VVIP BLOG INI

Perkhidmatan Doktor Diperpanjang 5 atau 10 Tahun: Nak Marah ke nak Redha Je?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/28/2010 12:39:00 pm

Salam,

Tadi malam ada member aku message di YM,

'yo, ko tengok kat news straight time'

'ada apa?'

'cerita pasal doktor kena perpanjang perkhidmatan di kerajaan selama 5 atau 10 tahun.'

'yeke.okeh..nanti aku check'

Aku jadi teringin nak tahu pa sebenarnya cerita yang kawan aku sebuk-sebuk sangat nak suruh aku tengok. Ada satu artikel di news straight time mengatakan bahawa memang khidmat doktor akan dipanjang kepada 5 atau 10 tahun ni.

Di bawah artikel aku amek di BERNAMA (cintailah bahasa ibunda kita..hehee)


***********************************************

Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun, berbanding tiga tahun pada masa ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan yang berlaku saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya, negara menghadapi masalah kekurangan doktor seramai 5,000 orang.

"Tiap-tiap tahun kita ada masalah kekurangan doktor kerana mereka ini hanya berkhidmat dengan kerajaan selama lima tahun, iaitu dua tahun untuk housemanship (latihan) dan tiga tahun untuk perkhidmatan wajib, dan selepas itu mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Perlu ada mekanisme baru

"Sistem ini digunapakai sejak 1971, maka kita perlu ada mekanisme baru untuk menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Putrajaya hari ini.

Murugiah berkata, jika cadangan itu direalisasikan, doktor akan dapat menimba lebih pengalaman sebelum berkhidmat dengan syarikat swasta atau membuka praktis mereka sendiri selepas itu.

"Doktor tidak patut hanya memikirkan mengenai keuntungan, mereka juga harus berfikir mengenai kepentingan negara, sumbangan mereka kepada negara," katanya.

Murugiah berkata, cadangan sama boleh digunapakai untuk bidang-bidang lain yang turut mengalami kekurangan penjawat termasuk doktor gigi dan ahli farmasi.

Bagaimanapun, beliau berkata terserah kepada Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membincangkan cadangan itu dan memutuskannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi tahun lalu, kerajaan melantik seramai 50,756 penjawat awam termasuk calon latihan separa perubatan melebihi sasaran yang diletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu 50,000 lantikan.

"Sebanyak 7,785,262 permohonan diterima, dengan 358,366 pemohon dipanggil temuduga tetapi hanya 199,660 hadir untuk ditemuduga, katanya.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.

(sources: BERNAMA, 27/1/2010)


********************************************

Aku tanya kepada kawan aku apa yang nak jadi issue sangat nye dengan benda ni, dia kata ramai kawan-kawan dia sekarang terutama yang jenis tak sedar diuntung dan tak nak kerja dengan kerajaan ni marah-marah dan habes bercerita dalam facebook.


Dasar.....


Memang kalau la benda ni betul-betul mereka nak gunapakai nanti, yang akan terasa kesan adalah pelajar tajaan MARA, dan yang bayar pakai duit sendiri. Kalau pelajar MARA memang kontrak 3 tahun je dengan kerajaan, sama la yang pakai duit mak bapak. Pelajar JPA aku rasa yang tak yah nak serabut fikir sebab memang diorang akan serve selama 10 tahun pun.

Aku pelajar MARA, jadi aku masuklah ke dalam golongan yang kena kerja lebih tahun tu.

Macam mana aku punya pendapat pulak?

Hmm.. kalau aku sendiri tak de masalah kut sebab memang aku nak kerja dengan kerajaan je, tak de plan lagi aku nak bukak klinik sendiri or kerja di hospital swasta, ade rezeki nanti baru la timbang balik.

Macam biasalah, ko nak bukak klinik ke kerja hospital swasta ke, ingat sesenang tu ke nak dapat? Nak tak nak ko kena gak ade pengalaman, kalau lah aku hanya amek 3 tahun yang kontrak lama, belum tentu kalau aku keluar ada hospital yang nak amek aku, atau ada cukup duit nak bukak klinik.

Kalau korang memang dah ade link besar di hospital memane itu korang punya lah. Yang ngamuk-ngamuk tu orang yang dah ade link lah tu, tak pun pede (percaya diri) sangat rasa kompem-kompem keluar kerajaan ade yang dah nak sambar. Bajet diri hot stuff.

Nak marah ke nak redha?

Kalau benda tu dah disetujui pihak kerajaan, baik ko terima je la. IKHLASKAN HATI dan BETULKAN NIAT. Kita ni nak jadi doktor sebab apa?


Duit?

Glamor??

Nak dihormati???

Atau sebenarnya nak tolong orang????


Kalau betul niat nak bantu orang yang memerlukan, nak selamatkan nyawa orang. Baik kita terima je yang ada. Dari korang banyak sangat merungut sampai lari niat. Kerja penat, pahala pun tak dapat. Ingat-ingat la akhirat.

Aku terima je berita ni dengan hati terbuka, moga-moga terus terbukak la, aku ni susah sikit, hati selalu berubah.haha.

Moga-moga objektif kerajaan tu tercapai nak kekalkan doktor di hospital kerajaan kerana memang negara tengah kurang doktor. Kita ni dah la kerajaan tanggung, dia bagi duit kat kita dengan harapan dia nak bila kita kerja nanti tolong kerajaan untuk tolong rakyat.

Kadang-kadang nak kena tahu BERTERIMA KASIH, kena tahu erti SYUKUR. Meh sini aku nak cerita pasal aku, ayah aku pengurus kilang kecik, mak aku tak kerja. Ada empat orang lagi adik aku yang ayah aku nak tanggung.

Aku belajar separuh mati nak dapatkan biasiswa. Result aku tak sebaik orang lain. Tak la semua A1. Tapi datang MARA kata nak sponsor aku. Kalau fikir logik kompem orang lain yang akan dapat. Nak belajar medic di Indonesia perlu rm350,000. Apa ko ingat ayah aku ada duit banyak tu?

Mereka bagi aku biasiswa dengan duit makan rm800 setiap bulan. Apa dah tak cukup mewah? Orang kita memang macam tu. Hidup tu selesa sangat. Tak fikir orang lain yang lagi susah dari dia. Negara lain belum tentu nak bagi biasiswa, negara kita bagi punya lah banyak. Universiti dalam negeri sampai diberi biasiswa rm5000 satu semester. Di Indonesia pelajar universiti diorg tak dapat pon. Tak nak bersyukur lagi??

Dah la ambil kesempatan nak duit orang lepas tu terus lari bila khidmat diperlukan, apa tak de MARUAH DIRI dah ke?Cuba kena pada diri sendiri, baru la masa tu rasa pedas macam makan cili boh!!

Dengan apa yang dah mereka bagi, tak ke terasa dalam benak kepala dan hati ko untuk balas budi?

Jangan sebab ko fikir TEMBOLOK dan POKET ko, ko lupa Hippocratic Oath yang ko akan baca masa ko tamat pengajian tuh!!


REDHA!!


sekian...

Comments (3)

assalamualaikum..
erm..tak nak laa jadi orang yg dianggap "tak sedar diuntung" tu kan..

tapi bila baca ada rasa agak terkilan sikit la, sebab ingat nak focus on sambung belajar secepat mungkin..

hurm~

adeh..

0_o speechless

salam.
act bnda ni xpatut jd isu especially yg 100% ditaja oleh krajaan, xkira lah MARA or JPA.kalu bdk2 loan nk komplen, lojik la jgk.mereka dpt duit yuran n elaun bln2 rm400 (JPA) n mereka kne byr balik 100% jumlah yg dpt. pinjam rm200k, byr rm200k.no matter cemerlang dan gemilang camne pn result.so kalu nk bebankn dgn kerja krjaan slma 10thn mmg agak berat la kn.mmg la xpyh byr blik if keje dgn kjaan slama 10thn, tp ptut consider jumlah yg diorg dpt xsama dgn bdk scholar.kalu nk wajibkn gak, kne la kurg dr jumlah bdk scholar bkdmat dgn kjaan, 5thn je ke (cth je tu).

maaf la kalu sy ckp fenomena 'xsdar diuntung' dh lama ade. kalu bleh, seme2 nk kjaan tggung.xpnah tgk sndri bper ribu USD byr yuran kita, sbb duit tu direct msuk akaun uni.kalu la yg bdk2 scholar bleh tgk btapa byknye duit yg dblnjakan utk amik medic (mcm bdk loan slalu tgk coz diorg bank in kn sndrik duit tu), especially yuran, xkn tgamak punya nk komplen2.

so, ape2 pn, btulkn niat.kita datang nak belajar medic n duit yg kite guna disediakn krajaan tp sbnanye tu duit seluruh rakyat Malaysia.kalu disia2kn, larat ke nk mtk maaf dgn 27juta rakyat Malaysia?renung2kn la.wslm :)

duha : minta maaf lah kalau ade yang terasa mengenai hal ini.. aku bukan apa.. aku orang susah, mungkin diorg nampak aku macam tak de pape, tapi kalau tahu lah macam mana keluarga kami survive mungkin diorang paham kenapa aku tak banyak merungut pasal benda ni..

ada orang kata, tak kesian kat kami ke asyik kena buli and wutsoever..

aku nak jawab..kalau dah tahu mmg kerja doctor macam tuh..kenapa nak amek profesyen ni??

baek bukak berniaga sendri..so settle problem kan??

tak payah la nak ber emo tak tentu pasal..kita betulkan niat.itu je aku mintak..tak banyak pown..kita manusia terpilih..jadi kerja pown mestilah kesusahan nye luar biasa..

orang hebat dugaan macam kerja kat supermarket? x kan lah..Allah Maha Adil..betul x?