rasa adalah baik kalau korang cuba bukuk kursus bahasa tempatan di tempat korang sendiri. Tapi jangan lah buat sekali dua jek, mungkin boleh buat usahasama dengan SMA mana-mana mintak guru dia ngajar ko, kuat la sikit asas tu nanti.


2. Buat pertandingan atau minggu bahasa

Ini kalau korang larat buatlah


3. Galakkan kawan-kawan banyak berborak-borak dengan jiran tetangga

Ini yang korang kena buat selalu. Jangan asyik belajar teori tapi bila masa nak pakai otak blank. Selalu sembang-sembang dengan jran tetangga, pakai ayat-ayat lazim yang diorang selalu guna sampai korang dah tak segan nak pakai. Korang tak perlu la nak hapal ayat-ayat superb/puitis sangat, bukan nya nak belajar sastera bahasa diorang pon.


Jadi, dengan ini saya sebagai Yang Dipertua Persatuan Pelajar (PKPMI) MENYERU kepada semua pelajar yang ada Indonesia, belajar lah bahasa mereka. Aku berani kerat jari tak akan ruginya korang korbankan sikita masa dan usaha untuk belajar bahasa mereka tu


BELAJAR!!


sekian...

Sapa Tahu Apa Beza Highway Malaysia Dan Indonesia? Angkat Tangan!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/17/2010 05:35:00 am

3

Salam,

Aku baru je balik dari kedah, ada program agama di sana, satu family aku pergi, semangat betul walopon jauh.

Kitorang pergi ada dalam dua kereta, ayah dan mak aku pergi ngan adik-adik aku yang kecik, aku dan adik ketiga aku pergi dengan kereta adik kedua aku (FYI, adik aku kedua dah kawen!! isteri dia dah nak beranak dah hujung bulan dua ni..malu aku jadi abg sulung..T_T)

Jadi macam biasa ah kalau nak pergi ke kedah kena la masuk highway, lama la jugak nak sampai, dalam 5 jam lebeh, adik aku pun boleh tahan, bawak kereta macam pelesit, aku yang kat dalam tu cuak-cuak..haha

Sampai je masuk highway, aku pun duk perhati la Malaysia punya highway ni, tetiba pulak dalam otak aku terfikir pasal highway kat Indonesia tu..Meh sini aku listkan perbezaan kedua highway Malaysia-Indonesia


1. Struktur highway

Yang ni memang aku tak payah nak puji banyak, highway Malaysia memang cantik!!! macam-macam bentuk boleh aku tengok.

Kalau Indonesia pulak, bagi aku diorang buat highway ni macam asal ada je, korek tanah, rata tanah, letak besi-besi pastu tampal ngan tar..itu la highway yang aku nampak kat sana.


2. Permandangan sekeliling highway

Aku duk perhati laa kita punya highway, kalau landskap yang tepi-tepi jalan tu macam-macam bentuk dan warna ada. Aku punya puji laa ketekunan pakcik-pakcik pemangkas rumput dan pokok tu, rajin dan teliti sungguh buat kerja. Tak pernah aku tengok scenery tepi jalan tu kusut-masai macam janggut tak potong setaun.

Kalau di Indonesia, macam tak je, kalau ada pun sikit....


3. Jenis kenderaan yang boleh masuk highway

Yang ni aku nampak ada lain sikit Malaysia-Indonesia, kalau di Malaysia, semua jenis kenderaan pun boleh masuk highway, tapi kalau di Indonesia MOTOR TAK BOLEH masuk highway.

Aku dulu macam tak boleh nak terima kenapa tak bagi ja diorang pakai, tapi bila aku tengok volume motor yang ada kat sana punya la banyak, bayangkan kalau diorang masuk highway, macam segerombolan anak-anak bebek (itik) yang kiut sedang berlari-lari kat highway pun ada nanti..hehee..


4. TOL!!

Aku memang puji la Malaysia ni banyak betul highway yang dibina dari masa ke masa. Ada seorang putih ni pernah bitau, yang kita punya jalan ni still and still developing, kalau negara lain contoh Indonesia dah tak boleh, dah sesak sangat, tak de tempat nak tampal jalan dah.

TAPI!!! yang paling aku tak tahan bila ada banyak highway ni, banyak la tempat pakcik-makcik memanggil-manggil mintak duit (orang tol) .. haih..yelah, nak buat macam mana, bukan kerajaan boleh tanggung semua, nak tak nak kena buat perjanjian dengan syarikat swasta untuk cari modal.


5. Kenderaan awam di jalan

Ni satu lagi yang aku perhati lama dah, kalau di Malaysia aku sangat puji sebab sistem kenderaan awam memang sangat bagus dan teratur. Kita dapat tengok dulu macam mana kerajaan nak bagi sistem kita diperbaiki terus-menerus, BAS MINI (kalau sapa masih ingat bas pink tu ah) dimansuhkan atas sebab terlampau kecik dan ekzos tak reti nak lap..

Jadi kita dapat tengok la skang ni memang la bagus perkhidmatan, kalau tak mau naik bas or teksi, yang aku paling seronok kat KL ni ada train!! Ini la aku rasa spisies kenderaan awam yang menyenangkan idup aku sehari-hari, senang betul aku nak pergi ke mana-mana.

Tapi kalau kita tengok sistem kenderaan awam di Indonesia, tak berapa nak teratur dan masih lagi ada kenderaan-kenderaan tradisional. Yang paling popular sekali macam biasa la, ANGKOT!! Ada yang tak pernah tengok ek??





Angkot



Angkot ni memang la dah lama ada di Indonesia, dia akan panggil-panggil penumpang masuk sampai la penuh, kadang-kadang tak mo gerak selagi tak penuh, memang panas hati la, suka betul ngetep (berenti-berenti)!!!

Dan selain pada angkot, ada yang dipanggil tut-tut, banyak ada di Jakarta sahaja




Tut-tut


Banyak lagi lah kenderaan yang lain, kereta kuda pun still ada!! hmm..memang susah nak ubah sistem, sebab itu la mata pencarian rakyat diorang yang diorang mampu, kalau dibuang mereka nak makan apa, itu pun kena fikir jugak.


6. Tahap kesabaran dan toleransi Pemandu

Ini aku bagi 5 star kat Indonesia!! Diorang punya sabar di jalan memang superb!! Aku memang jarang tengok diorang marah-marah di jalan, kereta berenti tengah jalan pun diorang boleh sabar menunggu..wahhh..respek siut~~

Kalau orang kita?? Tak payah aku nak komen lebih-lebih..korang sendiri pun tahu....


7. Main-main hon di Jalan

Orang Indonesia hon kereta maksudnye AWAS!!! nak bagi peringatan supaya lebih berhati-hati..

Orang Malaysia kalau hon maksudnye..HOI, NAK CARI GADOH KE??!!! pantang hon sikit..


8. Lesen

Malaysia : WAJIB AMEK KELAS MEMANDU!!

Indonesia : BAYAR SUDEY!!!!



Itu lah kengkawan apa yang aku boleh fikir pasal higway Malaysia-Indonesia nih.. kalau ada raa nak tambah lagi, sila-sila lah tambah-tambah sendiri...

Walau di mana-mana negara pun, masalah highway dan kenderaan memang perlu diambil serius, macam-macam kebijakan yang dilakukan pemerintah negara untuk memastikan masalah ini dikurangkan SEMINIMAL MUNGKIN.

Apa-apa pun aku berdoa semoga negara kita dapatlah buat banyak lagi jalan-jalan yang bukan saje cantik nak pandang tapi juga bermanfaat demi mengurangkan lalu lintas yang semakin parah di mana-mana..


SOLUSI!!


sekian....