VVIP BLOG INI

D.O.T.A

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/21/2010 08:49:00 pm

Salam,



Defence Of The Ancient!!!



BEST!!!

Itu yang aku dapat rasa untuk minggu nih..Mana taknya, sekali lagi PKPMI telah berjaya menganjurkan pertandingan yang kompem ditunggu-tunggu oleh semua peminat kipas-susah-mati (hardcore fan) gem nih...


DOTA!!





Kali ni aku agak kagum dengan penganjur program, memang penggila DOTA gak, Heikal dan Fahmi. Memang diorang dua ni la kepala yang gila-gila nak buat jugak tahun ni. Aku suka dengan idea diorang untuk tak buat di CC tapi tempah dewan di Bale 4 dan hasilnya macam la gambar diatas..THUMBS UP!!


 



 






Sememangnya DOTA boleh mengeratkan silaturrahmi antara sesama kaum, tengok jek la, yang main bukan melayu jek, india dan cina pon layan sekali. Agak-agak tercapai tak objektif nak have fun dan eratkan hubungan???




Ni tempat observer, kira macam referee pertandingan. Yang paling aku rasa worth it kerja aku dalam persatuan pelajar sesi lepas iaitu kami berjaya beli LCD dan layar. Apa gunanya??? Tengok jek la.. Tak ke rasa best kepada kitorang yang nak menonton pertandingan. Ada screen besar!!




Puas hati betul dapat tengok game di layar besar. Sekarang yang penting kepakaran dan perhatian penuh observer untuk selalu gerakkan mouse untuk bawak kami penonton ke gangbang yang menarik semasa pertandingan. Tak reti control memang kena maki la dengan penonton!! Aku pun berpeluang jadik observer sekali tadik!!



Antara penonton yang hadir untuk lihat game....





Waktu penukaran pemain, yang bestnya permainan kali ni, semua dibenarkan bawak laptop dan mouse sendiri!!Memang la diorang harapkan rules ni, masing-masing dah ada laptop canggih kebanggaan, main kat CC alamat dapat mouse zaman purbakala la..





 

Sedang aku buat post ni, perlawanan masih berlangsung, tengah game semifinal, tapi tak larat nak ilkut dah, dari pagi aku usha.. habes waktu asyik lepak kat sana, kerja banyak lagi tak selesai..hohoho


**********************************************


Soklan CepuMas: Aku pernah main tak?? 

Pernah la!! Aku ingat lagi waktu aku di Kolej Teknologi Timur (KTT). Aku amek A-Levels di sana. Kawan aku Pidut adalah orang yang ajar aku main menatang nih. Aku pakai Crystal Maiden. Memang aku ingat la sebab first time pakai aku kalahkan dia!!wakakakaka (naseb jek tuh).

Minat aku makin mendalam untuk gem nih. Waktu di KTT kalau ade waktu terluang jek main. Waktu malam selalu la bertandang di cyber cafe nak melepaskan gian kat hati. 

Kalau aku nak cerita detail pasal gem ni, memang tak cukup la satu post, kena berpost-post lah. Yang pasti gem ni need teamwork yang mantap dan strategi yang hebat. Kalau tak, sayur la ko kena sembelih dengan hero-hero DOTA. Balik umah amek bantal nangis slow-slow, tak nak bagi member bilik dengar..Baru lepas kena bahan ngan member la pe lagi sebab nangis tuh..hahaha

Sampai di UNPAD, aku teruskan main gem ni, dapat ajak beberapa member main, dulu nak cari 5 orang pun susah, sekarang di batch aku jek ade 4 team DOTA!! OMG!!

Sampai second year aku dah slow main and terus stop after that. Sebab?? Hmm.. aku ade kerjaan dan tanggungjawab lain waktu itu dan sampailah sekarang tanggungjawab makin bertambah. Dalam hidup ni kita tak boleh nak dapat semua benda, nak tak nak kita kena memilih.

Apa jek yang aku tak layan, movies, drama series, comics, bola, berpersatuan dan lately...BLOGGING!!

Itu pun dah cukup banyak dan dah sangat susah nak bahagikan masa. Walaupon sangat sedih but dah fikir masak-masak kena jugak buang satu, dan aku buang benda yang jadik darah daging aku waktu muda dulu..DOTA~~

Sedih memang sedih, tapi untuk dapatkan satu perkara..kita kena sacrificekan perkara yang lain. Jangan haloba sangat nak kaut semua, last-last semua pun aku tak dapat. Kena jugak ingat aku ni datang nak belajar, jadik pelajaran aku tak leh lupakan..hmm~~

Still, aku tak kan lupakan pengalaman aku berDOTA..walaupun tak dapat nak main, tapi dapat tengok orang main macam aku pergi tadi dah cukup buat aku bahagia..huhuh



GODLIKE!!!!!



sekian.....

Comments (2)

dota menyatukan dunia

dota mempereratkan umat!!

1Malaysia kena ada program DOTA!!

hahaha