BRIPTU Norman: Dari Seorang Polisi Kepada Artis Fenomenal Bollywood
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Indonesia | Posted on 4/23/2011 11:08:00 pm
Salam,
Siapa yang tidak mengenali BRIPTU Norman Kamaru di Indonesia sekarang ni, seorang anggota BRIMOB (polis) yang secara tidak sengaja telah menjadi artis instan apabila mengupload video di You Tube. Di dalam video yang dirakamnya, dia menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Shah Rukh Khan- Chaiyya Chaiyya
Walaupun niat sebenar BRIPTU Norman hanyalah untuk mengubati hati rakannya yang jelas di dalam video itu sedang bad mood (mungkin sedang bergaduh dengan cewe nya..he he), dia sendiri tidak menyangka yang video yang di upload di dalam You Tube itu telah tersebar luas.
Yang menjadi keunikannya adalah gerak tariannya dan kemampuan menghafal lagu hindi tersebut. Di dalam masyarakat kita yang ada kaum India, ini adalah perkara biasa, tapi jika di sini berlainan. Dapat menyanyikan dan menari tarian India adalah perkara yang mengagumkan. Lucunya lagi, dia dikaitkan dengan Shah Rukh Khan, muka ada iras-iras pelakon terkenal Bollywood tu (entah la yer..)
Menariknya di sini, POLRI (Polis Indonesia) menggunakan peluang ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa polis juga bukanlah seperti yang mereka sangka. Mereka naikkan BRIPTU Norman menjadi ikon pihak polis untuk membersihkan prasangka rakyat terhadap polis.
Sekarang hampir setiap hari BRIPTU Norman muncul di kaca tv. Banyak show yang dia hadiri dan mendapat bayaran yang lumayan (ada yang kata satu show yang dia hadiri dapat Rp30 juta...).
Namun ada pihak yang meramalkan populariti Norman tidak akan kekal lama. Naik pun instan, turun juga begitu. Tak mengapalah, wang pun dah banyak dia kumpul, nothing to lose.
Siapa sangka hanya letakkan aksi anda di You Tube anda akan menjadi popular seperti itu...
Aksinya di You Tube
Ada samakah??
Di rancangan Bukan Empat Mata bersama Tukul
Comments (0)
Post a Comment