Ucapan Amanat Saya Sebagai YDP PKPMI Pusat Untuk Mahasiswa Medan Dalam EPISODE, Majalah Cawangan Medan
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 2/22/2010 03:59:00 pm
Salam,
Disiarkan di dalam Majalah Episode (PKPMI-CM 2010)
Salam perpaduan,
Gambar Semasa Di Kongress PKPMI Pusat Di Jakarta
Pertama mula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada editor yang telah berbesar hati untuk meminta saya menuliskan satu artikel amanat buat pelajar-pelajar di Medan. Ucapan salam saya kepada semua pelajar-pelajar di Medan.
Seperti yang rakan sedia maklum, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia atau PKPMI pasti kebanyakan rakan-rakan tahu kewujudan persatuan tersebut. Ditubuhkan sejak 1945 di Yogyajakarta dan diakui oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1969, PKPMI telah menjadi saluran utama pelajar Malaysia di Indonesia untuk pelajar mengutarakan sebarang masalah yang mereka hadapi di sini.
Dengan terbentuknya 16 cawangan di seluruh Indonesia, hampir semua aktiviti ataupun permasalahan mahasiswa Malaysia di Indonesia dapat dipantau dan diperpanjang kepada pihak KEDUBES.
Apa yang sedikit mengecewakan adalah bagaimana penerimaan pelajar mengenai PKPMI. Oleh itu, buat barisan pimpinan PKPMI, inilah masanya kita UBAH PERSEPSI dan KEMBALIKAN KEPERCAYAAN pelajar kepada PKPMI.
Daripada PKPMI Pusat untuk sesi kali ini, kami telah tetapkan 6 objektif yang menjadi dasar perjuangan kami:
1. Jaga kebajikan pelajar
2. Bentuk kesatuan antara pelajar
3. Kembangkan hubungan persatuan dengan BEM, Kementerian dan juga NGO yang ada di Malaysia dan Indonesia
4. Menyelesaikan masalah imigrasi pelajar
5. Selesaikan masalah asuransi pelajar
6. Bantu KEDUBES dan juga kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan Malaysia-Indonesia.
Dasar ini telah dibuat hasil daripada pengumpulan masalah-masalah daripada pelajar-pelajar di seluruh Indonesia.
Apa yang penting adalah persatuan buat kerja dan prihatin terhadap segala permasalahan pelajar.Jadilah proaktif bukan pasif. Mendengar segala keluhan pelajar, membantu pelajar yang memerlukan dan buatlah program-program yang dirasakan bermanfaat supaya pelajar-pelajar mendapat faedahnya bukannya memikirkan kepentingan sendiri. Itu apa yang diinginkan oleh mereka. Dan jika semua perkara ini dilakukan percayalah kepercayaan kepada persatuan meningkat malah persepsi mereka juga akan berubah.
Tambahan pula, baru-baru ini isu-isu Malaysia-Indonesia semakin memuncak dan menjadi polemik di sini. Ini bukanlah kali pertama isu-isu seperti ini terjadi. Ibarat macam chip more.. 'kejap ada,kejap tak de'.. Jadi inilah masanya PKPMI bangun membantu atas kesedaran keselamatan pelajar di sini perlu kita awasi. Saya tanyakan kembali kepada semua, bagaimanakah sikap kita dalam menanggapi isu yang ada ini? Perlukah kita bangkit menentang?atau adakah kita harus berdiam diri sahaja? atau kita hanya endah tak endah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku?
Sahabat sekalian, kita adalah golongan intelektual, menentang atau terprovokasi dengan isu-isu seperti ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Apabila batu bertemu batu akhirnya pecahlah batu, lagi pula jika kita adalah batu kecil mereka batu besar. Akan tetapi jika batu bertemu air walaupun nampak sepertinya air itu lemah, namun sebenarnya air mampu melunakkan batu.
'We may be LOSE in BATTLE but we WIN the WAR'
'MENGALAH bukan ertinya KALAH'
Jadi rakan-rakan sekalian, sabarlah dan tabahlah dalam menghadapi dugaan ini. Anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang tidak akan kita dapatkan di tempat lain. Mudah-mudahan ini adalah dugaan yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita menjadi yang lebih peka terhadap lingkungan dan Insyaallah membentuk kita menjadi manusia dan pemimpin yang lebih baik.
Kepada semua pimpinan PKPMI, adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga keselamatan pelajar. Benar mereka mampu menjaga diri mereka sendiri akan tetapi keselamatan mereka akan lebih terjamin jika ada usaha-usaha yang konkrit dilakukan oleh persatuan untuk pelajar.
APA YANG KITA LAKUKAN ADALAH DEMI DAN HANYA UNTUK PELAJAR.
Itulah yang menjadi matlamat dan objektif kita bersama sebagai persatuan...Sekian.
Khairul Hafidz Alkhair b Khairul Amin
Yang Dipertua,
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat sesi 09/10
Universiti Padjadjaran, Bandung,
Fakulti Kedoktoran angkatan 2006
Fakulti Kedoktoran angkatan 2006
EPISODE!!!
sekian....
Comments (0)
Post a Comment