VVIP BLOG INI

Aku Kembali...

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/06/2011 05:06:00 pm

Salam,

Jika dihitung-hitung telah 8 bulan aku berhenti ber-blogging, mulanya kerana blogku dijangkiti virus, akhirnya kerana kesibukan dalam pelajaran dan juga kesibukan dalam memimpin persatuan akhirnya aku langsung berhenti. Mungkin otak ni dah berkarat kerana sudah lama tidak menulis, tetapi aku cuba untuk menulis lagi kerana menulis adalah minat aku.

Namun, mulai dari hari ini dan ke depannya, fokus utama penulisan aku bukan lagi mengenai isu politik negara. Mungkin akan aku sentuh sedikit, tetapi bukan seperti dulunya. 

Sekarang aku ingin menulis sepertimana dulunya aku membuat blog ini. Aku namakan blog ini sebagai ||Aku Pemikir|| kerana aku ingin MEMBENTANGKAN PEMIKIRAN aku, MEREVOLUSIKAN PEMIKIRAN dan MENTALITI para pembaca, memberikan pendapat menurut SUDUT PANDANG aku melihat apa yang terjadi di sekeliling, memberikan ASPIRASI kepada sesiapa yang membaca blog ini, menguatkan SEMANGAT JUANG kepada pembaca yang mula luntur semangatnya, itulah apa yang aku fikirkan apabila aku membuat keputusan menjadi blogger. Aku tahu sudah ianya bukanlah artikel yang popular dan seronok dibaca, akan tetapi inilah aku.

Tidak dinafikan aku suka untuk memberikan pendapat dalam isu semasa, tetapi sepanjang aku menulis dahulu aku merasakan satu kekosongan dalam hati. Setelah aku berhenti dahulu, barulah aku tahu mengapa timbulnya kekosongan, kerana aku tidak menjadi aku. Oleh itu, tibalah sekarang aku mula menjadi aku kembali.

Maaf kepada pembaca yang pernah mengikuti blogku dulu setelah membaca artikel ini. Aku harap pembaca blog ini tidaklah berasa kecewa, mungkin kalian akan mendapat perspektif baru setelah membaca artikel-artikel aku ke depannya. Siapa tahu...

Sudah pasti kalian telah dapat banyak informasi mengenai isu semasa daripada blogger-blogger taiko lainnya. Mereka pun dah banyak memberikan pendapat dan pendedahan. 

Dan untuk artikel yang berkaitan politik lainnya telah pun aku buang, untuk aku mulai satu perjalanan baru dalam penulisan aku. Tidaklah aku seperti dulu yang menulis setiap hari. Jika ada ilhamnya akan aku tulis. Insyaallah apa yang aku tulis akan dapat manfaatnya untuk semua pembaca.....

Terima kasih sekali lagi buat mereka yang pernah membaca artikel aku selama ini...




AKU KEMBALI!!

Comments (6)

Ingat 'bini' tak kasi main blog dah..
hahaha..
Apapun, selamat kembali

hehe,
terima kasih..
:)

Selamat kembali...

terima kasih, saudara memang selalu melawat ke blog sy, sy sgt menghargainya, :)

welcome back Robocop!!hahaha.
selamat menulis..saya menunggu artikel2 dari anda.^^,

insyaallah buat yg terbaik seperti mana selalu nya saya buat dulu, jgn tidur lepas baca dah ler..
hehehe