VVIP BLOG INI

Untuk Lelaki: 6 Tips Untuk Mengekalkan Hubungan Sewaktu Berpasangan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/30/2011 09:50:00 pm

Salam,




Orang kata kalau berpasangan, kalau tak gaduh tu tak sah, mana boleh tak bergaduh, orang tua pun selalu sebut,' sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri'. Suami isteri pun selalu bergaduh, takkan lah pasangan-pasangan tak bergaduh, betul tak?

Bagi aku, dalam berpasangan, lelaki perlu memainkan peranan dalam mengekalkan hubungan. Wanita selalunya hanya follow jer. Jadi buat lelaki, anda yang harus bijak dalam mengharmonikan hubungan kalian.

Di sini ada beberapa tips buat kaum lelaki mengekalkan hubungan agar sentiasa baik dan bahagia berdasarkan pengalaman aku sendiri dan pembacaan. Mari dengar apa yang Dr. Cinta nak beritahu (self-claiming dr. love~~)


1. Say You Are Sorry!!

Ni perkataan yang paling susah lelaki nak sebut dalam berhubungan. Bukan sahaja dalam hubungan, dalam hidup pun sama. Lelaki ni ego nye super tinggi. Kalau dah nak minta maaf tu maksudnya jatuhlah air muka. Its just two words, but it's the hardest words to say.

Apabila berhadapan dengan konflik, tidak kira kita lelaki atau perempuan yang salah, tetap kitalah yang memulakan meminta maaf. Minta maaf itu bukan bermakna kita salah, tapi meminta maaf itu untuk menjernihkan keadaan. Apabila emosi sudah menguasai diri, cakaplah apa pun, nasihatlah macam manapun, pasti tidak akan didengari. Jadi untuk meredakan kemarahan, kita lelaki turunkan ego kita dan meminta maaf. Si dia itu bukan orang lain, orang yang kita sayangi juga kan?

Buat lelaki, berdepan dengan konflik, just say sorry!


2. Hey! Beralah lah!

Ini juga susah lelaki nak buat. Jika terjadi pertengkaran, sudah jadi sifat semulajadi lelaki untuk memenangi pertengkaran itu. Mereka tak akan mudah nak mengalah. 

Dalam hati lelaki, 'aku lelaki, aku tahu apa yang aku cakap ni betul, tak perlu nak bangkang, ko hanya perlu ikut je kata aku'.

Perempuan juga sama, 'asyik aku je yang mengalah, asyik cakap aku jek tak betul, ahh! aku tak kira, kali ni aku nak dia sedar apa yang dia cakap itu tak semuanya betul!"

Jika keadaan ini terjadi, siapa yang patut beralah? Jawapan mudah, LELAKI!

Mempertahankan argumentasi masing-masing sehingga menyebabkan keretakan dalam hubungan itu tidak baik. Dalam situasi ini, lelaki perlu mengambil inisiatif untuk beralah. Tunjukkan kepada pasangan anda yang anda mampu untuk beralah. Tak macho kalau beralah? Cuba tanya pasangan anda, adakah macho atau tak jika anda beralah demi pasangan anda.


3. Liar! Liar! Liar!

Ini perangai lelaki yang paling tidak disukai wanita. Lelaki suka mencari helah untuk mengelak dari pasangannya jika ada perkara yang mereka mahu sembunyikan atau ada urusan yang lain. Ada juga lelaki terpaksa menipu untuk mengekalkan hubungan mereka. 

Walau apapun alasan kalian, yang terbaik adalah be honest and tells the truth. Pasangan anda akan memahami anda dan bukan itu sahaja, mereka akan menyokong anda.

Cinta nya wanita kepada lelaki adalah berlandaskan KEPERCAYAAN. Jika sekali dua mungkin mereka masih boleh terima, tetapi jika buat selalu percaya mereka kepada lelaki akan berkurang dan ini akan menjadi penyebab putusnya satu-satu hubungan.


4. Perkara remeh? Ignore!!

Selalu pasangan akan mula bergaduh kerana perkara-perkara yang remeh. Contohnya, hari ini nak ke mana? malam ini nak makan apa? warna kesukaan saya tak sama dengan awak, marah sebab lewat hanya 15-20 minit, saya suka kucing kenapa awak tak suka? awak harus ingat my birthday, our annyversay dan our 1st time couple! tak tau siap!

Boleh jika nak berdebat sikit-sikit, sengaja nak menghangatkan hubungan yang sudah lama sejuk nih, akan tetapi terlalu berbicara mengenai perkara-perkara remeh akan menyebabkan pergaduhan yang lebih besar berlaku.

Setakat pemerhatian aku sendiri, banyak pasangan bergaduh kerana perkara kecil, bukannya isu besar sangat. Mula-mula saja nak main-main. Lama-lama meletupp dan menjadi tak terkawal.

Lelaki yang kena berbuat sesuatu. Kita yang harus menjelaskan bahawa perkara remeh seperti itu tidak harus menjadi menjadi isu dalam berhubungan. 

Fahamkan mereka yang dalam hubungan ini masih banyak lagi cabaran lebih berat untuk kita fikirkan, bagaimana kondisi ekonomi kita waktu hadapan, bagaimana mahu mengekalkan hubungan dengan mertua, jika sudah berkahwin bagaimana dengan anak-anak kita dan yang paling penting bagaimanakah kehidupan beragama kita?

Bila pasangan memahami perkara di atas, mereka akan sedar bahawa, perkara remeh itu adalah perkara yang tak perlu langsung dipanjangkan. Banyak perkara lain yang perlu kita bincangkan untuk masa hadapan.


5.  Mr Fix- It

Term ini aku ambil dari buku yang sangat aku suka yang membicarakan mengenai hubungan antara lelaki dan wanita. 'Man Are From Mars and Women Are From Venus' karangan John Gray.

Dalam satu-satu perhubungan, lelaki suka menjadi orang yang menyelesaikan masalah termasuklah masalah yang dihadapi pasangan wanitanya. Mereka menganggap apabila pasangan mereka bercerita mengenai masalah seharian mereka, mereka perlukan jalan penyelesaian. 

Itu sangat tidak benar dan membuktikan lelaki tidak memahami wanita sama sekali. Apabila wanita bercerita tentang masalah mereka, mereka mahukan cerita mereka didengari. Mereka tidak perlukan lelaki memberikan jalan penyelesaian buat mereka. Yang penting apa yang sedang terbuku dalam hati mereka dapat mereka lepaskan.

Susah bagi lelaki untuk menjadi pendengar yang baik. Jadi mulai sekarang, lelaki perlu berlatih menjadi pendengar bukan pemecah masalah. fahami pasangan kalian yang hanya mahu didengari. Dengar apa yang mereka ingin luahkan dan jika mereka meminta penyelesaian maka waktu itu baru kita berikan . Jangan belum sempat mereka selesai bercerita lelaki dah mula nak bercakap apa yang mereka perlu lakukan.





6. Apa Matlamat Dalam Berhubungan?

Akhir sekali, ingin saya tanyakan kepada lelaki yang ingin berpasangan sebelum menikah, apa matlamat anda untuk berpasangan? Adakah kerana lihat trend orang lain ada teman wanita maka kita juga nak teman wanita juga? Atau untuk mengisi masa lapang? atau untuk bermain-main? atau sebenarnya untuk menyiapkan diri sendiri dan pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Jika niat lelaki selain untuk berkahwin, aku sarankan lupakan sahaja niat untuk berpasangan. Hubungan itu hanya mendatangkan lebih banyak buruk dari baik. Lagi bagus tumpukan pada pelajaran atau karier kalian. Jika dah sampai seru nanti berhubungan dan terus menikah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah sahaja tips-tips dari Dr. Cinta (self-claiming again..). Harap dapat membantu para lelaki untuk menjadi teman lelaki yang lebih baik. Lelaki yang memegang kendala dalam hubungan jadi seharusnya lelaki perlu lebih bijak dalam menyelesaikan apa sahaja masalah yang terjadi. Cubalah terlebih dahulu, jika berkesan beritahulah ye..selamat mencuba!


p/s: for my querida? me doing this also right?  he he he

Love From Bandung~~



 Kredit to my querida for those two pictures..:)

Comments (0)