Budaya Berterima Kasih
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Artikel | Posted on 4/12/2011 07:47:00 pm
Salam,
Pernah suatu malam aku makan bersama teman-teman di satu restoran yang agak terkenal di Bandung. Setelah selesai berbual kerana lama tidak bertemu kami beransur pulang, Dalam perjalanan menuju keluar dari restoran, nampak pekerja yang agak segak bersuit memandang kami. Dia senyum dan mengucapkan terima kasih.
"Ah, mungkin sebab dia ni manager memang lah tugas dia ucap terima kasih, taktik meniaga jek tu" bisik aku dalam hati.
Akan tetapi, rupa-rupanya bukan dia sahaja yang mengucapkan terima kasih kepada kami, pelayan, tukang masak sehingga penjaga pintu pun sama menuturkan senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi datang makan di restoran mereka. Timbul rasa kagum aku terhadap mereka.

Kejadian ini bukan kali pertama aku rasakan di Bandung. Sebagai contoh, setiap kali aku ke bank, pengawal keselamatan akan membukakan pintu untuk aku, senyum dan mengucapkan selamat untuk aku. Bukan itu sahaja, mereka sehinggakan bertanya apa urusanku datang ke bank dan membantu aku untuk memudahkan kerja. Kalau ikutkan, itu bukanlah lingkup tugas mereka, tapi mereka senang sekali untuk membantu tanpa rasa dipaksa. Setelah selesai urusanku, mereka membukakan pintu dan mengucapkan terima kasih kerana datang ke bank mereka.
Adakah mereka mendapat apa-apa keuntungan dari pengurus bank atau mendapat tips dari pelanggan? Aku tak rasa begitu, tetapi mereka membentuk BUDAYA itu dalam diri mereka.
Bagaimana dengan kita rakyat Malaysia? Adakah kita mahu kalah dengan rakyat di sini? Cuba kalian fikir, adakah pernah sehari-hari hidup kita, apabila ada yang menghulurkan bantuan atau apabila ada pelanggan datang kepada kita, pernahkah kita dengan tulus mengucapkan terima kasih?
Satu kejadian yang pernah aku lalui di negara sendiri. Mungkin ini adalah kejadian terpencil dan aku harap ini bukanlah melambangkan sikap rakyat kita.
Pernah aku ke satu daerah yang pertama kali aku jejakkan kaki aku untuk menghadiri satu pertemuan. Berhenti sebentar di bandar untuk fotokopi dokumen, setelah selesai bukan sahaja pak cik tidak mengucapkan terima kasih tetapi menyuruh aku menyusun dan staples sendiri kertas tersebut.
Betapa kecewanya aku bila melihat pak cik itu bersikap...
Adakah kerana kita ini tinggal di negara yang serba serbi ada semuanya? Atau adakah kita tidak pernah menghargai orang yang datang kepada kita? Dan adakah susah untuk mengucapkan TERIMA KASIH?
Yang pasti aku senang melihat masyarakat di Bandung, setelah 5 tahun aku di sini aku dapati banyak kualiti mereka yang baik untuk diterapkan dalam diri. Kadang-kadang aku malu terhadap diri sendiri kerana suatu ketika dahulu aku memandang rendah kepada mereka. Merasakan diri sendiri itu lebih baik tetapi jangkaan aku selama ini meleset. Aku telah mula menghargai mereka.
Tidaklah aku membuat asumsi yang semua rakyat kita begitu, aku yakin banyak yang baik. Akan tetapi mungkin tiba waktu untuk semua rakyat kita sedar bahawa negara kita selalu mewar-warkan yang rakyat kita terkenal dengan kesopanan dan keramahan tetapi realitinya?

Mari kita bentuk BUDAYA BERTERIMA KASIH. Orang Jepun dan Korea menundukkan kepala mereka sebagai tanda terima kasih. Nampak seperti mereka lemah tetapi lihatlah sekarang, negara Asia mana sekarang yang maju pembangunannya? Jadi, adakah rugi untuk BERTERIMA KASIH?
Tidak sedikitpun...
Hey - I am certainly happy to find this. Good job!
eh setuju ^^
terima kasih, :)
Tuan penulis,
Mohon copy untuk general sharing.
Terima kasih banyak2.