VVIP BLOG INI

Perspektif: Hikayat Si Badak Sumbu

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/17/2011 07:18:00 pm

Salam,

Diceritakan pada waktu itu terdapatnya seorang Syeikh yang sangat alim dan banyak ilmunya.Syeikh tersebut mempunyai lima orang anak murid yang belajar dengannya. Satu hari Syeikh itu ingin menguji anak muridnya itu.

"Pergilah antum semua di hujung kampung, di situ antum akan melihat satu kandang, kecil dan tinggi kandang tersebut. Lihatlah di dalam kandang tersebut, ada seekor binatang di dalamnya, cubalah antum semua menggambarkan binatang kepada ana setelah itu"

Maka beramai-ramailah mereka ke hujung kampung untuk melihat binatang tersebut.

Di sana mereka melihat kandang tersebut. Cukup kecil dan ditutupi dengan kayu-kayu, atasnya terbuka tetapi tinggi, tidak dapat untuk mencapainya. Satu-satunya cara bagi mereka untuk melihat adalah dengan lubang-lubang kecil antara kayu tersebut.

Setelah semuanya melihat, maka semuanya pergi bertemu Syeikh. Syeikh menyuruh mereka menggambarkan binatang itu kepada beliau.

Anak murid 1: "Ana melihat binatang ini mempunya buntut yang sangat besar, ekornya pula kontot"

Anak murid 2: "Yang ana pula lihat, binatang ini punya kaki yang sangat besar dan pendek"

Anak murid 3: "Eh? betul ke antum semua ni, ana pula lihat binatang ini punya tanduk di hidung"

Anak murid 4: "Antum semua salah, yang benarnya binatang ini punya perut yang besar"

Anak murid yang kelima mendiamkan diri. Lalu Syeikh bertanya kepada kepada keempat pemuda yang telah menjawab. " Siapa yang boleh beritahu ana, apakah nama binatang ini?"

Semua mereka diam kerana tidak dapat menjawab soalan Syeikh itu. Syeikh memandang anak muridnya yang kelima, " Anta pula nampaknya bagaimana?"

Pemuda kelima menjawab,"Maaf Syeikh, tadi ana sepertinya agak menipu sedikit, ana memanjat sebuat pokok untuk melihat binatang tersebut, yang ana dapat lihat, binatang itu punya muka yang agak lonjong, di hidungnya terdapat tanduk, badannya agak gemuk, kakinya agak pendek, buntutnya besar dan ekornya kontot. Warna kulit binatang ini pula agak kecoklatan. Ana pernah melihat binatang ini, namanya badak sumbu Syeikh"

Syeikh tersenyum seraya berkata, " Siapa kata anta menipu? Ada ana beritahu yang tak boleh panjat pokok?"

Syeikh kemudian berkata, " Itulah dia wahai anak-anakku, di dalam Islam juga begitu. Untuk setiap sesuatu perkara, mereka melihatnya dengan sudut pandang yang berbeza. Sepertilah antum semua tadi, anggaplah kita bercerita mengenai badak sumbu, ada yang lihat badak sumbu itu hanya di ekornya, ada yang melihat badannya dan ada juga yang melihat kepalanya sahaja. Tidak banyak yang cuba untuk melihat badak sumbu itu secara keseluruhannya. Sebab itulah dalam sesuatu perkara, kita akan mendengar banyak PENDAPAT yang BERBEZA"




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah sedikit nukilan cerita yang aku reka sendiri (harap ceritanya logik...huhu). Begitulah rakan-rakan, dalam satu-satu isu yang dibahaskan, kita akan melihat banyak pendapat-pendapat kerana cara mereka MELIHAT isu tersebut adalah dengan SUDUT PANDANG dan PERSPEKTIF yang BERBEZA.

Dan tidak sedikit dari mereka tetap dengan PERSPEKTIF mereka dan tidak mahu mendengarkan perspektif orang lain. Adakah kerana adanya kepentingan peribadi atau politik ataupun memang sikapnya itu memang degil sejak azali, wallahualam.

Dan setiap PERSPEKTIF ini akan menimbulkan dampak yang berbeda. Ada yang baik dan ada yang buruk. Sebagai contoh, di tangan aku punya BOTOL UBAT. Kalau tengok bahagian depan, di situ tercatit jenis ubat dan berapa kali dalam sehari untuk makan. maka kita legalah kerana ubat ini mampu menyembuhkan. 

Jika kita melihat label di belakang, penuh dengan tanda amaran dan kesan samping yang akan terjadi kalau kita tetap nak makan. Maka kita akan menjadi takut dan terus membuang ubat tersebut.

Pendapat aku, sebelum kita melihat sesuatu perkara, KELUAR dari KEPOMPONG PERMASALAHAN dan LIHAT secara keseluruhannya dahulu. 

Kita ambil kembali contoh BOTOL UBAT tadi, jika kita lihat depan dan belakang, barulah kita memahami ubat ini mampu menyembuhkan dan jika kita memakan ubat tersebut perlu berhati-hati kerana kemungkinan akan menimbulkan kesan samping jika kita salah menggunakan atau terlebih memakannya.

KEMATANGAN adalah bagi sesiapa yang mampu untuk melihat sesuatu perkara secara KESELURUHAN. Dan setelah lihat semuanya, berilah pendapat anda dan Insyaallah itulah pendapat yang terbaik di antara semua pendapat.


Comments (2)

Ya sheikh..betul ka hang reka..saya rasa pernah terbaca dah cerita ini...lama dah..apa-apa pun gua setuju dengan pendapat ini..

ada yang hampir sama, diubahsuai cerita itu dan menukil dengan sesedap rasa..hehehe

terima kasih..:)