Bersederhanalah
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Pemikiran | Posted on 4/14/2011 07:52:00 pm
Salam,
Sudah menjadi lumrah manusia untuk CENDERUNG kepada satu-satu perkara. Tidak kira dalam hal keagamaaan, kepimpinan dan sebagainya.
Yang dapat aku perhatikan, dari kecenderungan terhadap sesuatu perkara akan beralih menjadi memihak dan kadang-kala manusia BERLEBIH-LEBIHAN dalam MEMIHAK.
Pantang keturunan tujuh petala langit dan bumi jika ada sesiapa yang cuba untuk mengganggu gugat kepercayaan mereka terhadap sesuatu. Beranilah membuka mulut pasti dipangkas dengan hebatnya, emosi pun terpancing, nafsu menguasai diri dan akal dibenam ke dalam lubuk yang dalam. Keluarlah kata-kata kesat dan maki hamun yang tidak enak didengar hingga yang melihat perbualan antara mereka termanggu-manggu dan bertanya apa sebab yang kemarahan tu meluak-luak?
Aku mengambil contoh yang agak moderat iaitu dalam soal kepimpinan negara. Boleh-boleh sahaja jika kita mahu menyokong mana-mana pemimpin. Setelah kita melihat kepada idealisme, keperibadian dan gerak kerja dan kita yakin mereka mampu menjadi pemimpin yang baik, silakan menyokong.
Yang menjadi kehairanan aku, apabila mereka terlalu menyokong sesetengah pemimpin, hinggakan mereka menolak pendapat orang lain mengenai pemimpin tersebut. Dan kerana sokongan yang tak berbelah bahagi untuk pemimpin yang disayangi mereka, mana-mana yang menjadi pihak lawan pemimpin tersebut adalah musuh nemesis mereka.
Ironinya, pemimpin yang mereka sokong itu TIDAK SEKALI MENGENALI MEREKA. Jangankan kenal nama, muka pun mereka tak pernah lihat, tapi mereka menyokongnya separuh mati. Bukankah itu suatu hal yang ANEH dan LUCU? Siang malam menyokong sini sana tapi apa hasilnya untuk kita?
Dan yang lebih parah lagi, gara-gara hal ini, HUBUNGAN antara teman yang telah lama terjalin menjadi RENGGANG. Dulu boleh ketawa dan bermain bersama, sekarang bertegang leher dalam mempertahankan pemimpin mereka itu.
Adakah kita langsung tidak boleh menyokong?
Jawapannya TIDAK. Boleh sahaja kita menyokong pemimpin yang kita mahu. Setelah melihat segala aspek, menjadi HAK kita untuk MENYOKONG. Akan tetapi, BERSEDERHANALAH.
Mereka pemimpin bukanlah MAKSUM akan tetapi manusia biasa. Pasti ada salahnya sini sana. Jangan setelah kita mendengar pendapat orang lain tetap kita tolak mentah-mentah tanpa kita sendiri menyiasat perkara tersebut. Kita nilai mereka secara keseluruhan, dan kita juga harus ADIL dalam menilai pihak yang satu lagi. Tidak semestinya apa yang dilakukan oleh pemimpin ini SEMUANYA BENAR dan pemimpin yang satu lagi SEMUANYA SALAH. Itu asas yang harus kita fahami terlebih dahulu.
Jika ada yang menayakan aku mana yang lebih aku utamakan, KESATUAN, PERPADUAN dan UKHWAH antara kita ataupun MEREKA PEMIMPIN yang LANGSUNG TAK MENGENALI kita..
AKU MEMILIH KESATUAN....
Comments (0)
Post a Comment