VVIP BLOG INI

Pemandu Teksi di New York Pun Boleh Bersikap Jujur, Kita...?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/13/2010 11:25:00 pm

Salam,

Setelah berempas-pulas dengan belajar dan macam-macam lagi tanggungjawab aku yang aku kena uruskan di Indonesia, akhirnya pulang juga aku ke Malaysia..YEAY!!!!

Walaupun dapat cuti 10 hari, tapi dah cukup dah tu, kalau lama-lama sangat kompem bosan duduk kat umah..bila dah lelama terperap di rumah tangan kaki ni mula lah gatal-gatal nak buat sesuatu..hahaha...

Banyak yang aku nak buat bila balik Malaysia, jumpa family, si DIA, member lama dan yang paling aku tak tahan sekali...MAKANAN MALAYSIA!!



GEMUK




GEMUK




GEMUK!!!!


Ahhh..persetankan..naik la badan sikit pun tak pe, asal dapat mentakedarah makan semua makanan yang ada di Malaysia ni.

Tak tahan asyik makan makanan Indonesia, tak larat nak telan.. Memanglah Malaysia ni HEAVEN MAKANAN SEDUNIA!! Patut sesape yang tinggal di Malaysia ni kena la bersyukur makanan yang ada..huhu

Satu lagi yang aku suka bila aku balik ke Malaysia..aku suka bukak Berita BERNAMA dan AWANI, memang aku duduk la depan tv nak dengar berita-berita terkini dalam dan luar negara.

Dan tadi aku dapat tengok satu berita yang menarik di berita AWANI. Macam mana seorang pemandu teksi yang JUJUR di New York telah memberikan kembali wang yang tertinggal di dalam kereta dia waktu itu.

Di bawah adalah artikel yang dikeluarkan :

***********************************************************




Honest New York cabbie drove 240 miles to return £13,000 left in his taxi by elderly tourist on Christmas Eve

When an Italian grandmother accidentally left $21,000 (£13,000) cash in the back of a New York taxi, police said she should not get her hopes up.

Felicia Lettieri thought she had ruined her family's Christmas and her visit to America when she lost the money on December 24.

But cab driver Mukul Asaduzzaman had other ideas after he discovered an address in Mrs Lettieri's handbag.

'So kind': Taxi driver Mukul Asaduzzaman twice drove hours out of his way to return over £13,000 left in the back of his cab


















Cab driver Mukul Asaduzzaman drove to Patchogue twice on Christmas Eve after he found $21,000 in cash
The 28-year-old thought nothing of driving 60 miles to a house in the Long Island town of Patchogue.

When he discovered that no-one was home, Asaduzzaman left his mobile phone number and a note that said: 'Don't worry, Felicia... I'll keep it safe.'

The cab driver - a medical student from Queens, New York - returned to Manhattan but drove back to Long Island later that evening after Mrs Lettieri's relatives called.

Recalling the moment the 72-year-old discovered her loss, her sister Francesca Lettieri said: 'Everybody said, "This is New York. Forget about it. You lost everything".

Mr Asaduzzaman, who is originally from Bangladesh, even refused to accept a reward.
He told the New York Post: 'When I was five years old my mother told me, "Be honest, work hard and you will raise your station".'

'If it wasn't for him, it would be a miserable vacation,' said Francesca Lettieri. 'We really love what he did.


'

















Mrs Lettieri was in the U.S. visiting relatives and was carrying cash for the whole family.
She has now returned home to Italy.


*************************************************

Kenapa aku tertarik dengan artikel ni? Kalau dulu selalu orang cakap macam-macam benda buruk mengenai orang-orang yang tinggal di US. Habes segala caci-maki dan nama jolokan yang kita bagi, tapi kisah di atas menunjukkan sebaliknya..

Memang betul lah memang kes-kes jenayah di sana berlambak-lambak..tak payah nak kira, buat penat, tapi TAK SEMUA macam tu dan Asaduzzaman adalah salah seorang daripada orang itu.

Nenek punyalah nak bagi ganjaran kepada dia, dia tolak!! Dia ada kata yang penting dia nak nenek tu bahagia dan yang paling aku terharu sekali dia nak MAK dia berasa BANGGA dengan perbuatan baik yang dia dah buat..WOW!!!

Aku terpikir balik, kita ni orang Asia, lagi la pulak orang Melayu, habes kita canang kepada dunia bahawa betapa kita orang Melayu dan orang Malaysia mempunyai budi pekerti adab sopan yang tinggi?

BETUL KE?

ATAU HANYALAH SATU DAKYAH DAN RETORIK SEMATA?

Kalau lah kita berada di tempat Asaduzzaman ni, dapat pulak durian runtuh orang tinggal duit dalam kereta kita, sanggup tak kita pulangkan balik? Dah la dia bawak sampai 60 batu semata-mata nak pulangkan balik duit tu!!

Tak payah la banyak-banyak.. 50 ringgit pun dah cukup..belum sempat orang tu tutup pintu rapat dah chow laju-laju..betul tak? Tak payah nak gebang le..kalau aku pun mungkin buat macam tu jugak..huhu

Bangga aku bila baca berita ni, walaupun dia orang Islam yang ada di US, tapi Islam dia tak pulak tercemar macam yang kita sangkakan

Aku sedih tengok orang kita, walaupun BUKAN SEMUA tapi kadang-kadang aku tengok dah makin HILANG adab sopan,

ADAB DENGAN ORANG TUA

SOPAN DENGAN GURU

TERTIB DENGAN RAKAN TAULAN

Semua tu aku lihat dah makin tak dijaga

Ni aku ada lagi satu pengalaman, pernah aku tengah naik KTM, masa tu tengah KTM penuh, aku tengah berdiri, boleh tahan jugak lenguh kaki

Tiba-tiba aku terdengar orang marah-marah kat sebelah aku, aku paling lah muka, aku tengok ade dua orang remaja sedang marah seorang budak, aku ingat diorang member-member, tapi tenyata bukan.

Aku pandang lagi, napa pulak nak bising-bising dalam KTM yang tengah padat ni. Rupanya dia marah budak tu sebab budak tu pakai baju lambang naga, mungkin ada kena mengena dengan persatuan ke atau kumpulan yang dia join, kononnya hati panas la budak tu pakai baju cop naga tu, macam la cop naga tu diorang ada dapat pengesahan SIRIM atau ISO, takpun cop HALAL dari JAKIM kata lambang naga tu diorang je yang boleh pakai.

Dalam keretapi tu jugak dia suruh, sian aku tengok budak tu ketakutan, memanglah dia terpaksa bukak jugak baju.. Malu kena bukak depan khalayak ramai dah cite no. 100.. Tak bukak memang naya..

Yang paling aku heran, nak tahu apa yang orang-orang sekeliling tu respon??



BUAT BODOH JE!!!


Ada budak tengah kena gertak semua orang buat tak tahu, sebab nye mudah, sebab peristiwa tu tak ada kena mengena pun dengan diorang, kenapa perlu nak cari masalah?? Senang je pemikiran..

Aku geram jugak..tapi sama lah aku pun tak buat apa-apa..sampai sekarang aku masih menyesal dengan kejadian hari tu..apa pun aku tak buat nak bantu orang kita sendiri

Bayangkan kawan-kawan, kalau lah semua sekali bersatu hati nak tolong budak tu, tak kesah la gedeber mana pun dua remaja tadi, tak kesah lah orang yang nak tolong tu sume mamat-mamat nerd.. tapi kalau reramai pergi dan tempeleng jek remaja tu, tak ke diam dia? Melawan memang silap lah, belasah je reramai.. nak sangat kan tunjuk dia preman (gangster) kampung.

Itu lah kengkawan, jadi fikir-fikirkan lah.. adakah kita masih ada sifat adab sopan yang tinggi yang kita banggakan itu?

Kalau betul kita nak menjadi satu bangsa yang maju, bermaruah dan mempunyai tata susila yang tinggi, patutnya dari sekarang kita pupuk nilai-nilai yang baik tadi.

Jangan kita hilangkan IDENTITI yang telah nenek moyang corakkan untuk kita..itulah khazanah yang paling berharga yang patut kita JAGA dan PELIHARA.


KECEWA!!!

sekian...




Comments (2)

Rajin update blog ye skrg. bagus2.hehe.

Pemandu2 teksi yang jujur ni memang ramai. Kat sini (Indonesia) pun ramai. Kat Malaysia pun ada. Bersyukurla kalau dapat pemandu teksi yg mcm tu. Ikut taxi company tu jugak..kdg2 ada taxi company yg driver dorang 'teruk' beramai2. Sebab selalu duk borak sama2 ramai2 kot, perangai sume sama. Kalo barang hilang, then kite dtg tmpt dia mintak balik, dia siap mintak duit dulu baru nak bg balik brg tu, kalo tak, dia tak nak bagi balik. Siap ugut2 lagi, benda ni betul2 penah jadi kat mlaysia. Pastu kawan2 dia support kat blkg, kata itu memang procedure kat sini. Siap ckp "sape suruh tinggalkan barang, ni pun dah kira ok kami nak bagi balik, kami boleh buat diam je kalau kami nak"..

Tapi, benda ni berbalik pada pegangan agama jugak. Sejauh mana tamaknya seseorang tu utk 'curi' duit tu..kalau kita tahu dan takut pada Yang Maha Melihat..kita takkan MENCURI..walaupun rezeki tu dtg bak durian runtuh.

Tapi itulah..zmn skrg ramai org tak tak fikir mcm tu..mungkin KELALAIAN sementara..tahu tapi lupa dan lalai..kdg2 bila baca tulisan2 macam dlm post ni, mungkin boleh ingatkan balik org2 tak jujur mcm tu.

Itupun kalo hati mereka tak keras mcm batu..huhu..

"The cab driver - a medical student from Queens, New York"

medical student kat new york pun sempat jadi cab driver? gila lah.

si DIA? lalala :P

nice entry btw ;)