VVIP BLOG INI

BH: Sistem Kerja Doktor Tidak Teratur

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/13/2011 08:20:00 pm

Salam,

Masa kerja keterlaluan dengan tugasan banyak antara faktor bebanan ini. Cuba bayangkan seorang doktor yang oncall’ perlu ke hospital seawal jam 7 pagi, bertugas sehari suntuk, berjaga pada waktu malam sehingga pagi keesokannya dan kembali bekerja (post-call) sehingga petang.


Mereka bekerja selama 34 jam tanpa mempunyai rehat yang cukup. Bahkan bekerja di hampir setiap hari tanpa cuti minggu adalah norma biasa, ditambah lagi jika bekerja di hospital besar dan mempunyai ramai pesakit.....

Sambungan di Berita Harian [klik sini] 


Komen:

Aku tertarik dengan surat yang telah ditulis oleh seorang suami kepada doktor, izinkan aku untuk memberikan pendapat aku

Mengenai waktu kerja selama 34 jam termasuk on-call, memang perkara ini telah menjadi beban kepada semua doktor. Sudahlah waktu kerja terus-menerus, lagilah jika ada pesakit baru yang masuk tengah malam, nak kena menguruskan pesakit dari mula sehingga akhirnya.

Namun, saya ingin membetulkan sedikit pernyataan suami ini. Apa yang saya ketahui walaupun perlu on-call akan tetapi doktor masih diberikan waktu rehat setelah jam 12 pm, mereka akan membuat shift sesama sendiri dan mereka akan mendapat rehat selama 4 jam seorang. Dan memang benar pada hari-hari tertentu, kebetulan banyak pula pesakit yang masuk ward, maka mereka tidak dapat tidurnya, tapi kejadian ini tidaklah selalu berlaku. 

Dan ingin saya bertanya, apakah sebab mahu menjadi doktor? Bukankah sebelum mereka ingin mengambil profesi ini mereka telah tahu keadaan dan beban yang akan mereka tanggung? Adakah menjadi suatu alasan apabila telah mula berkeluarga dan punya anak?

Menjadi seorang doktor itu bukan se'glamor' dan seindah yang disangka. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Menjadi seorang doktor bukanlah boleh menjadi kaya seperti yang diimpikan. Jika ada pun hanya berapa peratus dari jumlah doktor yang ada. Doktor mengabdikan diri kepada masyarakat. Jika ada yang sakit maka kita bantu. Jangan sedikitpun rungutan dalam hati. Ikhlaskan diri dan mengharapkan keredhaan Ilahi.Inilah profesi suci yang mana kita dapat mencari rezeki sambil beramal tanpa perlu bersusah payah. Betapa mulia kerja seorang doktor.

Satu perkara yang menyedihkan aku adalah rakyat kita terlalu banyak mengeluh. Susah sedikit sahaja mula nak merungut dan menyalahkan orang lain. Di sini, residen kerja separuh mati. Jika doktor di Malaysia kerja 34 jam, mereka kerja lebih teruk dan lebih lama lagi. Belum termasuk perlu buat kertas kerja, tugasan-tugasan, thesis dan paling  menarik 'dibantai' oleh para doktor spesialis jika melakukan walau sedikitpun kesalahan.

On-call buat mereka bermaksud tiada waktu tidur, jika tidur pasti dimarahi. Kami pelajar praktikal juga punya on-call, dan kami juga telah dilatih untuk tidak tidur sewaktu on-call, jika dapatpun, bolehlah tidur 1-2jam. 

Residen di sini on-call dan bekerja tiada gaji malah kena lagi keluar duit sendiri. Kita di sana kerja dan on-call sekurang-kurangnya dapat RM4000. Masih lagi tidak bersyukur? Apa adakah kita mengharapkan apabila kita menjadi doktor rezeki datang mencurah-curah dan kerjanya senang? Jika itu mentaliti kalian, maka instrospeksi kembali diri, adakah kita layak untuk menjadi seorang doktor.

Ada kalanya, ingin sahaja aku berdoa agar kerajaan hantar lebih banyak lagi pelajar perubatan di sini. Biar mereka merasakan apa yang orang di sini rasakan. Menempuh segala kesusahan hidup tapi bibir masih lagi menuturkan senyuman. Jangan manja. Kita terlalu dimanjakan kerajaan. Jangan anggap kita ini doktor maka kita diberikan segala keistimewaan. Jika itu sekali lagi mentaliti kalian, maka fikir lagi sebelum anda jadi doktor. Jangan menyusahkan diri sendiri dan orang di sekitar kita...



Comments (6)

Sapa suroh ko jadi doktor..sape suroh ko kawin dengan doktor ???

Suroh je Bini ko yg jadi doktor tu berhenti kerja atau tukar kerja lain..BANYAK KEJA LAIN LAGI BOLEH PILIH ??

HABIS CERITA..ITULAH GATAL SANGAT NAK JADI DOKTOR..BANYAK SONGEH PULAK !!

Jangan bercakap seperti itu, memang dari kami di dalam profesi ini mempunyai keluhan yang sama seperti suami si isteri ini tadi

apa yang perlu kami dalam profesi inu lakukan adalah mengubah mentaliti, kerana ini adalah bidang yang mereka pilih, insyaallah jika mental kuat maka hal ini tidak akan menjadi isu lagi

Saya sudah berkhidmat lebih dari 6 tahun dibawah KKM dan ingin memberi sedikit pembetulan mengenai komen anda.

Apa yg anda buat pembetulan pada komen si suami tadi tidak benar sama sekali. Setakat saya bekerja di barat malah di timur, saya tidak pernah lagi jumpa doktor yg on call yg dapat rest setelah pukul 12 tgh
dan medapat rehat selamat 4 jam seorang. This is never happen. Saya tidak tahu jika ada certain department yg sgt relax dan berlebihan doktor untuk melakukan perkara sebegitu. As far as i am concern..that's never happened. I know because my job is dealing with many departments.

Mengenai byk pesakit dan tidak selalu berlaku..itu bergantung pada department mana anda berada.sekiranya ada berada di medical mungkin kerap berlaku terutamanya di GH. Jika department lain..mungkin ya..dan jika di anaesthesia department, most of the you have to work non stop for almost 24H. Kalau dapat tido 2-3 jam itu pun dah cukup bagus.

Bercakap mengenai masa seorang doktor,juga bergantung kepada department mana anda berada dan apakah level anda. Seorg HO atau seorang MO atau specialist?

Saya telah melalui kerja selama 40 H non stop..post call..kerja sampai pukul 8 malam...itu rutin ketika HO. Tapi keadaan itu mungkin sedikit berubah ketika anda MO, tapi ada masanya anda masih perlu bekerja 24j non stop.

Mmg mereka patut mengeluh kerana kita di malaysia..sebenarnya boleh mencari jalan penyelesaian. Akta buruh manakah yg membenarkan pekerja selama 36 jam non stop? Tambah lagi di malaysia kini jumlah HO terlalu ramai sehinggakan satu department mempunyai 40 orang HO! Kita ingin membaiki keadaan , bukanya terus menerus menjadikan perkara ini sebagai tradisi.

Kalau di malaysia, kita lihat..guru selalu diberikan kelebihan itu dan ini..kenapa tidak doktor juga? di kementerian lain, Umur semuda 28 tahun sudah boleh naik ke pangkat 48..kerja tidak sepenat doktor..
Perlu lagikah doktor mendiamkan diri?? Harap anda tidak berkata mereka ini suka mengeluh..kerana mereka memang perlu mengeluh sekiranya ini layanan kerajaan terhadap mereka. Satu perkara lagi..jika anda perhatikan..mereka yang melihat cold cases di out patient department, mendapat RM80/h dan kerja selama 4 jam sudah mendapat RM320. Tidak kesiankan pada doktor yg on call, kerja selama 24jam..handle kes2 yg teruk tapi hanya mendapat RM 150/24H??

Pendapat saya..tidak salah mereka mengeluh...kerana kita di Malaysia..kita perlu berubah, bukan berada di takat yg sama..

Berubah yang boleh membawa kebaikan untuk semua.

Terima kasih saudara atas komen saudara berikan, izinkan sy untuk mengomentari komen yang telah saudara berikan

1. mengenai waktu tidur doktor, adakah saudara rasa sy akan memberikan pernyataan seperti itu jika sy tidak buat home work utk menyiasat terlebih dahulu? sudah pasti sy telah bertanya kepada doktor yg ada di sana. seperti yg telah sy sebutkan juga bahawa memang jika pesakit mereka banyak akan kuranglah waktu tidur mereka tetapi bukan bermakna mereka tiada waktu rehat langsung. adakah pernyataan sy salah?

2. sy tertatik dengan akta buruh, harus diakui waktu kerja doktor agak melampau bagi mereka dr profesi lain melihat nya. tetapi soalan sy, ada mana-mana hospital di dunia ini menggunakan sistem syif seperti yg disarankan oleh suami tersebut? setahu sy tidak ada, kerana inilah profesi doktor, harus siap utk kerja lebih masa

3. sy juga tertarik dengan elaun on call yg saudara utarakan, dan setahu sy kerajaan dalam waktu mengkaji semula elaun tersebut kpd rm300

mnengapa sy begitu kritikal dalam hal ini? kerana sy menganggap profesi ini sgt mulia, profesi yg penuh ibadah di dalamnya. profesi ini bukan profesi utk mencari populariti dan kekayaan, tetapi membuat sehabis baik utk masyarakat.

dan sy direct dlm artikel ini kerana sy nak mengubah mentaliti doktor. profesi ini bukan sebarang orang masuk ke dalamnya. mereka yg mahu masuk ke profesi ini perlu tahu beban dan risiko, jika kekayaan yg mereka cari, pastilah ada di antara mereka yg mengeluh apabila kerjanya banyak. soalan sy, jika sudah tahu kerja doktor sebegini, mengapa memilih profesi ini?

pasti ramai yg tidak bersetuju dengan perspektif sy. dan mengapa sy perlu membandingkan doktor di malaysia dan indonesia. jika saudara ada kelapangan, datanglah di indonesia, mungkin sekurang2 nya saudara akan bersetuju dgn saya. they not only underpaid bahkan overwork.

gaji specialist di hospital kerajaan? tak sampai rm3000, tak percaya? boleh tanyakan kepada rakan2 di sini. residen? tak de gaji langsung. kerja? separuh mati

jika kurang gajinya menjadi permasalahan, maka sy menyeru kepada NGO di malaysia, perjuangkan isu ini, supaya kebajikan doktor terjaga, kerajaan akan mendengar suara kita jika kita sepakat.

namun, soalan sy lagi, setelah isu-isu underpaid ini selesai. masih tiadakah lagi suara-suara keluhan tersebut?

wallahualam

terima kasih sekali lagi atas komentar nya, sy sgt menghargai

haha...betul lah,..ada ke hospital yg santai macam tuh?aku tgk ho n mo kat melaka ni sume seybok je memanjang,.. nak pam susu untuk anak pun kena buat senyap2:p..n cepat2:p..
hahaa..nasib badan.. aku jugak yang nak keje ni,..
but i heard they r shifting to a new shift system,..ahaksss..mcm mana tu ya?aku dgr pioneer nya dkt temerloh,..ho sana dah start dah with d system,..ada org tau x?

salam.... kepada semua doktor dimalaysia... anda telah ditipu oleh kerajaan malaysia sebenarnya...kerja apa sampai 34 jam .. lepas tu expect tak leh buat salah... WTF!!!! aku sendiri sebagai doktor dah resign dari govermnet 5 bulan lepas... n now hidup happy...para menteri or VIP bukan amik kesah pun pasal korang.. ada bini ke suami ke.. diorang peduli haper... TAPI kalu buat salah dalam kerja mampus korang..kalu anak orang besar sakit diorang akan bawa pergi jumpa pakar kt swasta terus.. come on la.. pikir2 jangan jadi bodohlah..jom pakat resign biar mampus gov nak pikir macamnana nak selesaikan isu kerja 34 jam ... lembu pun boleh mampus kalu kerja dengan tempoh tersebut..sori bahasa kasar.. hanya doktor saja yang akan paham... orang lain sila baca sahaja..