VVIP BLOG INI

ROBOCOP!! Where Are You?!! J-Town Need You!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/31/2010 12:09:00 am

Salam,

Aku tak habes lagi baran pasal kes kecurian ni. Sebab aku pun salah satu mangsa-mangsa korban kerakusan malaun-malaun yang ada di bumi rahmat J-Town.

Baru tadi aku terbaca blog kawan aku, dan baru aku tahu sebenarnya sebelum dia menyelinap masuk ke rumah junior aku tuh dia meng'ular' dengan badan-badan licin dia tu ke bilik kawan aku. Nasib baik la kawan aku ni sedar cepat (ade la tu yang cuit-cuit dan tiup-tiup telinga dia sampai terbangun, manusia yang diredhai Allah, bukan macam malaun terkutuk tuh!) dapatlah dia halau jembalang sekor tuh.

Ingat kan bila dah tahu naseb tak baik, bukan reti nak BERTAUBAT lagi nak BERTAU BUAT!! Agaknya syaiton-syaiton bukan lagi setakat berbisik di telinga dia, mungkin dah meresap dan menyatu dalam diri jembalang tuh!

'Gagal sekali bukanlah bermaksud gagal selamanya, lihat sahaja seperti Thomas Edison mencipta mentol...blah blah blah.' agaknya itu jembalang tu fikir lepas dah dihalau kawan akuh.

Dasar.....

Nampak pulak dia lobang-lobang untuk dia menerobos masuk rumah junior aku pulak. Mungkin syaiton yang meresap masuk dalam tubuh dia tu anak syaiton. Kalau lah yang masuk tu bapak atau raja syaiton aku tak tahu la jadi apa ngan junior aku (doa sangat jangan la jadi perkara tuh!)

Bila ada cerita ni, keluar lah macam-macam cerita yang kawan aku beritahu yang sebenarnya aku tak tahu peristiwa tu terjadi. Rupa-rupanya para keparat tu ada STRATEGI mereka sendiri. Ketuk pintu, pusing-pusing tombol sikit, kalau tak berkunci, panjangkan kepala dulu tengok sekeliling.

Kalau tak ada orang dia teruskan projek terkutuk dia, jika ada orang dia buat-buat cari kawan dia. Tak kan lah dia tak tahu rumah kawan dia sendiri. BULL SHIT!!

Yang paling aku kecewa bila terjadi perkara ni. KAMI TAK ADA TEMPAT NAK MENGADU!!

Nak jumpa sapa kalau dah kena curi?

Tuan Rumah?

Pak RT?

or POLISI?!!!!

Tuan rumah dengan pak RT apa boleh buat, setakat tunjuk muka kesian, buat-buat cari-cari barang yang hilang kat sekeliling kawasan rumah, tanya-tanya jiran sikit pastu habes lah, melepas batuk di tangga~~ (kepada nazi : batuk di sini bukanlah bermaksud dia batuk di tangga sebab lalat masuk dalam mulut, tapi batuk tu adalah alat mencuci kaki..hahaha..peace!)

Nak harap polis???!!

Polis kat sini maksud ko??!!

seyes ke ko ni??!!

anda yakin??!!!

tak mau talian hayat??!!!

Tak payah la nak ngabehkan masa, buang masa je kalo lapor kepada diorang, apa la yang diorang boleh buat~~

Apa yang aku perhati selama aku duduk sini, polisi ni bagai pemangsa yang tunggu je pemandu-pemandu cuai untuk dia nak terkam bila-bila masa. Pantang nampak pemandu salah sikit, memang lunyai la diorang kena.

Aku cakap bukan tak ada fakta! Kami sendiri pernah kena! Memang salah kawan aku la masuk jalan yang salah, tak boleh masuk jalan tu kena belok, tapi dia pon tak teringat (husnuzhon) salah la masuk.

Haaaaa....

pastu kan pastu kan pastu kan.. APA LAGI!! Ini lah masanya mereka jalankan tugas mereka sebagai pegawai polis dengan penuh DEDIKASI!! Kawan aku kena tahan laaa.. masa tu dah agak dah, memang tak de kerje lain la tu.. nak menarah duit-duit kami ni yang dah sedia sikit!!

Kalau ko betul polisi yang JUJUR, bagi je la saman! kenapa nak ada DUIT BAWAH MEJA!! Dengan seronok nya dia mintak duit kami, dan kami tak de lah pilihan lain terpaksa bayar.. dah la sewa kereta orang, mampus kalau kena tarik.

Kalau betul ko berbaik hati, lepaskanlah kitorang dengan amaran, betul tak?!! tapi ini tak, memang dah jadi makanan ko kalau ada orang buat salah!!

Aku nak balik cerita POLIS vs KESELAMATAN tadi.

Tak payah la ko harap manusia BERDAGING tu untuk bantu ko. Setakat buat syarat je untuk amek laporan mereka yang hilang. Kena bayar lak tuh. TINDAKAN?? ILLEKKK!!!!

Lepas amek laporan, simpan dalam lemari duduk atas kerusi goyang kaki tengok BOLA!! Tak de nye dia nak susah-susah cari barang ko yang ilang tu. Buat kerja tanpa gaji nak buat apa, betul tak?

Ni lagi satu cerita yang junior dan mungkin kawan aku sendiri tak tau. Ada satu senior 2005, dia pernah hilang IC, dia pon dengan baik hati buat laporan polis. Tetiba dia terasa nak cancelkan laporan dia!

Tau apa polis tu buat?!! Polis ugut dia kata dia menipu polis pastu mintak lagi duit tiap bulan, senior tu terpaksa lah bagi, macam-macam cara dia buat termasuk tukar no. hp tapi tak tahu la macam mana diorang boleh kesan no. hp dia. (kalau hati tu dah durjana memang la macam tuh! sanggup guna intelligent negara demi perut boroi ko tuh!)

Akhirnya dia tak tahan terus dia laporkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, dan dapat respon, sikit lagi dia nak balik malaysia, aku tak tahu cerita lepas tuh apa jadi..hilang macam tu jek.

Jadi aku rasa untuk jaga keselamatan J-Town ni, tak perlu lagi kita harapkan polis BERDAGING tu,yang kita perlukan


ROBOCOP!!


Dia tak de daging, besi semua, dia tak de akal tapi di set up untuk cari musuh je. Kalau yang dia nampak tu musuh, dia bersikap diplomatik dulu mintak menyerah, tak mau jugak dia TEMBAK!







Ade musuh je TEMBAK, nampak syaiton je baling BOM! Kesan jembalang jek cucuh pakai BAZOOKA! tak tahu la boleh aman atau tak J-Town, maybe akan keluar musuh-musuh pelik yang akan jadi musuh tradisi, tapi untuk sepanjang aku dan kawan-kawan aku tinggal di sini akan selamatlah kami dari soldodu-soldodu penyangak pencuri penyamun yang pegangannya adalah NAFSU SERAKAH dan ketuanya adalah JIN MATA BUTA.

Aku tahu apa yang aku fikirkan ni fantasi, bukan berpijak ke bumi yang nyata, tapi nak buat macam mana. Aku kecewa dengan pihak keselamatan di sini. Motor kena curi apa korang buat?

ade buat pengawasan malam?

Tak pun tubuhkan Jawatankuasa Rondaan Kampung?

Memang tak la nak buat, semua di sini hanya tahu kalau buat kerja duit kena letak atas meja dulu. Barula nak bergerak tulang karat tuh!

Jadi sebenarnya siapa yang kami nak harapkan bila kejadian seperti ni terjadi lagi??? Nak tak nak kena redho jek laa~~

ROBOCOP!!!


sekian...






Comments (12)

arghhh!!!!i need a robocop!we need a robocop!!robocop..robocop..kalu jumpe maling tu nanti,ko tembak je kepala die bagi pecah..besh2!!geram sungguh dengan si malaun itu..eeee!!

tembakk!!!!!!
bang!bang!bang!!!!

mampos2!!

ngeheeeheeheee (gelai mengilai)

tembak, bom segala ah!!

geram!geram!

haha,robocop. btol2,robocop is da bez. haha....

mmg malaun!

tu dari bahasa arab tu...tau apa makna dia? ORANG YANG DILAKNAT!

memang d the best..x de akai, pk musuh jek..ble manusia ade akai, bukan nak pakai ke jalan yang benar, pakai ke jalan syaitonirrojim jek!!

kalau lah negara kita boleh bagi satu robocop kat dak msia yang belajar di luar negara nih, selamat donia akhirat!!

yeke aji?? tak tau lak tu maksudnye..aku maen pakai jek..kehkehkeh

akupemikir-hoyeh!hoyeh!tembak lagi!tembak lagi!biar bersepai daging dia.hahahahahaha...(gile dah=p)sekarang ni kita perlukan robocop,ultraman,batman spiderman,power rangers sume2 lah!(mane nak cari nih=p)

drrazi- owh ea?malaun tu bahasa arab ea?gheti nyebot je,tataw la plak maksud die..eheh.timekaseh la bagitau=)

sila-sila lepaskan semua perasaan yang terbuku di hati anda..:)

lebih baik macam tu dari simpan sendri..kami tak nak antar awak ke tanjung rambutan!!kehkehkeh..

waloapapon hope cepat sembuh dari syndrome tu k!!

ko mesti tak tengok cita robocop kecik2 dulu.robocop bukan robot.dia ada perasaan.tak maen tembak je suka hati dia.

hahaha..

kepala jek kut bang yang tinggal..
bdan sume dah besi dah..

yoyo nk tengok robokop bt mendenye?? ne de adegan2 cerpen dalam tue dia nak layan!!hahahahaha

oiii...

cerpen-cerpen tak maen laa..dah besar dah kan kan kan..,hahahah

robocop robocop!!!

:P

bile keamanan nk tercapai..
terguris hati aku dgn negara ni*even aku xkena pon*
hilang kartu mahasiswa pon byk birokrasi kena layan..busan lah hhidup di negara ni..nk balik kg aku yg aman damai tu:"(

hahaha..

nak buat camne wehhhh..negara dah macam ni...

teghukkkkk!!!

malaysia di capital jek masalah..di kg orang masih ada nilai-nilai kemanusiaan!!!