VVIP BLOG INI

Perjumpaan Pelajar Pahang Bersama Dato' Shahaniza Samsuddin, ADUN Kuala Sentul

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/16/2010 02:45:00 pm

Salam,

Pada hari Jumaat lepas pelajar-pelajar Pahang di Bandung bertuah dapat berjumpa sekali lagi dengan wakil rakyat dari Pahang, Dato Shahaniza Samsuddin. Ni merupakan perjumpaan wakil rakyat dari Pahang yang kedua selepas Dato' Sharkar, ADUN Lanchang 3 bulan lepas.



 Dato Sharkar, Exco Negeri Pahang



Dah kate rezeki kan. Rezeki jangan ditolak, orang lain ramai lagik yang nak. Nak kate murah rezeki pelajar Pahang pon ade, dapat makan free jek kan..hehehe

Tapi yang aku kagum dengan wakil rakyat sorang ni, dia WANITA!!! Memang tabik spring ah perempuan leh jadik wakil rakyat. Di Pahang ada 49 kerusi ADUN. 44 BN, 4 PR dan 1 kerusi BEBAS. Dan hanya ada DUA orang wakil rakyat wanita di dalam pimpinan negeri!!



 Sesi soal jawab baru nak start



Tengok kat belakang sikit tuh, Ain, anak perempuan dia yang selamba ke depan..hahaha


Dia datang sebenarnya ikut rombongan kerja husband dia. Mula-mula tak de niat nak jumpa student, tapi ada pelajar di Pahang yang nak jumpa dia bincang program, teringin dia nak jumpa student di sini. Dan dah contact-contact dia kata datang khamis, ambil la dia di Bandara Hussein hari khamis jam 9.30pm.

Esoknya tu baru ada perjumpaan pelajar dengan dia di hotel yang beliau menginap di Hotel Jaykarta, Bandung. Naseb hotel tu ade dewan tertutup, sedap sikit nak buat perjumpaan.

Pertemuan tu juga dihadiri oleh wakil pimpinan PKPMI dan juga Kelab UMNO, dan kami dapat banyak input mengenai hal-hal semasa dan juga Dato dapat bercerita tentang perjalanan politik beliau dari mula sampai sekarang.

Antara yang pertama dalam AJK penaja untuk Puteri UMNO, jadik pulak Ketua Puteri UMNO Negeri, pastuh dipilih jadi Ketua Penerangan Puteri UMNO Kebangsaan, tahun lepas bertanding jawatan Ketua Puteri tapi kalah 6 undi. woooOOooohh~~~

Sekarang ni dah pencen Puteri dan masuk Wanita UMNO pulak.

Aku suka dengan cara beliau. Baik pon baik, bila bercakap tak nampak ada kesombongan dalam diri, dan paling aku suka tengok anak-anak yang beliau bawak, comel kut terutama yang perempuan, Ain. Hyperaktif semacam, waktu Dato nak bagi ucapan pon selamba dia main-main kat kaki Dato, nasib la beliau jenis tak kesah..

Dan lepas ucapan, Dato bukak untuk sesi soal jawab, banyak la pelajar ni bertanya, dan Dato bersungguh nak menjawab. Majlis tamat dalam jam 11pm. Agak lambat jugak sebab banyak yang bertanya.

Aku rasa ramai pelajar perempuan terinspirasi dengan dia. Sapa kate perempuan tak leh jadi pemimpin?? Dah ade dah contoh yang diorang nak ikut, yang penting MATLAMAT dan NIAT kena betulkan.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Dato kerana sudi berjumpa dengan kami, kalau ade sumur kat ladang, boleh je nak tumpang mandi, umuq ni masih panjang, bebila pon leh kita jumpa lagi.Kami di Bandung dapat banyak manfaat dari penjumpaan dengan Dato. Semoga Dato puas hati dengan layanan kami di Bandung dan semoga sukses dalam karier politiknya!!

Aku dah banyak jumpa orang-orang besar, jadi aku tahu macam mana perangai diorang nih, dan aku percaya orang macam Dato leh pergi lebih jauh. Sebabnya?? Kami rakyat biasa bukan nak tengok hebat dan machonya seseorang tu, tapi kami nak orang yang menghargai kami walopon dalam poket kami hanya ade 50sen.




Dato bergambar dengan semua pelajar Pahang yang hadir


HATUR NUHUN!!!!



sekian....

Comments (4)

lol aku ingt dato' siti nurhaliza..haha

dia buat apa..

dah kawen dah ponnn...hahahaha

This comment has been removed by the author.

Salam hormat,

Terima kasih atas entry ini.
Bagi pihak Dato' Shahaniza, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan pertemuan ini satu realiti. Untuk makluman, perhubungan awal hanyalah melalui emel pejabat ini kepada emel seorang wanita bergelar 'Farhana'. Tak sangka pelajar Pahang di Bandung amat berkomitmen tinggi dan inilah hasilnya...

Sehubungan itu, besarlah harapan kami di pejabat ini semoga ada pihak di Bandung yang dapat mengirimkan kami foto-foto sekitar majlis ini bagi tujuan rekod dan dokumentasi pejabat ini.

Semua foto-foto boleh dihantar melalui emel kepada

dunkualasentul@yahoo.com

Berita tentang majlis ini juga boleh dilayari di

http://dunkualasentul.blogspot.com/2010/02/bandung-indonesia-pertemuan-bersama.html


Kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai...

-Urusetia (Media) Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul