Review Cabaran Yang Dihadapi Mahasiswa Malaysia Di Indonesia Tahun 2009
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 1/10/2010 11:25:00 am
Salam,
Tahun baru 2010 baru je menjelang, tapi aku tak dapat nak berseronok pun,
exam masa tu nak dekat, kononnya nak fokus lah kepada study (tengok la aku tengah buat apa sekarang ni,study lah sangat....)
Jadi sekarang ni aku nak cerita sikit mengenai cabaran yang kami pelajar Malaysia di Indonesia hadapi sepanjang tempoh tahun 2009. Jika nak kata orang patut arif mengenai masalah pelajar yang ada seluruh Indonesia memang aku lah, nama pun presiden persatuan pelajar. Jadi dah jadi rasa tanggungjawab untuk beritahu kepada semua masalah apa yang berlaku pada kami.
Aku dah tinggal di Indonesia ni atau lebih spesifik di Bandung ni dah 3 tahun setengah, ada lagi 2 tahun setengah aku nak tamatkan pengajian aku. Dan dalam 3 tahun ni, aku rasa tahun lepas memang tahun tahun yang paling tinggi cabarannya kepada semua pelajar. Meh kita review masalah tahun lepas...
1. Hubungan Antara Malaysia-Indonesia
Haaa...ini aku rasa satu Malaysia pun tahu masalah kami ni, apa lagi kami sendiri yang rasa, sebab kami yang tinggal kat sini.
Alah, perkara dan isu ini bukanlah perkara yang baru pun, sejak dari aku tahun satu lagi masalah ni dah ada. Isu ni dia macam 'chips more', Kejap ada, pastu hilang dah. Yang membezakan adalah, tahun-tahun sebelumnya tak dapat coverage luas, tahun lepas secara besar-besaran. Mari aku kupas satu-satu untuk pembaca.
Tahun kedua, kalau ingat lagi isu orang kita pergi pukul jurulatih@pengadil silat semasa perlawanan apa ntah, wooo...isu tu naik sampai ke universiti aku. Habis demo segala macam diorang buat, yang paling menarik masa tu yang aku masih ingat,
diorang tampal poster dan tulis boikot makanan malaysia! Mahasiswa Malaysia balik! Tak ke pening masa tuh??
Tahun pertama ada jugak kes, tapi tak sesuai aku nak cerita.Terlalu sensitif...
Akhirnya masuklah tahun 3, masa ni paling banyak kes terjadi.
Satu, keluar isu Manohara. Aku pun tak paham juga macam mana kes rumah tangga orang boleh jadi isu negara. Ini kan isu peribadi?Mengapa perlu dibuka pekung tu untuk pengatahuan semua? Tak ke pelik tuh?
Balik-balik kat sini, habis dia cerita masalah dia dan dapatlah dia berlakon drama dengan tajuk 'Manohara'. Habis cerita tu kutuk (secara tak langsung) kita.
Akhirnya, apa yang aku tahu, bila kes ni dibawa ke mahkamah, dia disaman ntah berapa banyak tapi besar jugak sebab gagal untuk menghadiri proceding. So aku nak tanya balik, siapa yang salah? Kenapa nak diceritakan pda semua? Fikirlah sendiri ye? Sebab dalam entries aku ni bukan nak cerita mengenai Manohara. She's HISTORY..hohoho
Kedua, isu ada orang ubah lirik lagu kebangsaan Indonesia iaitu lagu Indonesia Raya. Aku pun ada baca lirik yang diubah tu, memang kurang ajar siapa yang tulis. Sekarang yang menjadi masalah adalah, siapa yang buat? orang malaysia? orang luar? atau orang indonesia sendiri?
Boleh jadi orang luar yang nak lihat kedua negara bergaduh, dia yang mengadu domba. Boleh jadi juga orang indonesia sendiri yang tak suka hubungan antara indonesia-malaysia yang bertambah baik sebab najib-SBY memang rapat hubungan. Diorang nak hubungan tegang macam zaman sukarno dulu yang mencanangkan Ganyang Malaysia, boleh jadi juga.
Dan boleh jadi jugak memang mamat yang tak reti bahasa orang kita sendiri yang tak peduli langsung apa maksud hubungan internasional ni sesuka hati cari pasal. Siapa yang salah aku tak nak tunjuk, tak ada BUKTI sebab benda tu disebarkan melalui internet. Jadi macam mana nak tahu? Betul tak?
Ketiga, lepas jek habis cerita Manohara, keluar pula isu budaya, isu tarian pendet, masa kes manohara, tak meletup sangat media kat sini, tapi bila keluar isu budaya ni, habis perhatian media kepada malaysia, gara-gara satu iklan di Discovery Channel di Astro menyiarkan satu iklan mengenai budaya Malaysia tapi MEMANG dia salah, pergi letak tarian pendet daripada Bali. Orang dia memang lah marah.
Tapi nak kena faham, yang buat tu bukannya KERAJAAN MALAYSIA, hanya satu syarikat swasta daripada Singapura yang buat yang nak ditayangkan di Astro. Jadi mengapa perlu dilibatkan negara hal ni???Itu yang aku jadi tak faham. Yang paling menarik, orang kat sini memang kreatif, itu aku tabik, dia buatlah iklan-iklan yang ada kena mengena dengan tarian tu nak bagi barang dia laku...hmmmm...
Keempat, lepas tu keluar pulak isu Ambalat (banyak betul isu), ini aku tak nak komen banyak-banyak. Masalah kepulauan ni dah daripada dulu problem. Dua-dua pun ngaku sempadan tu negara mereka yang punya. Aku senang je, nak selesaikan buatlah dengan saluran yang betul. Apa guna Mahkamah Dunia kalau tak pakai, ye kan? Nanti diorang tak de kerja lah, makan gaji buta, time ni la kita pergi nyusahkan hidup hakim-hakim bijaksana tu..hehe..
Lepas satu-satu masalah keluar, yang best adalah kesan daripada isu ini. Yang paling POPULAR adalah SWEEPING di Jakarta. Heboh satu malaysia-indonesia pasal perkara ni. Dengan tiba-tiba satu persatuan yang dipanggil BENDERA cuba buat sekatan jalan raya dan kononnya nak tahan orang malaysia dan nak dihantar pulang, famaous buluh runcing kejap masa tu.
Macam ni la rakan-rakan, bagi aku sendiri, apa yang diorang buat tu hanya nak menarik perhatian media je nak naikkan nama persatuan yang baru diorang tubuhkan, bukan lama pun sekatan jalan yang diorang buat. Tak sampai sejam, tapi kesan daripada tu, ramai orang kita yang takut nak datang ke Jakarta, padahal pelajar kita yang ada di sana pun sebenarnya hidup aman tenteram. Jadi jangan takutlah yek.
Banyak lagi kesan kecil kalau nak tengok satu Indonesia ni, presiden cawangan banyak ngadu kepada aku,
'yo...kitorang nye tempat ada demo, ada rumah pelajar kena baling batu, tingkap pecah'
'yo, orang-orang sini sume pandang-pandang slack kat kitorang, camne yek?'
macam-macam lagi yang datang mengadu. Nak buat macam mana, kita ni pendatang. Sabar je la dengan ujian yang kita dapat kan...
Akhirnya macam aku kata, isu ni Indonesia ni macam chips more, selepas beberapa bulan dah tak de isu, semua pelajar di Indonsia hidup aman dan sejahtera. Alhamdulillah
2.Gempa Bumi Berskala Tinggi
Ini satu lagi tragedi yang sangat menyayat hati. Dalam 3 tahun aku di sini, memang tahun lepas tahun gempa bumi yang paling teruk pernah aku alami.
Dari dulu lagi memang di Indonesia ni terkenal dengan gempa bumi, tapi tak ada lah seaktif tahun lepas, Pulau Jawa dan Pulau Sumatera yang paling teruk terjejas akibat kejadian alam ni.
Pertama, terjadi gempa bumi di Pulau Jawa, di Tasik Malaya, 7.3 skala Richter. Masa tu, berita di media memang fokus kepada cerita ini sahaja. Tapi masyaallah memang sangat teruk, berapa ramai korban jiwa, dan paling sedih banyak rumah-rumah, hospital, sekolah dan bangunan lain yang roboh, fasiliti tak ada, api dan air terputus, semua bergelap, duduk bawak khemah, bayangkan betapa teruknya keadaan masa tu.
Jadi, atas dasar nak bantu orang di sini, kami persatuan pelajar bersama pihak kedutaan pergi menghantar bantuan di Pangalengan, Bandung yang teruk juga terjejas akibat gempa. Pelajar dari Bandung dan Jakarta telah dihantar untuk berikan bantuan.Sedih tengok keadaan di sana.
Kedua, ini yang paling parah, terjadi gempa di Sumatera Barat, 7.6 skala Richter, kalau yang di Jawa tak melibatkan mahasiswa kita, tapi yang ini mahasiswa kita di Padang dapat direct effect.
Aku ingat lagi waktu tu jam 5.30 pm, tengah syok aku tido, tiba-tiba aku dapat call kawan aku dari Padang, Fahim, pemimpin pelajar di sana, aku ingat saja lah nak buat friendly call, tiba-tiba dia dengan suara sangat takut dan cemas beritahu dia mereka baru sahaja mengalami gempa. baru je 15 minit lepas!!!
Tak melompat aku kat atas katil tu..terus aku hubungi Datuk Junaidy, Pengarah JPMI, masa tu telefon aku tak berenti-berenti berbunyi. Yang paling la aku tak boleh lupa. TIba-tiba ada call dari stesen radio BERNAMA!! (ni ramai tak tahu, hanya aku, stesen BERNAMA, ayah aku dan pendengar radio masa tu).
Rupa-rupanya ayah aku call stesen radio suruh call aku,
'helo en Hafiz,saya terima call dari ayah awak yang katanya di indonesia baru sahaja ada gempa, betul ke?kejap lagi En hafidz live on air yek'
berdebar aku kejap..
'ye betul'
'boleh beritahu keadaan di sana?'
aku pun beritahu, 'mengikut kata kawan saya...blah blah blah..'
stesen radio tanya..' eh? En hafidz tak terasa gempa ke? gempa tu jadi di mana?'
aku pun beritahu..'gempa terjadi di sumatera..'
stesen radio tanya lagi..'jauh ke sumatera dengan tempat En hafidz?'
'BEZA PULAU...'aku jawab..
diam kejap..aku rasa diorang conpius..hehe
Itu lawaknya masa tu, tapi dapat jugak aku terang dengan berkat berita kat tv masa tuh.huhu.
Aku selalu update dengan mereka hinggalah mereka selamat sampai ke malaysia keesokan harinya.. Naik Hercules..aku nak jugak!!!!
Macam tu lah...itu dua isu besar yang ada tahun lepas..ini pun dah panjang lebar aku tulis...Penat semua nak baca..Jadi berharap untuk tahun ke depannya agar mahasiswa kita di sini tidak ada lagi masalah seperti ini. Biarlah kami hidup aman dan tenteram tanpa apa-apa masalah sampai lah kami balik malaysia..
AMIN!!!!!
Sekian...
Comments (0)
Post a Comment