VVIP BLOG INI

Equality or Fairly?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/22/2011 07:03:00 pm

Salam,

Ingin aku memberikan beberapa situasi kepada semua pembaca dan aku ingin pembaca berfikir untuk mencari jawapan untuk setiap situasi

Situasi 1:

Seorang ayah mempunyai dua orang anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Ayahnya ingin membelikan baju untuk kedua anak tersebut. Adakah perlu ayah membelikan baju yang sama jenama, sama saiz dan sama warna atas alasan takut keduanya saling berbalah ataupun membeli baju mengikut kesesuaian jantina masing-masing?


Situasi 2:

Seorang ibu memperuntukkan RM10 sehari untuk perbelanjaan sekolah anaknya. Ibu mempunyai dua orang anak lelaki, seorang belajar di sekolah menengah dan seorang lagi sekolah rendah. Adakah ibu perlu membahagikan wang itu sama rata atau diutamakan anak yang lebih dewasa kerana dia yang lebih memerlukan wang daripada anak sekolah rendah?

Situasi 3:

Kerajaan mempunyai tender bernilai  RM1 juta untuk tender membuat jalan raya dan ingin dipecahkan tender tersebut kepada 20 bahagian. Sebanyak 20 kontraktor dari pelbagai gred dari gred A sampai E dipilih secara adil. Adakah kerajaan perlu membahagikan projek tersebut sama rata atau diberikan mengikut gred mereka kerana sudah pastilah gred yang lebih tinggi dari segi kemampuan, punya tenaga kerja yang banyak dan pengalaman yang lebih besar?



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk senario di atas tadi apakah jawapan pembaca? Adakah si ayah perlu memberi baju lelaki untuk anak perempuannya kerana nak samakan baju yang dibelikan untuk anak lelakinya? Atau ibu terpaksa berikan wang RM5 kepada anak yang masih lagi sekolah rendah kerana takut anaknya itu makan hati dan memberontak? Atau kerajaan kena bagi berikan juga proporsi tender yang sama kepada kontraktor gred E kerana takut dikatakan pilih kroni?

Sudah pasti pembaca akan bersetuju dengan aku bila aku mengatakan setiap perhitungan yang dibuat perlu memikirkan situasi dan kondisi.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contoh seperti si ayah tadi, keadilan seorang ayah apabila beliau membelikan baju kepada si anak perempuannya tadi sesuai dengan jantina anak perempuannya itu walaupun si anak lelaki tadi marah adik perempuannya mendapat baju yang lebih cantik dan berwarna warni darinya. Di sini dapatlah konklusikan bahawa keadilan bukan MEMUASKAN hati semua pihak tetapi MEMBUAT KEPUTUSAN terbaik untuk mereka dan orang lain.

Teringat mengenai satu isu mengenai satu organisasi yang memperjuangkan kesamarataan antara gender. Adalah satu ketidakadilan bagi mereka apabila lelaki diberikan lebih dari keutamaan dari perempuan sedangkan hakikatnya sekarang wanita lebih berjaya dari laki-aki

Dalam Islam, sebagai contoh, apabila melaksanakan solat berjemaah, saf di depan adalah untuk ikhwan dan belakang untuk para akhwat. Jika konsep kesamarataan digunakan dalam Islam, maka perempuan boleh duduk sama saf bersama lelaki. Mengapa tidak demikian? Adakah Allah tidak adil? Bukankah Allah Maha Adil?

Realita di negara kita, banyak pihak yang cuba membangkitkan konsep kesamarataan. Mereka menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan mereka juga merasa sama apa yang lain rasa. Aku tetap berpegang dengan konsep keadilan, kerana perlu mereka ingat apa yang mereka mahukan bermakna mereka perlu memijak orang lain untuk mencapainya. Dan kadang-kala orang yang mereka pijak itu jauh lebih berhak untuk mendapatkannya.

Comments (4)

Salam,

Added your blog in my list kindly reciprocate http://mamuwed.blogspot.com

added already

thx

Salam sejahtera,

Saya sudah link-kan blog Tuan di blog-blog saya, di bawah "Return Honour List".

Mohon Tuan link-kan juga blog-blog saya di blogroll Tuan.

http://kennvoices.blogspot.com

http://tersenarai.blogspot.com

Terima kasih.

Selamat kembali ke dunia blog.

Salam Sejahtera.

kenn: sudah di linkkan,

terima kasih ya