Doktor Pelatih Akan Dihantar Ke Sabah-Sarawak??!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in kedokteran | Posted on 2/24/2010 11:28:00 am
Salam,
**********************************
Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia Timur
“Kami sudah mencadangkan kepada beberapa orang doktor pakar dan pengarah negeri, jika bilangan doktor pelatih memang ramai di sini, kami sedia menghantar mereka ke Sabah dan Sarawak.
“Jika anda ke sana, anda akan mendapat latihan lebih baik dan persekitarannya tentu lebih mencabar. Saya yakin kebanyakan mereka cukup teruja untuk bekerja di Sabah dan Sarawak,” katanya....
(source : Berita Harian, bacaan lebih lanjut [klik sini])
*********************************
Sudah pasti kenyataan yang dibuat oleh Tan Seri Ismail Merican ini akan menjadi buah mulut semua bakal lepasan kursus perubatan di dalam dan luar negara.
Ramai di kalangan mahsiswa perubatan dah tanam cita-cita nak bekerja di hospita-hospital utama seperti HKL, dengan harapan dapatlah mereka untuk menimba lebih banyak pengalaman.
Mana tak nye, memang semua kes-kes berat dan 'menarik' akan dirujuk ke hospital bertaraf primier, berbanding hospital lain yang hanya secondier dan tertier.
Banyak mahasiswa perubatan yang kurang berminat nak berkhidmat di kawasan-kawasan seperti Sabah dan Serawak walaupun pelbagai insentif dan elaun yang diberikan kepada bakal doktor.
Mengapa tak nak??
Kena lah tanya mereka sendiri.Macam-macam alasan yang akan mereka keluarkan, ada yang kata jauh sangat, ada yang kata nak dekat dengan family (dah besar panjang pon) dan ada yang kata nak ikut suami!!huhuhu
Akhirnya hanya anak negeri sahaja yang sanggup nak bekerja di sana atas kesedaran kalau bukan aku sapa lagik yang nak bantu orang negeri aku.
Mungkin orang Semenanjung kurang terdedah dengan keadaan di sana. Banyak sangat tengok Nasional Geografi kut, belum ke sana dah ada satu persepsi yang buruk mengenai keadaan di negeri seberang. Aku pun ada rakan-rakan orang Sabah Serawak, banyak aku dengar cerita mereka mengenai negeri masing-masing.
Memang betullah negeri mereka tak seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Penang. Negeri-negeri ni memang lebih maju berbanding negeri-negeri yang lain. Tapi yang aku fahami dari rakan-rakan Sabah Serawak aku daerah seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Kuching tak de seperti yang mereka sangkakan.
Jangan lah banding daerah tu dengan ibu kota kita, itu dah salah banding. Cuba kalau amek tempat lahir aku kat Mentakab tu ha..Rasa Kota Kinabalu lagik maju. betul tak??
Apa-apa pon semua bergantung kepada nawaitu masing-masing. Kerja nak tolong orang ka nak kumpul duit banyak-banyak.
Dokter aku selalu cakap, kalau matlamat kita nak kaya, sebenarnya korang ni dah salah amek profesion sebab kerja jadi dokter tak kan kaya!! Hidup mungkin selesa tapi nak kaya memang susah.
Yang aku tahu bila aku jejak kaki aku dalam profesion ni, yang paling penting adalah nak bantu masyarakat!! nak tolong orang! Masalah kesihatan masyarakat bukan boleh kita pandang enteng, ni cerita hidup mati manusia, bukan sebarang orang boleh buat kerja ni. Siapa lagik yang mereka nak harapkan kalau bukan kita??
Memang masalah pelonggokan doktor-doktor terjadi di kota-kota. Akhirnya kurang doktor di kawasan desa yang mana mereka ni lebih memerlukan kita.Dan tak tefikirkah betapa kecewanya orang kampung bila tengok ramai doktor berlumba-lumba nak pergi hospital-hospital besar, terpaksalah mereka meredah berbatu-batu untuk nak cari satu doktor nak rawat anak-anak diorang yang sakit.Lagi lah pulak kalau anak mereka ade penyakit berat, nak tak nak kena berjumpa doktor pakar.
Jadi sekarang kita sebagai golongan profesional kenalah pilih, doktor jenis apa yang nak kita jadi.
Kalau aku ditakdirkan kena hantar ke sana, sedih tu pasti akan ada...Tak payah nak main wayang kata tak de perasaan kalau hantar kat memane pun. Cuma waktu tu aku akan fikir balik mengapa aku ditunjukkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi doktor. Insyaallah hati pun tenang, Allah pun redha....
ALAMAK!!!!!
sekian.....
ok org sabah-sErawak nk komen ok org sabah-sErawak nk komen ni.hehehe.
Kalau doktor dihntr kat sana, xtau lah apa kesan dia kat msyrkt. Sbb kalo dah jadi doctor, confirm la doc tu pandai kn.
Tp as far as i concern, yg diperlukn oleh msyrkt kt sana is guru2 dari semenanjung. Bukn xde guru yg bagus kt sana, tp kbnykn yg jadi guru adalah org yg memilih profession tu sbg last choice. mksud,tak dpt keja, amek KPLI.jadi cikgu. or, tak dpt smbung study, masuk maktab. TAK SEMUA laa yg mcm tu. tapi banyak. Sbb tu ramai budak2 pandai tp tak cemerlang, sbb cikgu tak tentu lg mmg dilahirkn pandai utk mengajar. Kalo sekolah2 SBP kat sana, cemerlang skit sbb rmai guru dr semenanjung yg komited, mayb sbb dtg dari jauh, niat nak tolong anak bangsa, plus pandai. And banyak link. Kalo ada guru2 tempatan yg bagus, confirm dah tak mengajar sbb dah dinaikkan pangkat ke jwtn yg lg tinggi.
Kalo ttg doctor dhntr kat sana, insyaAllah takde la tmpat yg teruk sgt kat sabah tu. Kat sarawak tak tau, tp i don't think tmpt2 kat sna teruk sgt. Kat mana2 pun insyaAllah dah ada broadband. Paling teruk pun, mungkin jauh dari family la. Tapi, kat sbh tu setiap bandar besar ada airport. Kalo ada cuti nak balik selalu pn boleh. Kerajaan kan bagi ticket free setahun sekali. Cuma brg mahal skit kot banding dgn smnjung. barang import kan. Kat KK tu pun dah ada beberapa hospital / klinik kerajaan yg bagus n modern.
Kesimpulannya, kalo org yg 'hati tak tenang' dan 'kurg sabar', mmg susah skit la nak hidup kat tmpt jauh2. Dpt tempat sblh rumah pun belum tentu puas hati kn.nanti sume benda dia tak puas hati.huhu. benda kecik dibesar2kan.
Tapi, kalo org y bg reason takut jauh dr future family mungkin ada rational nye kat situ.Sbb bukn mudah nak bina keluarga baru yg jauh.huhu.Saya sndiri pun ada plan masa dpn utk kerja kat smnjung. Jauh dr family gak. Tp ntah la dpt ke tak.isk.
Sorry terpnjg plak komen.hehe.
Komen Org sArawak pulak
Salam Bro...Firstly, hope you'll do well in your studies.
Tak kira la apa profession sekali pun, baik guru ke, doktor ke, penjawat awam biase ke....bak kata Rafahiah Haron, nawaitu tu kena betul dari awal awal lagi. Memang tidak dapat dinafikan, siapa la tak nak kerja dekat ngan family...saya pun nak kalau boleh. Teruk ke maju ke kawasan tempat bertugas tu menjadi perkara ke dua (a.k.a not the utmost importance) sekiranya niat tadi nak berkhidmat untuk masyarakat. Kita jangan lupa, tanpa masyarakat yang bersatupadu, dalam suasana harmoni mewujudkan keadaan yang tenteram yang membolehkan kita mendapatkan pendidikan dengan baik dan lancar. Bro sendiri boleh nilaikan (since you're in a foreign land). So it's time to return the favour. Don't be selfish. Kalau tak sanggup, dari dulu lagi cari kerja dekat ngan rumah dan yang tak perlu transfer! Bagi yang bakal ke Sabah & sArawak ni, welcome and you'll be surprise with the rapid development in both states. Jangan dengar sahaja khabar angin. Datang sendiri dan timba pengalaman...kalau yang doktor tu, boleh gak dapat pengalaman menjadi doktor terbang. Takut saje, kalau dah mai kat sini, tak nak balik lak...hehehe...okay bro, wasalam.
(note : greetings from Limbang)
Yah:
Hmm.. rasanya mengenai isu kekurangan cikgu di sekolah-sekolah pasti dah menjadi perhatian kepada wakil rakyat yang ada di tempat yah. Jadi berharap la mereka boleh nak selesaikan isu cekgu takde atau cekgu yang kurang competent nih.
itulah..tak kenal maka tak cinta..mungkin lepas dah lama sket tinggal kat sana baru la dapat rasa best ke x...
mmg orang semenanjung ni berat nak keluar semenanjung,yelah, dah biasa kat tempat sendiri, tapi kalo dah kena kerah gak satu hari nnt, nak tak nak kena la jugak adapt...hahaha
Rakan dari Limbang:
thx bro for the wish,
hmm.. kalau lah ade orang-orang yang boleh nak bitau puak2 dokter ni pasal sabah-serawak, cerita kecantikan dan kemudahan yang ada di sana, mungkin persepsi tu akan berubah.
aku tertarik ko ckp psl rapid developement tuh, looking forward to see it, ye lah, dah lame rakyat negeri sabah-serawak menuntut kemodenan, and it will be wonderful to see at last they have achieve it!!
:)
hmm..ok je kot..cuma kekangan bahasa je la nanti..sebab tak tau term2 yang biasa dipakai oleh penduduk sana.huu
xpe..itu boleh belajar.. tak ada masalah sgt..:)
Salam once again bro...terpanggil pulak nak respon statement qishie. I've got 2 colleagues who are from Semenanjung ( 1 Johorean 1 Kelantanese) have been working here more than a year...believe me, kalau tak kerana nama, tak kenal pun mereka ni orang semenanjung....keep an open mind no matter where you are or what you do and you'll be able to adapt easily. (rakan limbang)
aku nak kije kat sabah..awek aku pn nk kije kat sabah.. klu bkn awl2 nk kuar dr smnanjung bile lg kn? nnti klu dh agak2 busan br blk smnanjung smule.. hehe..
rakan limbang:
bila dah kite berada di suatu tempat tuh, kompem2 lah dapat menyesuaikan diri, nature manusia mmg mcm tuh..
yang penting try dulu, time tu tgk boleh ke tak, ni tak try dah mengalah..takkan la spisis kite selemah tu..btul tak? hohohoho
najikihin:
hahaha...perancangan yang mantap sekali..jgn2 lsg tak balik dah sebab rasa best duk kt situ..
kpd encik yoyo, ok je sbnrnye nk keje kt sabah/srwk, sbb sblm matahari terbit ko dh kuar kerje, pastu dh mlm br blk.. so x de la beza mane nye pun..
tp masalah dtg bile ko cuti, ko x tau nk wat ape, sbb member2 lain x cuti sama2.. round la 1 sabah sorg2..
p/s: 3rd choice ak kt sabah, huahua
hahaha...
ko kerje kat sabah x sekarang nih??
cerita macam ada pengalaman beb kat sabah!!!
blom la.. ni ak tanye senior2 kt sana.
ooo.. igt dah ada pengalaman..nak gak tanya tuh..hohohoho