VVIP BLOG INI

A Doctor In The House: Karya Karangan Pemimpin Lagenda,Tun Mahathir

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/16/2011 11:33:00 pm

Salam,




Baru sahaja aku mendapat daripada temanku sebuah buku yang telah lama aku tunggu untuk aku baca iaitu  karya karangan Tun Mahathir, 'A Doctor In The House'. Maklumlah tinggal di luar negara, nak beli memang tak dapat. Kebetulan seorang rakan aku membeli buku tersebut di Malaysia dan dia berbaik hati untuk beri pinjam kepada aku untuk aku baca kerana tahu aku memang dah lama teringin nak baca. Terima kasih Khalis serta isteri yang membeli Syamimi.

Apa yang aku harapkan dalam aku membaca buku karangan beliau adalah aku ingin tahu bagaimana bentuk pemikiran Tun M. Aku banyak dengar kata orang tentang beliau dan sekarang inilah peluang untuk aku tahu sendiri bagaimana pola fikir beliau melalui penulisannya. Nak tahu adakah seorang doktor mampu untuk berfikir taktik dan strategi politik sama hebatnya dengan orang dari lepasan jurusan lain.

Semoga buku ini bermanfaat untuk aku..


p/s: Tahniah kepada BN yang telah mendapat undi 2/3 dalam PRN Sarawak sebentar tadi. Dengarlah apa yang rakyat keluhkan dan buat sehabis baik untuk rayat. Itu sebab mengapa kita dipilih

Comments (0)