Perkasakan Institusi Pusat Kesihatan Daerah
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Artikel | Posted on 4/18/2011 06:45:00 pm
Salam,
PETALING JAYA 17 April - Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa.
Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.
Bacaan selanjutnya di Utusan Malaysia [klik sini]
Syabas buat Kementerian Kesihatan kerana telah berjaya membuat satu kebijakan yang baru dalam usaha untuk menurunkan obesiti yang merupakan faktor risiko diabetes melitus yang juga merupakan antara penyakit tertinggi non-communicable disease di dalam negara sejak dini. Keputusan Kementerian Kesihatan itu adalah tepat dalam membuat screening dan prevention penyakit sejak awal dan pada waktu yang sama memberikan maklumat langsung kepada keluarga untuk bersama-sama kerajaan mencegah penyakit tidak menular ini daripada terus meningkat.
Walaupun baru seminggu aku di dalam Ilmu Kesihatan Masyarakat (IKM) / Public Health, ia telah banyak membuka mataku. Dalam IKM antara komponen yang terpenting adalah prevention dan promotion yang bermakna tugas mereka adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya kesihatan dan mempromosi masyarakat mengamalkan budaya hidup sihat.
Sedikit mengenai sistem kesihatan di sini, Mereka membahagi pelayanan kesihatan mereka kepada tiga iaitu primer, sekunder dan tetier. Antara pelayanan kesihatan primer adalah PUSKESMAS (Pusat Kesihatan Masyarakat) di bawahnya terdapat POSYANDU (Pusat Pelayanan Terpadu) dan POSBINDU. Pelayanan sekunder adalah hospital dan rujukan ke spesialis serta tetier mereka yang merujuk kepada sub-spesialis.
PUSKESMAS adalah HUJUNG TOMBAK pelayanan kesihatan untuk negara Indonesia. Meningkat atau tidak kesihatan masyarakat setempat sangat tergantung kepada gerak kerja petugas PUSKESMAS.
Malaysia juga setakat pengatahuan aku juga tidak kurang hebat dari segi struktur pelayanan kesihatan daerah. Pejabat Kesihatan Daerah sebagai tonggak, mengelolakan beberapa Klinik Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan Daerah menguruskan beberapa Klinik Desa.
Malaysia juga setakat pengatahuan aku juga tidak kurang hebat dari segi struktur pelayanan kesihatan daerah. Pejabat Kesihatan Daerah sebagai tonggak, mengelolakan beberapa Klinik Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan Daerah menguruskan beberapa Klinik Desa.
Sedikit perbedaan PUSKESMAS dan Pejabat Kesihatan Daerah adalah, PUSKESMAS bukan sahaja menjadi centre untuk mengumpulkan data epidemiologi penyakit di daerah, tetapi menjadi pusat rawatan untuk masyarakat terutama masyarakat miskin manakala Pejabat Kesihatan Daerah telah mengagihkan tugas kepada Klinik Kesihatan Daerah untuk menjalankan tugas merawat masyarakat yang sakit
Ada baik dan buruk di kedua-dua sistem. Tergantung keputusan kerajaan dan kementerian untuk mengguna pakai sistem yang mana. Semuanya baik tergantung kepada bagaimana mereka memaksimalkan sistem tersebut.
Namun sedikit cadangan daripada aku, selama yang aku pelajari di PUSKESMAS, beberapa program kerja mereka yang menarik perhatian, Program PUSKESMAS berlandaskan kepada Basic Six dan ini diselaraskan seluruh PUSKESMAS di seluruh Indonesia. Program Basic six itu adalah Promosi Kesihatan, Kesihatan Lingkungan, Kesihatan Ibu dan Anak serta Keluarga Berencana, Perbaikan Gizi Masyarakat, Pencegahan dan Peberantasan Penyakit Menular dan juga Pengobatan. Dan mereka juga punya Program Pengembangan dan Program Unggulan dan ia tergantung kepada PUSKESMAS itu sendiri memilih program yang bagaimana tergantung keadaan setempat.
Sebagai contoh dalam program perbaikan gizi masyarakat, aku ke sekolah rendah di desa dan kami memeriksa tumbuh kembang anak kecil dan juga BMI mereka. Dalam program kesihatan ibu dan anak, di bawah POSYANDU, kami ke kawasan terpencil dan bidan melakukan pemeriksaan ibu hamil. Program ini dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebulan di kawasan yang sama. Program-program seperti ini walaupun kecil tetapi BERMAKNA untuk masyarakat.
Inilah yang menjadi fokus artikel aku, untuk memperkasakan lagi sistem kesihatan daerah yang sangat penting ini, banyakkan lagi program screening, prevention dan promotion kepada masyarakat. walaupun program seperti ini berjalan namun perlu satu program yang berterusan untuk sentiasa mengingatkan mereka tentang kesihatan.
Dan yang lebih baik lagi, lakukan program seperti ini kepada kumpulan sasar seperti kanak-kanak. mereka perlu diberikan pendedahan awal untuk membentuk budaya hidup yang sihat dan seimbang. Kawasan yang paling mudah adalah sekolah.
Oleh itu, aku gembira kerana Kementerian Kesihatan banyak membuat program untuk anak-anak sekolah, tetapi dalam memperkasakan lagi pusat kesihatan daerah ini, Pejabat Kesihatan Daerah perlu memainkan peranan untuk membuat pelbagai program kesihatan di sekolah. Sebagai contoh yang mendasar; cara membasuh tangan yang benar, cara gosok gigi yang benar, bahaya penularan demam denggi dan penyakit menular yang lainnya, pentingnya memakan makanan yang bersih dan sebagainya. Jika boleh libatkan sekali keluarga untuk hadir. Buat kerjasama dengan PIBG.
Mudah, tidak menggunakan biaya yang banyak akan tetapi manfaatnya besar sekali.Yang penting adalah keinginan yang kuat untuk melihat anak ini tumbuh dengan sihat dan cerdas.
Taraf kesihatan negara sudah cukup baik dan kami rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kejayaan kementerian menguruskan kesihatan rakyat. Walaubagaimanapun, anjakan paradigma yang berterusan itu perlu untuk memastikan pusat kesihatan daerah terus progresif demi mencapai target yang diinginkan negara.
PREVENTION IS BETTER THAN CURE
Comments (0)
Post a Comment